Tak sangka rezeki Ariq dapat join Jamboree untuk kali terakhir sebagai Pengakap Kanak-kanak. Cikgu Pengakapnya hantar Whatsapp pada ai bertanyakan samaada berminat atau tidak untuk Ariq sertai Jambori ini. Laju saja Ariq kata Okay. Dia memang suka aktiviti sebegini.
Jambori ini diadakan di Batang Kali. Cuma kali ini agak lama jugalah Jambori ini berlangsung selama 7 hari 6 malam. Tak pernah lagi berjauhan lama macam ini, camping kat sekolah pun satu malam saja hihihi... Seronok ada berdebar pun ada. Daddy dialah paling runsing sekali bila dapat tahu Ariq nak join Jambori ni. Seramai tujuh orang dari sekolah Ariq mewakili Petaling Utama. Jambori ini kebanyakkan disertai oleh Pengakap Remaja, hanya sedikit saja dari Pengakap Kanak-kanak itupun yang berumur 12 tahun saja. Jadi memang rezeki Ariq dan kawan-kawan dia dapat bersama dalam Jambori ini. Semua peserta dari Petaling Utama berkumpul di hadapan Sekolah Rendah Bandar Utama 4. Dua bas dan satu van.
Ambil gambar Qaireen dengan Abang Ariq. Kawan gaduh dia berjauhan sekejap.
Ariq naik van. Tak nampak pula muka dia, tinted gelap sangat. Nak buka tingkap tak boleh pula. Masa ini dia dah bergenang air mata, pertama kali nak berpisah lama. Ai pun dah sedih juga tapi bertahan sebab tak nak dia lagi sedih 🥹. Nasib baiklah pergi ni bawa handphone, jadi bolehlah mesej atau video call dengan dia
Daddy dia runsing Ariq pergi camping ini sebab ada aktiviti air. Ariq ni bab air tak berapa berani sangat, jadinya ai dah pesan siap-siap pada dia dan cikgunya juga. Kalau yakin boleh buat, Ariq buat. Kalau tak boleh cakap tak boleh, jangan paksa. Dan bila Ariq hantar gambar aktiviti air yang dia buat kat sana, ai rasa bangga sangat. Dia cabar diri dia dan dia berani pun sebab ada pakai life jacket hehehe.. kalau tak ada memang dia pun tak berani. Good job Ariq! Mummy proud of you 👍💪
Alhamdulillah mereka semua sihat sepanjang berada di sana. Cuaca tak menentu. Sekejap hujan dan sekejap panas. Ariq sampai rumah je terus ai laju ambil gambar barang-barang yang dia dapat dan beli hahaha... Botol air terlupa nak masukkan. Di tempat camping itu ada juga gerai jualan makanan, minuman dan cenderahati. Sebelum balik sempatlah Ariq beli baju, skaf, lencana dan wogel. Kami tak bagi dia duit lebih, nasib baik cikgu tolong bayarkan dulu hehehe..
Gambar-gambar di bawah ini adalah dari ehsan cikgu-cikgu dan ibu-ibu. Terima kasih buat semua kerana menjaga anak-anak sepanjang aktiviti ini berlangsung. Tak semua gambar ai masukkan dalam blog ini. Mana yang sempat sajalah. Banyak juga gambar-gambar dalam Whatsapp group, nak kena belek satu persatu. Itu pun kalau rajin 😅

No comments:
Post a Comment