Monday, October 20, 2025

BBQ di Sekolah

Salah seorang ibubapa AJK SAFE batch akak Zahra ada mencadangan aktiviti BBQ untuk anak-anak ketika hari Deepavali. Tujuan BBQ ini untuk menghiburkan hati anak-anak dan juga ibubapa untuk meluangkan masa bersama. Melepaskan rindu gitu, maklumlah lama duduk di sekolah tu tak balik-balik. Walaupun begitu, ada juga segelintir ibubapa yang tidak berapa setuju dengan cadangan ini disebabkan mereka risau anak-anak SPM ini mendapat penyakit Influeza yang sedang menular. Memandangkan ada yang bersetuju dan tidak, maka cadangan BBQ ini akan dibuat secara tertutup dan berminat sahaja. Ai memilih untuk pergi sebab akak Zahra dah call tanya "Mummy datang ke tidak?" Ai kalau anak tanya macam tu, tak sampai hati kata tidak. Jadinya pada yang berminat, akan dimasukkan dalam Whatsapp group yang berlainan. Ingatkan tak ramai, rupa-rupanya ramai yang nak join juga hehehe.. Yang tak nak itu boleh dikira dengan jari.

Bila tengok senarai makanan untuk potluck, panjang berjela dan meriah betul. Masing-masing tak nak kalah bawa itu ini hehehehe.. Bab makan semua orang happy gitu. Menu paling top semestinyalah kambing golek. Itu awal-awal lagi anak-anak dah request. Alhamdulillah ada orang baik sponsor dua ekor. Tak banyak sangat gambar yang diambil. Lebih seronok dengan makanan dan bersembang. Bila ada Eina satu meja memang berborak tak ingat dunia. Eh! kata rindu anak-anak tapi ini dah macam perjumpaan mak-mak ni. Sekali jalan lah kan ahahaha...🀭🫣





Sebelum balik, Eina hulurkan ai sekotak pasu bunga dan stroberi πŸŒΈπŸ“ hasil dari air tangannya. MasyaAllah terharunya perasaan ini. Sebelum itu dia ada hantar gambar beritahu dia sedang belajar buat bunga menggunakan kawat bulu. Memang cantik sangat dia buat pun dan ai berkenan. Sajalah berseloroh kata nak juga macam itu, buatkan satu untuk ai. Nanti kita bayarlah. Tup tup nak ke kereta, dia passnya kita kotak gitu je. Dah la besar rasa macam pegang hantaran pula hahaha.. Dah tu bagi free saja. Berapa kali pujuk nak bayar sebab kita tahu lah buat kerja yang memerlukan tenaga ini bukannya free ya. Semua itu ada kos. Tapi Eina tolak semua tu. Terima kasih Eina, terharu sangat tau πŸ₯²πŸ₯°. Semoga dirimu sekeluarga dilimpahi rezeki yang berpanjangan dan dipermudahkan segala urusan 🀲.







Bye kakak!!! Muka tengah geram tu dengan adiknya Aliah. Aliah tu suka mengusik dia bila kami nak balik hahaha..



On the way nak keluar tu singgah pasar malam di Antara Gapi. Ai bawa balik Laksa makan di rumah. Laksanya simple saja tapi sedap. Susah betul nak cari laksa sedap sekarang ini. Dapat sedap jauh pula huhuhu..



Friday, October 17, 2025

Lawatan Pertama Sekolah Rendah

Ini merupakan lawatan luar pertama buat Qaireen di sekolah rendah 🚌. Masa awal-awal ai daftarkan dia untuk pergi trip ini, tak beritahu dia pun. Kalau beritahu awal nanti asyik saja bertanya atau pun buat countdown hehe.. dah nak dekat tarikhnya trip tu barulah beritahu dia.

Cikgu dah pesan kena sampai awal di sekolah. Bukan main ya anak dara ini segar bugar bangun pagi. Bila dah hantar Qaireen di sekolah, ai masih tunggu sampailah mereka naik bas. Masa nak naik bas, keluarkan lah handphone untuk rekod video. Punyalah lama ai pegang handphone tu, bila Qaireen dah naik bas baru sedar yang diri ini tak tekan pun button rekod tu huhuhu.. bila cerita kat enZaf dan anak-anak yang lain, dorang gelakkan ai. Kata mereka, mummy selalu macam tu. Tapi memang betul pun, selalu lupa nak tekan button bila rekod video. Banyak kali dah jadi. Sebabnya mata ai dah tak pandang handphone tu bila rekod 🀭.



Ada dua bas terlibat dalam lawatan ini dan dipecahkan kepada tiga kumpulan. Senang untuk cikgu monitorkan. Tempat pertama anak-anak ini pergi adalah Kilang Coklat Beryl's 🍫. Bestnya pergi tempat coklat ini, kami sendiri tak pernah ke sana lagi. Jauh pula nak ke Serdang. Tengok video yang cikgu share pun dah seronok. Mesti bau sedap dan cantik juga tempatnya. Nanti nak ajak enZaf ke sanalah hihihi.. Tapi satu tak best banyak tak ada muka Qaireen dalam video dan gambar. Entah mana lah budak tu tak reti duduk diam. Sama saja dengan anak-anak yang lain. Jenis yang susah nak nampak dalam gambar bila aktiviti sekolah huhu.. Bertabahlah ya.





Tempat ke dua mereka ke Jungle Gym. Semestinya tempat ini Qaireen paling suka. Bukan setakat main di dalam playground πŸ› itu, dorang semua sampai mandi di kolam πŸ’¦. Seronok betul.



Dalam pukul 5 petang, semua parents menanti depan pagar sekolah dah. Ramai anak-anak terutamanya yang perempuan tak bertudung sebabnya dah basah masa mandi di kolam 🀣 ai pun tak bekalkan tudung spare, hanya seluar dan baju saja. Mujur budak lagikan hehehe.. Seronok ya dengar dia bercerita. Mana taknya berjalan dengan kawan-kawankan, mestilah seronok sangat. Terima kasih pada semua cikgu yang menjaga dan memastikan keselamatan anak-anak. Terbaik!!



Masa pergi lawatan ini, ai ada bagi duit poket untuk Qaireen. Pesan kat dia kalau nak beli apa-apa guna duit ini. Dia beli dua kotak coklat masa di Kilang Beryl's. Paling tak sangka dia beli coklat Tiramisu. Katanya coklat itu untuk Mummy. Dia tahu Mummy suka πŸ₯°. Yang coklat Strawberry tu dia punya hehehe..





Monday, October 13, 2025

Wedding Anak Kawan

Memenuhi jemputan dari Encik Yus dan Kak Ramizah ke majlis perkahwinan anaknya pada hari Sabtu yang lepas. Lama betul kami tak berjumpa dengan mereka, rasanya dua tahun lebih sudah. Kenal mereka ketika Ariq masuk kelab bola sepak di Subang Bestari. Pada waktu itu, kami semua seronok sangat sebab parents dalam kelab itu sangatlah sporting dan best. Setiap kali perlawanan anak-anak, masing-masing membawa makanan dan minuman. Bergelak ketawa tak kira perlawanan itu kalah atau menang, kami sentiasa meraikan anak-anak. Memang santai habis. Rindu pula pada zaman itu πŸ€—πŸ₯°. Sekarang anak-anak semua dah besar dan membawa haluan masing-masing.

Bila dapat jemputan dari Kak Ramizah ini, ai sangat teruja untuk datang. Kami datang pun dah lewat sebab menunggu Ariq habis training. Sempatlah jumpa dengan Kak Rin dan suaminya. Ada yang dah balik huhuhu... Itu pun masa kami sampai Kak Rin dah habis makan. Kami paksa dia makan lagi sambil berborak hahaha.. Mana taknya, sudah la lama tak jumpakan. Dua orang anaknya di universiti, sorang latihan bola dan sorang lagi swimming. Anak-anak dia lagi hebat semua aktif πŸ’ͺ.



Tengah berborak, Kak Ramizah datang ke meja. Terus laju ambil gambar dengan dia. Mak pengantin sibuk melayan tetamu, kita pun tak nak kacau sangat hehehe.. Gambar-gambar ini pun pakai handphone Kak Rin πŸ“Έ. Tak sempat nak keluar phone sendiri, borak tak henti hahaha...



Sebelum balik, wajiblah bergambar lagi dengan kedua ibubapa pengantin. Pengantinnya nampak jauh dipelamin itu, jadilah hahaha.. Tahniah Encik Yus dan Kak Ramizah dapat menantu. Bertambah sudah ahli keluarga, semoga perkahwinan anakanda Anis dan suaminya kekal bahagia hingga ke Jannah πŸ€²πŸ’•.



Satu trend sudah cermin ini, mana-mana wedding kebanyakkanya mesti ada satu.



Cantik tempat wedding ini. Pertama kali kami pergi sini. Dekat saja rupanya tempat ini, dalam kawasan Merbau Sempak. Makanan kenduri pun sedap juga. Licin ai makan, nak pula ada acar buah hehehe..



Alang-alang dah keluar ke kawasan ini, kami ke Elmina Lakeside Mall. Saja jalan-jalan petang di kawasan itu. Singgah minum di The Coffee Bean, tengah enZaf order dia ternampak Tiramisu yang viral itu. Terus beli satu. Punya dah lama Tiramisu ini kan, kami baru nak mencuba dan orang kata sedap sangat haha..





Komen ai tentang Tiramisu ini, sedap juga. Tapi ai pula tak boleh makan sekali banyak, sejenis cepat muak. Setakat ini pernah makan Tiramisu yang sedap dengan tekak ai di Restoran Ketiga. Cuma itulah Tiramisunya jarang-jarang ada. Dah berapa kali datang asyik tak ada saja huhuhuh..