Thursday, January 6, 2011

Social Network

Gigih mendelete semua akaun-akaun social ni.
Bukan ape, dah tak pakai.
Delete segala info dan gambar2.
Tapi sblom tu jenuh nak pikir username & password.
Nampak sangat dah tak bukak kan.

Akaun2 ni semua masa muda remaja.
Asal ada je mendaalah ni confirm register.










Skang ni cukup la maintain satu je.


Wednesday, January 5, 2011

Overnight di KL

Kami dapat voucher free.
2D1N kat Seri Pacific Hotel, KL.
Tak pernah2 kami tido hotel kat kl,
tapi dah bagi free pegi aje la kan.


Kami sampai pun dah tengahari. (huh jauh perjalanan ahaha)
Perut dah lapar, terus terjah Zende Restaurant hotel ni.
Kat sini takde la makan free, tapi dapat la 15% disc.
Jadila kan dari takde.

Cam biasala, ai sibuk nak amik gambar.
Daddy dlm malas2, pandang gak camera kan hihi
Walaupun muka ketat, ya ampun :)


Kami order yg direkemenkan oleh chef.
Nasi Ayam Hainan.
Takde la sedap sangat.
Tak leh lawan yang kat jalan bukit bintang :)


Mee Rebus.
Tersangatla pedas, tapi mmg sedap.
Letak udang, sotong punya la banyak.
Pastu sendiri mau ingat, gatal2 badanku.
Allergic seafood yer kawan2.

Dlm kami tgh kusyuk makan,
Aliah pun makan gak..
dia sibuk makan ladybirdnya itu.

Perut sudah kenyang, hati pun senang.
Gerak ke bilik plak.
Ni la rupa bilik tuk satu malam.
Tak besar tak kecik just nice.
Bilik mengadap The Mall.
Cuma katil je tak bape besar.
Takpela satu malam je pun.

Akaknya masuk2 dah mintak cartoon.
Nasib ada disney channel.
Adoii kat umah katun, gi hotel pun katun.

Petang gi Cold Storage, The Mall
cari jajan tuk mengunyah.
hmm yang pasti kami semua sangat seronok.

Aliah pun suka dapat jalan2 kan..
KL pun KL lah.. hihihi

Suka pd Williams, front desk.
Very bery helpful dan servicenya tiptop.
Terasa spt VVVIP plak :)

Tuesday, January 4, 2011

Vroom vroom

Minggu lepas gi menyinggah kedai kawan Zaf.
Kedai dia jual segala aksesori/parts kete2.
Bukan kete menan yer. Kete Tamiya pun bukan.

Zara takut nak bergambar kat rims.
Besar sangat dari dia hihi
Kang dilenyek mau menjerit.
Tapi kalau ai biarla tayar tu lenyek perutku yg muncit ni haha



Kat situ gak ada jual merchandise..
cam baju, cap, keychain, mug, bla bla bla
Yang nampak ada brand Ferrari, BMW, Porsche
Teruja rasa nak beli semua.




Kalau nak service kete pun leh hantar kat dia.
Tip top yo! yang pasti private service yer.
Takde kletang kletung kat luar kedai orang leh nampak.




Daddy kata dia nak tukar exhaust ni bole.
Huh, jgn katakan exhaust, side mirror pon lom tentu mampu nak beli :p




Nasib baik la anak2 ni tak meragam.
Berejam gak la daddy melepak dlm kedai ni.





Tau tau je la lelaki kan.
kalau dah masuk kedai2 kete camni,
satu hari suntuk pun takpe.
Nak plak kat sini ada AV room,
leh tgk video tuk dgr bunyi2 exhaust turbo bagai.
adoii mak layan kan aje.

So kalau korang nak tukar exhaust, rims,
break or ape2 aje la
nak beli kete pun bole jua
pegi la singgah kedai RaceMaster ini k.
kat Glenmarie Shah Alam.

wah promote habis..
ye la sape lagi kalau tak kawan sendiri tolongkan.
k sila wat lawatan sambil belajar ke sana yer :)



Monday, January 3, 2011

YES

Demi menyahut kempen YES,
diriku pun turut serta dengan jayanya.
haah ayat tak bole blah.
Tapi yang pasti, semua tuk anak-anak dan suami.
Kepuasan berganda-ganda beli barang tuk mereka nih!
Nak nak pulak beli tu dari duit kita sendiri. Best!!

Okey mulai skang diriku
telah berpuasa dari shopping.
Duit dah habis so dok diam2 haha
Nasib dah habis YES,
kalau idak jatuh bankrupt sudah. :)

Antara hasil rembatan tuk 1 hari.
(tak kuasa nak kutip balik paper bag yg lain tuk bergambar)
Bayangkan kalau YES ni tiap2 hari.
Pasti tokei kedai seronok.

Sunday, January 2, 2011

For Sale: Scarves

Visit my sales blog
click
here