Friday, June 5, 2009

Konpius...

Esok my SIL kawin, temanya ladies pink and guys purple.
Tapi tgh confius tak tau nak pilih between pink or white tuk bag.
Pilihkan bole mana sesuai.

Zaf vote pink, tapikan itu clutch..actually tak pernah pakai clutch sblom ni.
Sesuai ke..ngan aku ni huhu

Melissa

or

AmandaHarini malam berinai, bestnye..
Weols bz sampai esok, mesti penat tak hinggat punya.. ;)

Thursday, June 4, 2009

Takziah buat Ayu sekeluarga

I nak berkongsi kesedihan dgn uols terhadap kawan blogger kita Ayu (Sidratul Muntaha)
di atas pemergian Ayahanda Mertuanya yang telah kembali ke rahmatullah harini.
I baru dapat call dari dia jam 1:53pm tadi.
Waktu kematian arwah kurang pasti, tapi Ayu maklumkan dlm 5min lepas masa kami on the phone.

Sama2 lah kita sedekahkan Fatihah buat arwah. Semoga rohnya dicucuri rahmat.

Pada
Ayu, kuatkan semangat dan tabahkan hati.
Walaupun kita tak pernah jumpe, tapi I tetap menjadi pendengar yang setia jika diperlukan


(menggeletar tangan I menaip entry ni, terngiang2 lagi Ayu meraung)

Wednesday, June 3, 2009

Raya!!!

yer, saya sudah raya...
lega 7 hari je kena ganti.
hmm kain nak wat baju raya pun tak beli lagi
skang ni upah baju mahal juakan. nak jahit sendiri tak reti.. huhu
uolss dah raya ke blom?? baju raya dah beli??
.
.
.
.

Tuesday, June 2, 2009

Happy 3rd Wedding Anniversary!


Terima kasih atas ucapan dan doa kalian semua, terharu sungguh!! Syukur Alhamdulillah, hari ini merupakan our 3rd Wedding Anniversary!! I Love you Yang!!

**Updated

Dah buat entry pagi tadi tapi tak sangka pada jam 3:30 petang, tiba-tiba ada orang hantar flower bouquet kat office. Terkejut juga sebab tak tahu menahu tentang ni. Bila baca kad baru tahu surprise dari suamiku. enZaf ini bukanlah seorang yang romantik tapi bila dia buat macamni terkejut lah kita hahaha.. Disebabkan ini pertama kali dia hantar dan buat surprise macam ini tiba-tiba rasa malu pula. Merah-merah muka dan riuh semua orang dalam office tu :)



Monday, June 1, 2009

Chomel


Sorry la yer model kalini tak memberikan kerjasama yang membanggakan.
Susah betul nak suh pandang camera dah. Jadi abaikan muka Zahra yang masam itu. ;)
Ini je la yang terbaik dapat Mummy snap..huhuhu

Tapi kiut miut tak hair clips Zahra??!!



ha 3-3 hair clips ni Mummy beli kat

ChomelCraft..
sangat2 cantik tau.. geram tgk semua hair clipsnya..

Owner ChomelCraft ni kawan opismate dolu2... Azzaliza namanya...
Kak Azza ni mmg creative orangnye.. dah la kreatip pandai masak lak tu.. hihi

Ha ni nak citer kat ChomelCraft ni bukan saje wat hair clips,
tapi leh buat hairbands, pendants, brooch, macam2 lagi la..
yang best plak tu, leh customize ikut kita suka ape.. korang bgtau je design or patent yg suka,
insyaAllah Kak Azza ni bole buat ngan jayanye.. kan akak kannn!!! =)

Setiap hasil kerjanya, amat memuaskan.. dan pasti worthit ngan ape kita bayar..
Maceh Kak Azza, nanti leh order lagi...
so pada kawan2ku, kalau berkenan sila la order kat ChomelCraft ni..