Thursday, June 25, 2009

Teluk Cempedak

Lama dah holiday ni, baru nak upload.
A short holiday (3D 2N) dengan kawan2 Zaf (3 families).
(Zaf selaku tukang amik gambar, Zahra lak tido dlm kete hihi)


Kemana kami pegi, gi Teluk Cempedak.
Overnight kat Hyatt Regency Kuantan Resort.
Sangat cantik tempatnya weh, serious pegi la sape blom jejak lagi. Sampai je kat lobi, ni la yang Zahra dok sibuk nak tengok.
Mummy pun tumpang sekaki layan.
Ha air pancut yang setoet tu yang menjadi tarikan dia.
Sampai menonggeng kat situ haha
Azlan yang comel. Rambut dia sangat cantik, curly2..
Bakal jutawan ni, his parent target before 21 duit dah berkepuk2 dlm account.
Mummy pun nak wat Zahra camtu. InsyaAllah
View yang sangat cantik from our room. Bukak2 sliding door je, Zahra ajak main ball.
Tengok tu, tak rest langsung, terus main..sronok tul dia.
Tak sabar dah nak terjun pool, ajak Mummy swimming.
Mummy pun excited lebih.
Daddy and his friends plak tak sabar nak menebas rumput.
Habis kat pool, lari ke beach plak.
Pasirnye putih bersih, air lautnye plak kebiru-biruan dan jernih.
Zahra sibuk korek mengorek.
Her 1st sand castle.. cantikknyeeerrrrrr
Gambar makan2 tak sempat nak snap, ape lagi mmg makan seafood n ikan bakar saje la.

Thanks daddy bawak kami jalan2... nanti bawak lagi yer.
rasa nak datang lagi kat Hyatt ni.. tak puas la.

Tuesday, June 23, 2009

Rejab

Esok masuklah 1 Rejab 1430.
Sama2 kita puasa sunat bulan baik ni yer.
FADHILAT BULAN REJAB
Bulan Rejab kembali lagi. Ia merupakan bulan yang sangat dimuliakan di dalam Islam.
Banyak hadis Rasulullah S.A.W. yang telah diriwayatkan oleh para sahabat Baginda mengenai kelebihan bulan Rejab, bulan ketujuh di dalam kalendar Islam.
Rejab bermaksud ta'azim (kebesaran, keagungan, kemuliaan) kerana Allah S.W.T. akan melimpahkan rahmat-Nya, kemurahan-Nya dan fadhilat bulan Rejab dan beberapa hadis Rasulullah S.A.W. berkenaan dengannya.

Amalan terbaik di dalam bulan Rejab ini ialah berpuasa. Maksud hadis Rasulullah S.A.W. tentang kelebihan berpuasa di dalam bulan Rejab adalah seperti berikut:
  • Puasa 1 hari - Seperti berpuasa 40 tahun dan mendapat keredhaan Allah serta syurga tertinggi.
  • Puasa 2 hari - mendapat kemuliaan besar daripada Allah dan dilipatgandakan pahalanya.
  • Puasa 3 hari - dijauhkan dugaan dunia oleh Allah, dijadikan sebuah parit panjang yang menghalangnya ke neraka
  • Puasa 4 hari - diselamatkan daripada siksaan akhirat kelak serta fitnah Dajjal.
  • Puasa 5 hari - aman dari azab kubur.
  • Puasa 6 hari - dibangkitkan dari kubur dengan muka bercahaya.
  • Puasa 7 hari - Allah mengunci 7 pintu neraka jahannam baginya.
  • Puasa 8 hari - Allah membuka 8 pintu syurga baginya.
  • Puasa 9 hari - keluar dari kuburnya lalu menyeru "Laailahaillallah" dan tidak ditolak dia dari memasuki syurga.
  • Puasa 10 hari - Allah memperkenankan semua permintaan dan hajatnya, dijadikan hamparan perhentian di titian Siratul Mustaqim setiap satu batu dan dijadikan 2 sayap untuk terbang seperti kilat di titian Siratul Mustaqim
  • Puasa 13 hari - Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 3,000 tahun.
  • Puasa 14 hari - Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 10,000 tahun.
  • Puasa 15 hari - Allah mengampunkan semua dosanya yang lalu di samping menggantikan amalan kejahatan dengan amalan kebaikan. Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 100,000 tahun.
  • Puasa 16 hari - dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.
  • Puasa 19 hari - Dibina sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim dan Nabi Allah Adam.
  • Puasa 20 hari - Allah mengampunkan segala dosanya yang lalu, dan melakukan amalan baik dengan baki umurnya.
  • Sesiapa yang berpuasa 3 hari dalam bulan Rejab dan beribadat pada malamnya seperti dia berpuasa 3,000 tahun, diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar setiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawa dari jasadnya, 70 hajat ketika di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Al-Quran dinaikkan ke langit), 70 hajat ketika ditimbang amalannya di Mizan, dan 70 hajat ketika melalui titian Siratul Mustaqim.
  • Berpuasa pada 27 Rejab (Hari Israk dan Mikraj) seperti berpuasa 60 bulan pahalanya, jika disertai dengan sedekah seumpama puasa 1,000 tahun.
  • Dapat meminum air sungai yang dinamakan Rejab yang mana airnya lebih putih dari susu, lebih manis daripada manisan, lebih dingin dari salji.
  • Setiap umat Islam yang berpuasa di bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumur hidupnya. Tambahan bersedekah seperti beribadat seribu kali haji dan umrah. Dibina untuknya seribu mahligai dengan seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali.
  • Sedekah di bulan Rejab seumpama sedekah seribu dinar, dituliskan kepada tiap-tiap helai bulu romanya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat dan dihapuskan seribu kejahatan serta dijauhkan daripada api Neraka.

Orang yang lemah dari berpuasa di bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari, sekurang-kurangnya sebuku roti. Kelebihan lain bulan Rejab:

  1. Di dalam bulan lain Allah membalas amalan umat-Nya 10 kali, tetapi di dalan bulan Rejab Allah akan membalas amalan umat-Nya 70 kali.
  2. Sesiapa meminta ampun (beristighfar) pada pagi dan petang 70 atau 100 kali di dalam bulan Rejab, diharamkan tubuhnya daripada api neraka.
  3. Rejab bulan Allah, Sya'aban bulan Rasulullah. S.A.W, Ramadhan bulan umat Rasulullah S.A.W.
  4. Rejab adalah bulan menabur benih, Sya'aban bulan menyiram tanaman manakala Ramadhan bulan menuai.
  5. Amalan di dalam bulan Rejab menyucikan badan, Sya'aban menyucikan hati manakala Ramadhan menyucikan roh.
  6. Rejab adalah bulan maghfirah (keampunan), Sya'aban bulan syafaat manakala Ramadhan bulan menggandakan kebajikan.
  7. Rejab adalah bulan taubat, Sya'aban bulan muhibbah manakala Ramadhan bulan dilimpahi pahala amalan yang banyak.
  8. Pahala amalan baik di dalam bulan Rejab diganda 70 pahala, Sya'aban diganda 700 pahala dan Ramadhan diganda 1,000 pahala.

Beberapa amalan lain yang baik dilakukan dalam bulan Rejab:

  1. Menyucikan diri daripada dosa dengan bertaubat dan memohon ampun
  2. Membersihkan hati yang lalai dan alpa melalui amalan istighfar dan zikir
  3. Mendekatkan diri kepada Allah dengan menunaikan solat
  4. Memohon keselamatan dan kesejahteraan dengan berselawat dan berdoa kepada-Nya
  5. Menginsafkan diri dengan membaca kisah teladan perjuangan Rasulullah S.A.W. dan sirah Islam lain.

Peristiwa penting yang telah berlaku dalam bulan Rejab:

  1. Israk dan Mikraj (27 Rejab)
  2. Solat 5 waktu difardukan ke atas umat Islam (Malam Israk Mikraj)
  3. Perang Tabuk terjadi di dalam tahun ke-9 Hijrah.

Secara ringkasnya, Israk dan Mikraj adalah sebuah peristiwa di mana Nabi Muhammad S.A.W telah di"israk"kan (dibawa berjalan) dari Kota Mekah ke Baitul Muqaddis serta di"mikraj"kan (dibawa naik ke atas) ke Sidratul Muntaha untuk mengadap Allah S.W.T di mana Solat 5 waktu telah difardukan ke atas umat Islam melalui Rasulullah S.A.W. Semuanya berlaku di dalam satu malam sahaja.

Firman Allah SWT:

Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hambaNya pada satu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui - Petikan dari Surah Al Israa ayat 1.

DOA BULAN REJAB:

Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan bulan Sya'aban serta sampaikanlah kami ke bulan Ramadan. Aku bermohon keampunan Allah yang Maha Agung dan tiada Tuhan melainkan Dia, yang hidup, yang berdiri sendiri dan aku bertaubat kepadaNya. Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tidak ada Tuhan yang patut disembah kecuali Engkau yang mencipta aku. Aku adalah hambaMu dan aku dalam genggamanMu. Aku dalam perjanjian (beriman dan taat) kepadaMu sekadar kemampuan yang ada padaku. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang (mungkin) aku lakukan. Aku mengakui atas nikmat yang engkau berikan kepadaku dan mengakui dosa-dosaku. Kerana itu aku memohon keampunan-Mu dan sesungguhnya tiada yang dapat mengampuni dosa seseorang kecuali Engkau Ya-Allah.Istighfar paling baik dalam bulan Rejab:Maksudnya: Aku bermohon keampunan Allah yang Maha Agung dan tiada Tuhan melainkan Dia, yang hidup, yang berdiri sendiri dan aku bertaubat kepadaNya.Kesimpulannya, bulan Rejab merupakan sebuah bulan yang banyak keistimewaannya yang dijanjikan oleh Allah S.W.T kepada umat-Nya, kerana Rejab adalah bulan Allah. Pintu rahmat terbuka luas kepada umat-Nya untuk bertaubat dan memohon ampun di atas dosa-dosa yang lepas. Namun begitu, suka diingatkan bahawa kita perlu mengerjakan segala amalan yang dituntut ini dengan sifat ikhlas, rendah diri dan tawwaduk agar ganjaran yang akan diperolehi itu ada keberkatannya.Wasallam.

Sunday, June 21, 2009

Tag: Candid Picture

Dapat tag dari Has

Aduhai Has, susah la tag ni. bukan ape, susah nak cari candid pic..
Korek punya korek.. jumpe la sket. Baru prasan, rupanye tak byk gambar sendiri haha

Okey, peraturan tag:
1. Upload 3 keping pic "candid yang wow!" anda.
2. Describe it.
3. Tag rakan-rakan yang lain. Ikut suka hati la berapa orang.

Candid pic yang ada ni, takde yang "wow" yer. Harap maklum. ;)

Candid 1:
Kat Taman KLCC, nak snap gambar Zara tu.
Candid 2:
Kat McD, Ngurah Rai Airport in Bali. Nak balik dah.
Honeymoon kat sana. wink wink wink Candid 3:
Bakal Astronaut Malaysia ke-3 hahahaha


Penerima award seterusnya ialah:
1. azzah husna
2. cikAyu
3. ct rahani
4. zetty84
5. rinna
6. m@l@
7. mrsharis
8. nurulzia
9. mamazana
10. ellismie
11. adda
12. ct noramiza
13. mr and mrs mizan
14. neezareef
15. suziey
16. sidratul muntaha
17. dee
18. kakty
19. mya elzara batrisya
20. niza

Friday, June 19, 2009

Sedapnyerrr

Kedua2 nya adalah pilihan hati dan tekakku..hihihi


Kalau kat Cinnabon, mesti order
Chocholate Cinnabon Rolls dan Peanut Butter Cinnabon Rolls
Nyummehhh

Kat Auntie Anne's plak order
Caramel Almond Pretzel dan Lemonade Fresh Juice.. fuhhhhh


Sedapkan... suka tak??!!

Thursday, June 18, 2009

Layan sejuk

Tengah jejalan kat KL, tetiba Zaf ajak pegi genting.
Bawak Zahra layan gigil. Pegi balik tak overnight pun.
Nama pun main redah je, mana ada bawak sweater ke ape.. gilos

Zahra mmg suka bunga, bole dok berejam2 ngan bunga ooo


Posing dulu Cantik, very the kalerful. Zahra heran nape menda bergerak kat atas.
Tak kelip2 mata tgk.
Tengok je la ye anakku.. nanti kita datang lagi, main semua menda.
Sblom balik, layan sejuk buat kali terakhir hihi.
Kabus sangat la tebal.Nak amik gambar pun tak menarik.
Walau macamana sejuk pun, Zahra suka giler.
Sampai merah idung pipi nye. Tak dilupakan teddy bear pun dia bawak layan gigil sama.
(Ayu, ko perasan tak bear tu sape bagi hehe)