Monday, June 24, 2019

Happy 7th Birthday Ariq!


Hari Khamis yang lepas iaitu 20hb Jun ialah harijadi Ariq yang ke-7 tahun. Besar dah anak bujang Mummy sorang ni. Hari-hari sebelumnya dia ada sebut pasal birthday dia nak beli party pack untuk bagi pada kawanawan kelasnya. Dari hari ke hari ai asyik je terlupa nak sediakan party pack tu sampai la esoknya nak birthday (Khamis), hari Rabu baru ai terhegeh-hegeh nak membeli. Nasib baik la enZaf tak outstation atau pun banyak kerja haritu. Lepas Maghrib terus kami keluar dan masa dalam kereta lah baru nak decide beli barang dekat mana huhu Kalau diikutkan tahun-tahun sebelum ini, barang-barang party pack beli kat GM Klang, tapi ni dah last minutes, maka cari mana yang dekat saja la.

Tanpa melengahkan masa kami terus ke OU. Dan laju meluru masuk ke dalam Kaison. Ai minta Ariq pilih barang yang nak dibeli untuk kawan-kawannya. Tapi mestilah bersyarat, tak lebih dari peruntukan yang diberi hehe



Bukan main anak bujang tu memilih hehe. Rambang mata dia, macam-macam dia nak sumbat dalam bakul. Lepas setel kat Kaison, kami pegi ke Giant pula. Ai nak beli barang dapur sikit, dah alang-alang tu Ariq pun cari makanan untuk tambahan dalam party pack dia. Ada juga nak selitkan :p Semua makanan tu pilihan Ariq :)



Gigih Ariq menyiapkan sorang diri. Mummy hanya monitor bilangan party pack saja.



Keesokkan hari ai hantar dia ke sekolah. Tak sabar la tu nak bagi kat kawan. Paper bag yang kecik kat tangan kanan dia tu party pack untuk guru kelasnya. Special sikit, besar dan lagi banyak makanan haha.



Ai pass semuanya kat guru kelas Ariq. Lepas tu ai dengan tak malu minta guru dia tolong ambilkan gambar Ariq bersama kawan-kawan kelasnya dan whatsapp kat ai hehe Simpan buat kenangan. Nak nak letak dalam blog. Ni la hasil gambar yang diambil dari guru kelasnya.



Seronok tengok anak-anak happy.



Dan paling penting Ariq lagi happy!! Kira berjaya la misi dia nak bagi party pack kat kawan kelas.



Terima kasih Cikgu Aisyah sudi menyelitkan sedikit masa mengajarnya untuk agihkan party pack dan sesi bergambar.



Fuh lega dah setel semuanya. Selagi tak sampai birthdaynya selagi tu la dok cakap ulang banyak kali. Siap countdown lagi tu hehe

No comments: