Monday, January 20, 2025

Tournament Ragbi di Shah Alam

Cikgu sekolah rendah Aliah ajak masuk tournament ragbi di Shah Alam. Nama tournament ni Karnival Ragbi "Touch" Shah Alam (Karats 25) edisi 4.0 🏉. Kali ini cikgunya nak bawa team bawah 15 tahun selain dari team sekolah rendah. Jadi dia dan kawan-kawan mula cari player untuk penuhkan satu team. Sebelum itu ai dah minta Aliah tanya coach kelabnya minta izin untuk dia main dengan team lain. Kebetulan kelabnya tak masuk tournament ini dan dia diberi green light dari coach. Thank you Coach Jai!!! Pengurusan pengangkutan semuanya disediakan oleh cikgu. Senanglah Daddy dia hanya hantar ke sekolah sajalah untuk dorang naik bas. Disebabkan itu, ai dan enZaf berdua saja pergi tengok dia lambat sikit. Kami breakfast dulu sebelum ke padang. Tournament ini main di padang Mini Stadium Shah Alam. Lama tak ke sini, kali terakhir datang pun tengok enZaf main bola 6 tahun lepas agaknya. Kami sampai elok-elok saja team Aliah baru masuk padang.



Tak banyak gambar dan video ambil kali ini. Cuaca pagi itu agak tak menentu sekejap panas dan mendung, tenghari tiba-tiba hujan turun. Agak lebat juga tapi sekejap saja. Dalam kemeriahan tournament itu, ternampak kawan-kawan Ariq pun ada juga bagi sokongan kat adik-adik ragbi sekolah.





Kami tak tunggu dia sampai habis. Tak tengok pun game dorang masuk semi dan final, tak silap dalam pukul 5 petang macamtu. Walaupun habis game awal, dorang semua kena tunggu team adik-adik yang belum habis lagi. Pergi satu bas jadi balik pun kenalah satu bas kan. Melainkan yang mana parents datang tu boleh la ikut balik. Gambar-gambar di bawah ini semua dari Aliah. Tahniah Aliah dan team dapat Naib Johan Cup kategori bawah 15. Semua bawa balik medal, yeyy!!👏💪



















Monday, January 6, 2025

Mengupdate Entry Baling ke Belakang



Sekarang ini tengah berusaha untuk buat entry baling ke belakang (throwback). Sebab utama nak clearkan gambar atau video dalam handphone. Semoga diri ini rajin untuk jangka masa yang lama hehehe.. banyak sangat dah bertangguh cerita. Entry lama pula tu nak dimasukkan ini iaitu pada tahun 2023. Harap-harap masih ingat lagi lah apa nak diceritakan. Kalau tak ingat cerita kita letak gambar sahaja lah huhuhu.. Chayok Yati!!!

Thursday, January 2, 2025

Malam Tahun Baru di Padang Bola

Malam tahun baru, enZaf ada game bola empat penjuru. Kalau dia ada bola malam, memang jaranglah nak ikut sebab nanti balik lewat sangat. Tetapi disebabkan ianya malam tahun baru, enZaf ajak ai dan anak-anak ikut sama. Mana lah tahu ada fireworks kat tempat padang bola tu. Best betul cuaca malam tu kat padang bola ni. Terasa sejuk dan nyaman saja, feeling macam kat genting pun iya juga hehhe... Tengok enZaf main bola pun ada kabus-kabus sikit. Tak berpeluh langsung duduk kat sini sepanjang malam. Dia cakap kawasan ini pada waktu malam memang sejuk ❄. Kalau macam tu kita beli rumah kat sini haha..



Tak sangka memang tepat jam 12 pagi, banyak tempat ada bunga api 🎆. Sebenarnya pukul sepuluh malam lagi dah dengar bunyi bunga api kat situ. Bukan main awal bakar, tak sabar agaknya hehehe... Ya ampun buruk benar snap gambar bunga api. Pecah betul bila zoom. Nak handphone baruuuuuuu.... hihihi





Ingatkan nak ambil gambar Aliah dan Ariq berlatarbelakangkan fireworks. Tapi tak menjadi, setiap kali ai snap tak ada bunga apinya hahaha.. Ada lah dekat 4-5 kali snap, bila cubaan gagal terus ai malas nak snap lagi 😅



Lepas game bola singgah Subaidah, dah lepas pukul 1 pagi mamak saja lah yang ada pun. Bila tanya anak-anak semua nak makan dulu sebelum balik. Balik rumah terus tidur, jadi macam ular sawa hehehe.. Keesokkannya kami makan malam di Uptown Kota Damansara. Lama pula tak makan di sini.





Sebelum balik rumah enZaf singgah isi minyak kereta. Masuk kereta dia bagi aiskrim Farmfresh. Tak sangka sedap juga ya. Harga pun tidaklah mahal.