Friday, March 19, 2010

On her birthday


Hari ini hari birthday Zahra, kami bertiga celebrate di Swensens kat Subang Parade. Bawa birthday girl makan aiskrim. Mummy dan Daddy dia pun suka makan aiskrim hehe.. Zahra dah tak sabar nak tiup lilin.



Seronok Zahra dapat belon dari Swensens.



Ambil gambar birthday girl. Tengok gambar dia tiba-tiba rasa besar dah. Jangan cepat sangat besar nak oi, Mummy rindu bau baby :)



Tapi senang jaga dia ni, dia seorang yang jenis duduk diam kalau tengok sesuatu benda. Kalau pasangkan dia cerita kartun, dia akan duduk diam sampai cerita itu habis. Duduk dalam stroller pun senang. Bukan jenis naik turun tak duduk diam punya budak hihi.. Hadiah dari Daddy dan Mummy untuk Zahra. Menandangkan sekarang dia suka dengan Mickey dan Minnie Mouse, jadi sesuai sangatlah belikan dia rantai emas karektor kartun kegemarannya. Kami beli di kedai emas Poh Kong.



Satu hari kami spend time dengan dia, sampai sahaja rumah kami bertiga terus terbongkang kepenatan. Happy Birthday anakku Qasrina Zahra!! Semoga menjadi anak yang solehah dunia dan akhirat.

Wednesday, March 17, 2010

Monday, March 15, 2010

Ada apa dengan pangkat

Sabtu dan ahad lepas, jadual kami penuh ngan kenduri sana sini.
Sangat seronok, sbb tak yah pikir nak makan ape atau nak masak ape (eceh macam masak hihi).
Jiran depan umah ada wat kenduri sempena menyambut kehadiran ‘orang baru’ masa hari sabtu.
Seronok betul dekat sangat. Makanannya semua sedap2.

Tapi tak nak citer pasal makan atau pun tuan rumah tu..
tapi nak cerita yg telah diceritakan oleh en suami kepada isterinya pasal sorang jiran ni..dia dok tingkat berlainan.
Tau la laki, kalau kenduri2 ni kan, lepak makan minum kat luar sambil borak.
Sibuk bercerita kenal dato2 datin2 sana sini dgn gah nya..
sikit2 dato datin itu ini, macam nak bgtau dia je sorang yg kenal dato datin dlm dunia.
Aish.. kalau tak kawan ngan dato datin orang tu tak bagus ke.

Tadi pagi masa nak kuar dari umah pegi kerja.
Terserempak dia kat lif, tapi tak cakap ape. Kami mmg tak layan ngan orang cakap besar ni.
Sampai lobi dia bersama dgn jiran lain, sibuk lagi cakap dato datin..
aduhai.. pagi2 dah berdesing telinga ni. Naik menyampah plak.

Wei aku pun ada dato gak la.. ‘atok’ kat sg buloh ngan ‘atok’ taman tun.. hahhah tak kecoh pun.
Tak de kena mengena pun kan.. hihi

Thursday, March 11, 2010

Minggu depan laaaa

Alamak minggu depan birthday Zara.
Serious ai tak prepare ape pun tuk wat birthday party.
Tak pikir sbb kan 1st trimester ni agak teruk gak.
Ngan kemalasan yg melampau. Ape pun keje taknak buat.
Salahkan hormon..huhuhu teruk betul aku ni.

Pejam celik nak 2tahun rupanye Zara ni.
Sape sudi jadi birthday planner, sila la wat kan party tuk sikenit ni. huhuhu
Tak semestinya minggu depan gak. Janji ada dari takde kan.
Kali ni ingat nak ajak kawan2 blogger, itupun kalau ada yg sudi nak datang :p


Picture credit tu Amran. Gambar ni masa celebrate birthday Zara tahun lepas.

Tuesday, March 9, 2010

Melalak kat Kotak Merah

First time bawak Zara
gi melalak kat Redbox ;)
Biasa hari dating kami bedua je..
yer la kan nama pun hari dating.
Kali ni saje bawak Zara.

Mula2 malu dia,
ye la tak biasa ngan samar2
je bilik tu gelap.
Lama2 dia over..
amik mic nak nyanyi sama.

Kalau ada lagu kanak2...
harus dah Zara nyanyi2 sambil joget. ;)


Wayang je blom try lagi bawak Zara. Takot dia tak leh dok diam.
huhu

owh2 smlm wat checkup beratku turun 3kg.. :)