Thursday, September 19, 2024

Berdua Sebentar

enZaf ajak ai ikut dia ke KL. Kami keluar berdua sahaja. Dia nak hantar dokumen katanya. Selalunya bab menghantar dokumen ini serahkan kepada runner. Kali ini rajin nak hantar sendiri. Tapi ai suka je, dapatlah dating sekali kan hehehe..



Rupa-rupanya dia hantar dokumen di Menara PTPTN. Tiba-tiba teringat zaman habis belajar. Ai ada pergi interview di PTPTN ini tapi office di Damansara Heights. Tak ada rezeki kerja di situ. Ramai betul candidates yang apply IT position masa tu. Dan masa tu pun ai baru sangat dalam dunia interview, tak berapa konfiden gitu hihihi..



Bila ingat balik, merata juga interview sana sini. Kenangan sungguhla. Akhirnya dapat bekerja di KPDNHEP di Menara Dayabumi. Lepas dapat kerja pun ada juga pergi interview tempat lain, nak dapat pengalaman dan kenaikan gaji begitulah. Dan sekarang semua itu kenangan, rezeki menjadi surirumah sepenuh masa pula. Alhamdulillah. Bukan senang juga ya jadi surirumah ini. Tahun pertama dan kedua itu agak struggle juga nak serasi dengan suasana baru. Almaklumlah, masa kerja kita dah biasa ada duit sendiri, pergi sana sini, berjumpa dengan orang. Tiba-tiba duduk rumah, hilang semua itu. Sangat mencabar. Mujurlah dapat sokongan enZaf, dia tak pernah sekat apa kita nak buat. Walaupun kewangan sendiri tak sama masa kerja dulu tapi ai tetap bersyukur. Kesimpulannya kita kena redha dan bersyukur dengan kehidupan kita 🤲. Lepas enZaf hantar dokumen, dia ajak minum petang. Kami ke Restoran Kapitan Tandoori, Taman Tun Dr. Ismail. Staf situ nampak ai nak ambil gambar, laju dia buat thumbs up hehehe..



Cakap dengan enZaf ini bukan minum petang, berat sangat makanan kita ni hahaha.. katanya macam rugi pula tak makan. Bukan selalu dapat masuk ke sini. Asal kami lalu je depan restoran, ramai betul orang beratur.



Tengok gambar ni semula, baru sedar tudungku herot berot. Tak sedar langsung hihi..



Dapatlah kami berdua untuk dua tiga jam, jadilah kan dari tak ada. Nanti kita dating lagi ya enZaf walaupun handphone tu melekat je kat tangan 🤪.

No comments: