Thursday, October 24, 2019

Makan kat Warung Che Bunga


Akhirnya dapat juga makan dekat kedai Warung Che Bunga. Kedainya di Sg. Buloh dekat je nak pergi sebab jalan tu nak menghala ke rumah mak. Sebab dekat tu la susah nak pergikan. Kedai Warung Che Bunga ini menyediakan masakan negeri Kelantan. Sebenarnya dah kali ke-2 makan dekat Warung Che Bunga ini, jadi ai sekalikan dalam satu entry :) Gambar di bawah ini masa kali pertama ai datang. Tak silap datang dalam pukul 12 lebih. Bertiga sahaja enZaf dan Qaireen. Anak-anak yang lain semua kat sekolah.



Dalam kedai ini buat konsep layan diri. Lupa pula nak ambil gambar menu tapi di sini ada Nasi Dagang, Nasi Kerabu, Mee Celup dan ada banyak lagi tapi ai tak ingat nama hehe Pelbagai juga sajian yang ada. Menarik semuanya.



Ambil gambar si bongsu yang menjadi peneman Mummy dan Daddy. Bukan senang nak ambil gambar dia yang tengah mood baik apa entah lagi bila senyum hihi..



Ai memilih untuk makan Nasi Kerabu tapi ambil lauk ayam masak merah hehehe Nampak ayam masak merah dia tu menggoda pula. Sedap nasi kerabunya. Kalau ada rezeki datang lagi boleh makan dengan daging atau ayam bakar pula.



enZaf nampak Akok terus laju dia ambil. Makanan kesukaan dia ni. Cuma kurang sedap katanya.



Ai bawa balik Bread Pudding. Yang ini memang betul-betul sedap. Rasa macam nak lagi hihi



Gambar di bawah ini pula masa kami pergi makan kali ke dua. Masa kali pertama tu tak banyak gambar dalam kedai ai ambil. Kali ini baru dapat snap gerai buah dan Coconut Shake. Beli buah je, air kelapa next time datang kita cuba.



Elok dah habis makan, tiba-tiba ada orang datang tegur. Rupa-rupanya kawan sekolah ai, Aida.



Lama betul ai tak jumpa dia. Kali terakhir jumpa dia tahun 2017 [link] pergh lama sudah. Lepas tu masing-masing update dalam Facebook je. Tak sangka pula yang dia dah start keje, ingatkan belum habis pantang lagi. Tahniah beb dapat baby girl no.4. Sama ramai dah anak kita dan susunan anak pun sama. Ada hero seorang hehe

Kalau nak tahu details pasal Warung Che Bunga ni, berkenaan makanan dan lokasi kedai boleh search kat facebook. Ini adalah iklan tak berbayar :p

No comments: