Monday, May 16, 2022

Lawatan Pertama di Asrama


Buat pertama kalinya, sekolah akak Zahra membenarkan waktu lawatan di asrama. Sudah masuk Tingkatan 2 baru dapat jumpa dia ketika di asrama. Selama ini kalau ada barang untuk dihantar hanya sekadar drop di guard house sahaja dan dapat jumpa bila ada cuti panjang. Akak Zahra ni bila tahu Mummy Daddy datang, laju lah dia call dan pesan macam-macam hehehe.. terutamanya pesan untuk stok makanan. Lagi satu dia siap bagi senarai menu makanan untuk kami datang piknik nanti hahaha.. menu makanan tu ingatkan dia seorang saja, rupa-rupanya dengan kawan-kawan dia pun terselit sama. Ai dengan Zaf pun tak kisah, kongsi rezeki sekadar yang mampu kan. Yang penting bila anak-anak seronok kita pun seronok sama.



Bersebelahan dengan bangunan Aspuri ada terletak beberapa gazebo. Jadi kami pilih salah satu gazebo di situ untuk piknik beramai-ramai dengan kawan-kawannya. Parents kawan-kawan pun turut bersama dan dari situlah ai dan Zaf dapat berjumpa dan berkenalan secara face to face. Sebelum ini hanya bersembang dalam Whatsapp sahaja :)



Gambar di bawah ini dari kamera Mama Aida. Ibu kepada Tisya, BFF Zahra. Eh kawan-kawan dalam ni semua BFF dialah. Ke mana-mana bersama sahaja tapi dorang semua ini ada yang berlainan kelas dan dorm. Lupa pula nama mereka ni, yang ai ingat Amal dan Tisya sahaja hahaha...



Dekat nak balik tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya. Macam nak halau balik lah tu kan :p Waktu melawat pun nak habis sebenarnya pun, sampai pukul 6 petang sahaja. Nak balik tu ai baru teringat tak ambil gambar pun dengan akak Zahra. Laju-laju ambil gambar dengan Daddy dia.



Dengan Mummy wefie sahaja. Adik-adik tak sempat sebab semua dah masuk dalam kereta. Lebat sangat hujannya sampai habis lencun kasut dan seluar.



Kalau ikutkan pada jadual sekolah keluarkan, untuk waktu lawatan tak banyak dibuat. Tapi untuk pulang bermalam (PB) boleh dikatakan banyak juga. PB ini pun ada dua jenis iaitu PB wajib atau PB pilihan (PBP). PBP ini hanya pulang sekejap sahaja pada hujung minggu manakala yang wajib ini pada waktu cuti sekolah dan cuti perayaan. Bila sekolah dekat dengan rumah ini, nampak gayanya PBP pun nak balik juga :p

2 comments:

ezy.fia said...

dh masuk fasa endemik baru la dpt mak ayah melawat anak2 kat asrama..
suka la anak2 dpt berpiknik dgn mak ayh dorg.. hihi..
kita yg tgk ni pon rs seronok!

Nurhayati said...

betul tu.. asal anak seronok kita pun seronok sama kan. dorm dorang je kami belum boleh masuk lagi. teringin nak tengok keadaan dorm dia ok ke tak hehe..