Hantar akak Zahra pulang ke sarangnya sebagai kakak senior. Tup tup Tingkatan 5 dah dia. Entah berapa banyak kali ulang alik pun dah tak terkira. Tingkatan 5 ini pun kami tetap kena ulang alik banyak kali juga cuma kali ini hanya melawat dia sajalah. Dah masuk Tingkatan 5 ini dah jarang balik, hanya balik bila Pulang Bermalam Wajib (PBW) sahaja. Banyak jugalah barang dia packing. Ingatkan dia tak nak bawa gitar, tup tup letak tepi hehehe..
Kali ini dia tak mainkan gitar untuk Mummy dia. Kalau tahun sebelum ini, dia ada mainkan satu lagu sebelum kami bertolak. Ai pun tak minta sebab dah lambat hehehe... Masa sampai sekolah, rezeki dapat berjumpa dengan Aida. Lama betul tak jumpa dengan dia. Kalau kami sampai dia dah nak balik, berselisih kereta saja ðŸ¤. Dah berjumpa haruslah bergambar sekali dengan Tisya. Bestie forever dorang ini.
Ni lagi sorang bestienya juga Fatin. Fatin ini baik budaknya, sopan dan cakap pun soft spoken je. Selalu jugalah ai pesankan kat Fatin ini kalau nampak Zahra macam luar kawalan, tegur-tegur sikit hahaha.. anak dara aku sorang ni ganas sikit orangnya. Kasar pun ya entah ikut siapa pun tak tahu 😅.
Lagi sorang bestienya, Auni. Yang itu lagilah bijak orangnya, top 5 students. Haritu tak nampak pula dia, mungkin dah sampai awal. Sebelum balik, wajiblah ambil gambar dengan akak Zahra. Sama je besarnya masa dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 ni. Mummy dia je dah makin mengembang hahaha..
Selamat menjadi akak senior akak Zahra 🫡. Tahun ini mencabar anak bagi anak batch Covid ini, sebab ini ada pertama kali dorang akan melalui peperiksaan besar. Tak pernah merasa UPSR dan PT3. Semoga impian dia tercapai. Mummy dan Daddy sentiasa mendoakan kejayaan buatnya. Haish.. tiba-tiba rasa sebak pula. Macam tak percaya anak sulong dah besar 🥲.

No comments:
Post a Comment