Saturday, January 25, 2020

Nasi Arab Sedap


Selamat Tahun Baru Cina semua!!! Tahun ni tiada makan besar dari keluarga ai. Adik ai Hana pun tak balik, Nani pula kerja. Lepas dari graduate, dia kerja kat OU sementara menunggu kerja tetap. Minggu depan dia ada interview kat CIMB HQ, semoga ada rezeki dia kat sana. Adik ai Yusreena pula dia dapat kerja dengan Pos Malaysia. Pagi interview, petang tu dah panggilan bagitahu dia diterima berkerja kat sana. Alhamdulillah rezeki dia cepat betul. Walaupun dia belum buat majlis graduasi lagi hihi

Oh entry ni sambungan dari Johor, esoknya kami dah nak balik KL. Sebelum tu lunch dekat Selera Selatan dulu. Nama je selatan, tapi lauk yang ai pilih ikan patin tempoyak haha Dekat restoran tu sediakan macam-macam jenis lauk serata negeri.



Habis makan sempat juga kami singgah JPO. Ingatkan tak pergi, alih-alih enZaf drive ke sana. Dan kalau masuk JPO ni tak sah kalau tak membeli baju anak-anak. Itu je pun yang membeli. :)



On the way balik ya ampun, jem teruk kat highway. Naik sengal montot ai duduk dalam kereta lama sangat. Bayangkan dari tenghari keluar, sampai rumah dekat pukul 1 pagi. Pitamssss.... Sebelum sampai rumah, kami singgah Nilai untuk dinner kat sana. enZaf ajak makan nasi arab. Katanya sedap nasi arab kat situ. Ai pun tak pernah makan kat sana tu yang dia bawa. Nama kedainya Restoran Marhaban Bikum. Betul-betul dekat Dataran Nilai. Nak sampai ke situ enZaf boleh sesat tak jumpa lorong nak masuk haha.. Dah lapar la tu. :p



Nampak macam biasa je, tapi ya ampun sedap okay. Banyak gila ai makan. Menambah-nambah. Anak-anak pun sama naik juga, menambah makan. Konsep letak dalam dulang besar.



enZaf order murtabak pula. Katanya rugi tak makan. Dah la ai makan nasi banyak, makan murtabak lagi. Memang sedap pun. Dah kenyang pun sumbat juga. Lepas tu ai dah macam ular sawa, kenyang dan malas je nak bergerak :)



Anak-anak semua dah kepenatan sebenarnya, sengal dalam kereta lama sangat. Tu bila berhenti makan terus semua gembira haha



Lepas makan kami lepak kejap kat dataran. Boleh tahan besar juga padangnya. Luas dan seronok nak berpiknik. Tepi dataran tu pun penuh dengan orang jual mainan, belon semua. Meriah tapi ai tak ambil gambar pula.



Kuat betul angin malam tu, tak sure pula memang kawasan sini jenis berangin atau malam tu saja yang kuat anginnya. Bila dah berangin sejuk ya amat. Macam duduk tempat tinggi. Sejuk-sejuk pun ramai orang melepak. Ai tengok anak-anak pun seronok malam tu, siap tumpang main bubbles orang hahaha Kat situ ramai juga budak-budak main kereta mainan sewa, ada yang berbasikal, berrollerblade, boleh dikatakan aktiviti riadah la malam tu.








Nampak bubbles tu laju je pergi tanda betapa kuatnya angin malam tu. Sampai tak sempat si kenit tu nak kejar hihi. Eh.. tetiba teringat kat nasi arab ni. Nanti kalau pergi mana-mana lalu Nilai, boleh la ajak enZaf makan kat sini lagi.

No comments: