Baru tahu yang pil obimin ini ada 2 jenis. Sabar je la kan. Pregnant untuk kali ke dua ini, gynea bagi soft capsule.
Setiap kali makan dalam 20 hingga 30 minit macam tu tekak ai mula rasa loya dan mual. Lama sikit akan berakhir dengan muntah. Muntah agak teruk juga, banyak sangat.. macam habis terkeluar segala isi perut. Apa yang kita makan sebelum ni itu lah yang akan keluar balik huhu sakit ya amat perit tekak. Masa minggu pertama makan, ai tak perasan lagi yang muntah ni disebabkan obimin pluz. Ingatkan disebabkan mabuk tak habis-habis lagi. Bila dah asyik je muntah, ai pun stop sekejap makan obimin ni.. rasa macam tak guna makan obimin tapi keluar balik. Dalam seminggu juga ai tak makan dan tiada muntah. Lepas seminggu ai sambung balik makan obimin. Sama macam sebelum ini dalam 20-30 minit ai muntah. Tak sedar lagi, esoknya makan lagi obimin tu dan muntah masa itu baru sedar yang betullah ai ni alah dengan obimin jenis soft capsule. Terus ajak enZaf pergi farmasi untuk beli obimin yang lain.
Kali ini ai ambil jenis film tablet. Masa nak makan tu suspen juga mana taknya rasa trauma kejap makan muntah banyak kali. Dah buat persediaan mental gitu kalau nak muntah lagi hihi Alhamdulillah bila makan obimin yang tablet ni elok pula, tiada muntah langsung. Loya pun tiada. Cuma apa yang ai perasan sekarang ni kalau makan mesti kepala pening-pening. Hanya pening dan yang penting tiada muntah itu dah kira lega sangat.
Makanya, Obimin Pluz tu terus ai stop dan tak sentuh langsung. Tapi sayang pula sebab banyak lagi tu. Kepada sesiapa yang nak sila angkat keyboard hihi.. dari terbiar dan terbuang begitu sahaja lebih elok bagi pada yang memerlukan.