Friday, July 29, 2011

Selera untuk bersahur

Tak lama lagi kita akan menyambut kedatangan Ramadhan.
Jadinya, dlm pale otak ni dah pikir,
hidangan makanan yang perlu disajikan tuk
bersahur dan berbuka.
Huh mana tak kembang ngan jayanya kan.
Blom ape2 dah pikir makanan aje haha

Tapi ni nak citer pemangkin yang membolehkan
ai bersahur dengan selera dan banyak sekali
kalau makan nasi bersama:

Acar buah


Kerabu mangga



Sambal tempe dan ikan bilis.
Owh masukkan petai skali perghh :p


Sambal mangga.


*pic semua dari en Google, Tq*

Meleleh dah ayaq liuq tengok semua ni.
sila la kongsi ngan ai ape
pemangkin korang lak.
Bole la ai nak try nanti.

hmm.. pada semua sahabat blogger,
kesempatan bulan mulia bakal menjelma ni,
ai ingin memohon ampun dan maaf sekiranya
ada kata2 yang mengguris perasaan uols
ketika berblog or komen kat blog uols ye.
no heart feeling bak kata omputih hihi.

SALAM RAMADHAN KAWAN-KAWAN!

Thursday, July 28, 2011

Kopok & Sata

Isnin baru2 ni En Zaf outstation ke Kerteh
ngan opismatenya.
Balik dari tu, dia bawak kopok n sata.
Tau feberet wifenya kan.

Beli sata 20 biji.
Sedap sangat, manis2 ikan campur pedas cili ijo.



Beli kopok leko mentah.
20 batang.
Sedap sbb penuh ikan dan tepungnya kurang.




Kopok goreng mentah ni pun sedap.



Malam ni bole la goreng kopok
sambil layan bola.

Monday, July 25, 2011

Kekasihku di ambil orang

Sedihhhh huhuhu
Kuar air mataku, kerna kekasih tiada lagi disisi.
Berair je airmata ni.
Banyak kenangan bersamanya.
Susah senang semua dengan dia huhuhuhu
Sedihhhhhhhhh

Tepat jam 10.15 pagi tadi, kekasihku telah
pun selamat pergi bersama orang baru.
Sayup giler hati ni.
huarghhhh

Ni la kekasih ku itu.


Walaupun kekasih ni tak la sehebat dan segah mana.
Tapi tetap hebat dimata ku.
Kecil2 cili api gitu kan. :)

Kete ni byk sangat berjasa ngan ai.
Pertemuan pertama ketika ai di universiti.
Abah sanggup belikan kete tuk anaknya,
semata2 kesenangan anaknya huhu
Bukan saje bawak dia kesana kemari pegi class.
Ada gak pegi mengular, tuang kelas dan sebagainya hehe

Dengannya bawak sampai ke utara, Perlis.
Timur sampai Pahang dan Selatan sampai JB..
Bole katakan merata la ngan dia
Sob sob sob.

Dari universiti, bawak sampai keje, sampai kawin,
sampai la anak 2 ni huarghhhhh nangis lagi.
Buat entry ni pun sedih hati.
Bergenang sudah air mataku.. :(

Dari tahun 2000 sampai la 2011
mana tak sedih bangat



Friday, July 22, 2011

Casing Katun

Suka la casing iphone corak2 katun ni.
Rasa cam idup ceria je.
Comel sangat!
Kalau la ai ada semua ni,
mau tiap2 minggu tukar hahaha
macam budak2 je kan :p







pic ehsan dari enGoogle.

*Kawan2 selamat berhujung minggu yer.



Thursday, July 21, 2011

Floria'11

Ahad lepas kami pegi
Putrajaya Flower Garden Festival.
Nasib baik ai teringat haritu,
sbb ahad tu last day.
Memandangkan ingat pun dah lambat, maka sampai sana pun
lambat jua. Kul 6.30 petang gitu sampai.
Jadi la kan, dari tak sampai langsung hihi

Sampai2 sana kami terjah gerai makanan dulu.
haha mana tak kurus. blom ape2 nak makan. :p
Pas perut dah kenyang, hati pun dah senang.
Baru la kami terjah Floria.

Humangai ramainya manusia.
Mana taknya last day kan.. pastu
masuk free harus la ramai.
Cuba bayar, tengokkk :)

Masuk2 entrance je dah nampak bunga-bungaan yg banyak skali.
Ada froggy di situ.



Ada ladybugs jua.



Wajib tuan tanah nak enterframe ngan Aliah.
Zara takde time ni sbbnya
dia tido dlm stroller.
Memang time tido dia, tak bole nak kacau.
Nanti kang dia moody.



Makanya byk la pic Aliah aje.
Akaknya tidoooo huhuh
sayang betul la akak oii



Time ni kat dlm indoor.
Beraircond bagai sbb dalam ni semua roses.
Wangi je masuk dalam..
Pastu ada macam2 deco dorang wat mengikut country.




Jalan kat dlm indoor kejap je.
Sebab takut dah gelap.
Dah sampai lambat kan sape suh :p

Aliah lagi :)



Bunga bunga bunga



Bunga lagiiii



Kat kolam ni ada swan.
4 ekor yang comel
Masa ni cuaca dah nak gelap huhu



Akak Zara baru bangun.
Itu pun sebab nak tgk swan.
sabar je la anak aku.



Enterframe lagi



Malam dah.
Enjin Zara baru panas.
Baru ada mood nak berjalan, nak bergambar.
Dah malam nak oi, bukan nampak ape pun dah :(



Kami ingatkan nak tunggu sampai kereta berhias.
Tapi idak larat nak tunggu.
Aliah pun dah mengamuk, penat nak tido.
Kami sempat tgk fireworks je.

Kat situ ada gak tempat jual pokok bunga.
Ai tertarik sangat ngan bunga orkid.
Cantik semuanya... size kecik besar,
semua ada janji ada duit semua bole beli.
Kalau la umahku ada tempat nak berkebun bagai..
pasti dah ai suh en Zaf beli
semua bunga orkid tu.. huh tamak!