Hari Ahad memang hari dapur tutup. Eh! Rasanya banyak hari dapur tu selalu tutup, buka tu boleh kira berapa jari je ehehehe.. Tapi bahagian laundry, tak pernah tutup. Satu hari pakaian kotor dah menimbun, tak boleh tangguh-tangguh. Buat satu kerja ni pun dah penat, tabik spring pada isteri atau ibu yang mampu buat semua benda dalam satu hari 🫡.
Walaupun cuti sekolah baru bermula, tetapi akak Zahra belum boleh cuti lagi. Waktu pagi dia ada online exam, sekolahnya ada mendaftar beberapa murid menyertai Gelosea. Tak ingat pula berapa orang, tak silap dalam tujuh orang rasanya. Tak ramai lah nak dibandingkan dengan sekolah lain, ada yang hantar berbelas murid.. berpuluh pun ada juga.
Pertama kali dia masuk Gelosea ini, nama panjangnya Global English Language Olympiad of Southeast Asia. Dan pertama kali juga ai dengar competition ini. Kalau dia berjaya melepasi exam ini, boleh pergi ke peringkat seterusnya bersaing dengan negara lain. Yang sekarang ini, baru peringkat Kebangsaan sahaja seluruh negeri Malaysia.
Lepas solat Zohor kami keluar mencari makan tengahari. Nak kata tengahari sangat pun tak juga sebab jam dah pukul tiga petang ðŸ¤. Perut pun dah lapar gitu. Kami mencuba tempat baru di Gila Burger, Damansara Perdana.
Sementara menunggu enZaf order makanan, ai ajak Qaireen bergambar. Baru keluar dah serabai rambutnya huhuhu... sebelum buka sekolah nanti nak potong pendek rambut tu, barulah nampak kemas.
Akak Zahra dan Qaireen nak makan pasta. Dorang ni kalau nampak Carbonara, memang itulah diordernya. akak Zahra tu dari kecil lagi suka sampai lah sekarang, masih tak muak-muak lagi 🤨 Tapi nak beritahu Spaghetti Carbonara kedai ni memang sedap. Licin pinggan dorang tu hahaha..
Yang lain semua makan burger. Naklah rasa kegilaan burgernya itu kan hahaha..
Besar betul burger ai. Makan tak habis pun sebab banyak sangat untuk ai. Burgernya sedap juga. Kedainya pun elok, cantik dan bersih. Boleh datang makan lagi kat sini.
Selesai makan kami ke One Utama. Ai nak hantar beberapa brooch Denni untuk dibaiki. Ada empat brooch kesemuanya, setiap brooch itu jatuh/ hilang satu batu. Ganti batu ini percuma sebab itu ai suka beli brooch kat Denni. Memang tahan lasak. Batu yang hilang tu pun bukan jenis senang-senang jatuh, kalau hilang tu sebab atas kecuaian ai terjatuh dari tempat tinggi. Dah alang-alang hantar baiki, mestilah ada beli yang baru. Tidak keluar dengan tangan kosong 😅
Singgah Padini, Aliah ajak tengok koleksi Hello Kitty di Vincci. Dia berkenan purse, dan dapatlah dia dan Qaireen barang sorang satu. Qaireen tu pun nak juga. Gambar di bawah ini, gambar keesokkan harinya. Makan tengahari di BananaBro. Lama juga tak makan sini, kali terakhir makan tahun 2022.
Cuti sekolah ini kami tak ada plan nak ke mana. enZaf ada juga bersuara kata nak pergi bercuti satu dua malam tapi dia tak janji bila. Dia pula jenis esok lusa nak pergi, barulah suruh packing baju. Jenis kerja tak menentu begitulah kan, lagi pun kami semua jenis okay saja. Dah biasa hehehe..

No comments:
Post a Comment