Monday, September 30, 2024

Perkhemahan Unit Beruniform di Sekolah

Pertama kali Ariq nak pergi camping di sekolahnya. Bila dia tahu sekolah nak buat program ini, laju saja dia daftarkan dirinya untuk sertai perkhemahan ini. Itu pun selepas dia tengok gambar perkhemahan sekolah tahun lepas, nampak ada pelbagai aktiviti menarik disediakan. Dari situlah dia tak sabar menanti camping tahun ini pula hehehe.. baru dia tahu seronok berkhemah ini, nak pula ada kawan-kawan. Lagi lah bestkan. Mummy dulu puas dah bercamping bagai masa zaman universiti. Merasa pengalaman panjat gunung, masuk gua, tasik dan laut.. satu pengalaman yang tak dapat dilupakan. Bila anak-anak minat ke arah ini, memang tiada halangan dari ai. Cuma Daddy dia saja lah susah hati sikit. Terbalik pula kan, selalu bab macam ini mak-mak yang rasa susah hati 🤭.



Perkhemahan ini hanya satu malam sahaja jadi dapatlah green light dari Daddynya. ✅ Barang pun tak banyak nak dibawa. Hantar Ariq di perkarangan luar sekolah sahaja. Tengok dia boleh bawa semua barang tu sendiri. Kebanyakkan parents hantar anak mereka sampai masuk dalam sekolah.



Lepas hantar dia di sekolah, enZaf terus bawa ai dan Qaireen ke The Curve. Jalan-jalan minum petang katanya. Qaireen sekarang tengah "demam" Kuromi. Kalau nampak Kuromi ini, bukan main suka dia. Tak perasan pula sejak bila dia suka, pengaruh dari mana pun tak tahu. Mungkin dari kawan sekolah agaknya.





Keesokkannya, cikgu sekolah benarkan kami parents masuk ke dalam sekolah untuk melihat majlis penutup. Kumpulan Ariq mendapat johan kategori kawad. Kawad dan Ariq berpisah tiada hahaha.. dari tahun lepas masuk kawad sampai tahun ini mewakili sekolah 🫡.









Jumlah murid yang menyertai perkhemahan tahun ini seramai seratus orang. Ada dua puluh team kesemuanya. Terdapat lima segmen aktiviti yang dibuat. Tak ingatlah ai apa aktiviti tu. Yang pasti semua dapat medal, tiada satu pun tak dapat. Semua murid balik pun dengan perasaan gembira 👍.



Malamnya Ariq tidur awal, kepenatan sangatlah tu. Bila ai tanya dia esok pagi, tidur lewat seronok berborak dengan kawan-kawan dalam khemah sambil makan hahaha.. gitulah nak oi. Mummy pun kalau jumpa kawan memang seronok, terlupa ada suami dan anak-anak di rumah..eh!!?? 🤣 Kemudianlah, masukkan gambar Ariq yang ada dalam Whatsapp group perkhemahan. Tak rajin pula nak belek dalam Whatsapp sekarang. Rasanya tak berapa banyak gambar dia, macam biasa lah memang susah nampak muka dia ni 🙄. Kalau ada pun sisi tepi lah, belakang lah hahaha.. memang tak ada "jodoh" gambar aktiviti dia di sekolah. Geram je rasa tapi apa nak buat, pasrah dan redha saja lah 😬

Friday, September 27, 2024

Hari Terbuka Dialog Prestasi Akademik 2024

Bulan lepas ambil result akak Zahra untuk pertengahan tahun [link], bulan ini giliran Ariq pula. Hanya Aliah saja yang tak perlu ke sekolah. Tak tahu lah ada ke tidak untuk lower form di sekolahnya. Tak pernah lagi berjumpa dengan cikgu kelasnya, hanya bermesej dalam Whatsapp saja 😬. Masa pergi sekolah Ariq ini, tak ada gambar sangat yang diambil. Itu pun ada satu saja gambar masa Ariq keluar dari kelas, nak balik dah.



Gambar di bawah ini ai ambil dari Telegram, awal pagi Ariq dan kawan-kawannya kena jadi penunjuk arah untuk para ibu bapa yang hadir ke sekolah. Punya la besar vest tu dengan dia. Kawan sebelah dia pun sama juga hahaha...



Result dia kali ini tidak memberangsangkan, terutamanya subjek Matematik dan Sains huhuhu... dia banyak tak faham kehendak soalan 😩. Cikgunya ada beritahu tahun ini Ariq sangat aktif. Sebelum ini sibuk dengan latihan dan pelbagai benda dia buat program sana sini, banyak tak masuk kelas. Mungkin sebab itu lah kan prestasinya merundum sedikit. Ini memang ai tak nafikan dan betul apa yang cikgunya cakap. Balik nanti dia tahu lah Mummy mesti membebel punya hahaha... Tak apalah Ariq kita cuba lagi untuk peperiksaan akhir tahun pula. Kali ini Mummy akan bagi latihan sampai muntah hijau 🤭.

Apa pun keputusan, kita tetap kena raikan. Itu semua adalah hasil usaha dia juga yang sudah mencuba sehabis baik. Kami ke Restoran Dolly Dim Sum, The Curve. Sebenarnya Daddy dia yang nak makan sini, patut kita makan tempat Ariq nakkan hihi..



Oh ya! Ariq ada bagi borang masa di sekolah. Dia nak join perkhemahan badan beruniform di sekolahnya. Tahun lepas dia tak pergi jadinya tahun ini dia nak sangat sebab dah last year kat sekolah ini kan. Dia awal-awal lagi dah submit nama pada cikgu, cuma borang sahaja yang belum isi. Dua hari nak berkhemah baru bagi borang ya, bertuah punya anak.



Disebabkan lusa dah nak berkhemah, jadinya ai terus ajak Ariq pergi beli sedikit bekalan makanan untuk dia. Manalah tahu nanti rasa lapar dalam khemah, bolehlah mengunyahkan.



Friday, September 20, 2024

To The Wetland Studios

Pada asalnya tiada perancangan pun kami nak ke Wetland Studios ini. Kebetulan sehari sebelum ke sini, ai nampak salah seorang saudara upload gambar tempat ini di dalam Facebook. Dalam banyak gambar dia upload, ai berkenan satu tempat tu penuh dengan kilauan kaca atau kristal. Saja lah tunjuk kat enZaf, macam menarik je nak pergi ke situ. Terus enZaf cakap okay kita pergi esok. Oh ya! situ pun ada pelbagai jenis haiwan, semestilah anak-anak suka jua.



Pada hari kejadian, kami tak beritahu pun pada anak nak ke Wetland ini. Bila nampak signboard barulah anak-anak perasan tetapi mereka tak tahu ini tempat apa. Ingatkan taman biasa.🤭 Entry ini ai banyak masukkan gambar dan video. Jadi tak perlulah sangatlah nak menulis, biarkan gambar dan video saja berbicara.. cewahhh 🤣 tapi kalau rasa nak cerita ai tulislah sedikit hihi..









Bila masuk dalam bangunan, terpukau dengan cahaya lampu disekeliling kaunter tiket. Cantik sangat kalau tengok depan mata, dalam gambar nampak biasa je hihihi...





Harga tiket boleh layari laman sesawang Wetland Studios ini [link] atau pun boleh saja tengok di Instagram mereka. Sementara menunggu enZaf beli tiket, ai pun ambillah gambar dua orang remaja ini.













































Kawasan Qaireen tak suka, di sini tempat ikan-ikan didasar laut. Rupa ikan semuanya mengerikan. Qaireen sampai peluk akak Zahra 😬 Sekejap saja kat sini, ambil gambar sikit dan terus beredar.



















Gambar dari photobooth. Beli buat kenangan walaupun harganya "keras" huhuhu..



Sebelum keluar, singgah kedai souvenir. Nak mencari fridge magnet tapi sedih betul tak ada, yang ada hanyalah keychain. Sebelum keluar, ternampak ada kawasan petting zoo. Tidak lah besar mana tapi anak-anak nak masuk dalam. Hanya akak Zahra, Aliah dan Ariq saja yang masuk dalam. Kami duduk tepi sambil makan aiskrim hehehe.. Dua gambar bawah ini pun dari Aliah yang send dalam Whatsapp group.





Not bad juga lah tempat ini, sesuai untuk anak-anak. Tempatnya tidaklah besar mana, cuma kalau pergi waktu cuti sekolah mungkin padat sikit. Kami datang ini orang tak ramai, jadi aman lah nak bergambar bagai. Hanya ada satu rombongan sekolah dari anak-anak prasekolah. Rasa la riuh sikit, kalau tak sunyi juga hahaha.. Gambar-gambar di bawah ini semua dari phone enZaf. Letak juga dalam blog ini. Kalau ambil gambar indoor kamera phonenya cantik lagi dari ai 👍





























Tuesday, September 17, 2024

Padang Bola ke Padang Hoki

Tahun ini rasanya banyak betul aktiviti anak-anak. Boleh dikatakan setiap hujung minggu memang akan berada di padang. Badan pun dah semakin kembang, lama-lama jadi padang terus hahaha.. lebar bukan main kan 😪🥺 Pagi-pagi dah ke Kundang, Ariq ada perlawanan persahabatan dengan kelab bola di sana. Cuaca pagi tu hujan renyai, ada ketika lebat sekejap. Padang pun lecak, ai tengok dah macam tendang air bukannya tendang bola hehehe.. mesti seronok anak-anak main air hujan tu kan.





Selesai perlawanan bolanya, kami terus ke Sg. Buloh. enZaf ajak makan Nasi briyani di Restoran Abdul Briyani Power. Lama tak makan kat sini. Kedainya pun dah pindah tapi pindah depan saja dari gerainya. Dah maju buka besar sikit jadi restoran 👍.





Petang pula kami ke Gombak, akak Zahra ada training hoki di UIA. Masa waktu pagi hujan lebat, waktu petang ini pula cuaca panas ya amat. Walaupun matahari sekejap muncul sekejap hilang tapi bahangnya terasa betul. Demi anak panas ke hujan ke sanggup ku redah jua hehehe 🌦





Malam lepak di kedai mamak pula. Ai kalau kat mamak selalunya mesti ambil gambar anak-anak. Saja suka-suka dan simpan sini sebagai kenangan. Gambar enZaf tu kita tutup dengan watermark, rasa aib sangat kalau nampak lubang hidung tu hahaha...