Hari birthday dia ni,
dia masih kat Kuching.
Ikutkan mmg takde plan apa pun
masa birthdaynya melainkan wish je la.
Tetiba sehari sebelum akak Zahra & Aliah cakap
nak wat surprise party tuk Daddynya.
Ai memula dgr amboi party..
pastu Zahra cakap party kita2 je Mummy haha
Bila tgk air muka anak2 yg begitu
eksaited nak buat tu,
maka ai pun setuju je la apa yg dorang nak plan.
6 Oktober tu jatuh hari Sabtu.
Tenghari tu cam biasa hantar Zahra
gi tuisyen dulu.
Sementara tunggu dia habis,
ai masuk Giza Mall pergi Mr.DIY,
cari barang2 party.
Beli belon, banner, topi dan tiup apa bunyi2 tu.
Semuanya Aliah & Ariq yg pilih.
Dan best barang2 kami beli tu tak
lebih dari RM10 hehe
Habis membeli lepak makan kejap
sampai la kelas Zahra habis.
Amik dia terus kami ke OU.
Pergi Madam Kwan dulu bagi akak Zahra makan.
Yang lain pun makan lagi hehe
Dah lama tak ke sini,
rupanya sama mcm Chilis ada
kertas aktiviti tuk anak2.
Senang dok diam2 kat situ.
Lupa nak amik gambar Qaireen.
Dia tak tido tp nak beriba huhu.
Masa tengah makan enZaf video call.
Kecoh la kejap sbb anak2 dok
jerit wish birthday ngan Daddy dorang.
Malu ai tetiba ngan meja sebelah.
Senyum2 dorang tgk gelagat anak2 ni.
Wish ngan nyanyi birthday bagai :)
Yang Ariq lagi best siap cakap
Daddy we make surprise for you.
Ha ko rasa.. mmg takde surprise ngan anak2 ni
jawabnya kan hahaha
Dah habis makan kami terus ke Komugi.
Beli kek situ.
Suka sbb sedap.
Bagi akak Zahra pegang..
pasrah je la ai kalau kek tu senget.
Sempat lagi lepas tu kami singgah kat Cinnabon
tapau bawak balik.
Dalam kereta Qaireen taknak duduk dalam carseat.
Melalak2 dia macam ape.
Jadi ai mintak Zahra pegangkan.
Sampai2 rumah tgk lena sungguh tido.
Semua tido plak tu.
EnZaf sebenarnya mmg balik 6hb tu,
tp flightnya malam.
Ikutkan schedule pukul 9:40malam mcm tu sampai.
Ai ada cakap ngan anak2 kita celebrate
Ahad je la esoknya,
tp dorang ni nak jugak celebrate mlm ni.
Bukan apa taknak dorang tunggu lama.
Sbb pukul 10 je memasing dah mengantuk.
Tp disebabkan semua nak jugak la
gigih masing2 tahan mata sampai nak terlelap dah
tunggu Daddy dorang haha.
Ni lepas Maghrib ai suh anak2
siapkan suprise party yg nak sangat buat tu.
Aliah sorang je yg reti
tiup belon.. hampeh tul Zahra hehehe
Dia tiup ai ikatkan,
gantung Zahra buat :)
Pastu ai saja cakap okay,
mana nak letak kek.
Budak2 ni pun keluarkan idea tarik meja
itu la meja ini la..
tp semua ai reject sbb takkan nak meja makan,
besar sgt. Coffee table pun kecik sgt plak.
last2 dorang bawak keluar meja bilik Aliah.
Bagus anak2 bekerjasama hehe
Terus susun2 kemas apa yg patut.
Dah setel masing2 berehat tunggu enZaf
dari airport.
Sblm tu ai dah whatsapp dia bgtau dulu
bila dah nak sampai rumah.
Bila dia msg je bgtau,
terus la ai cakap ngan anak2 Daddy dah
ada depan pintu.
Time tu pun dah dekat pukul 11 kalau tak silap.
Yang kelakar tu,
dorang ni bising gelak2 bagai
sbb tak sabar nak surprisekan Daddy dia
hahaha kelam kabut sungguh.
Bila Daddy dorang ketuk pintu,
punya la Zahra cakap wait2.. ape ntah haha
Bukak pintu semua cakap surprise!!!!!
Terpancar kegembiraan muka anak2
dan ofkos la Daddy dorang.
Kek yang lilin besar 4 batang
dan 1 batang lilin kecil ;)
Anak2 semuanya dah mengantuk
tp bila bergambar ni
terus hilang ngantuk semuanya.
Harusla bergambar ngan birthday boy.
Ha ni baru nampak kek,
tepi kek tu dah kena kotak masa
akak Zahra bawak hehehe.
Nasib Mummy ko dah redha awal2 :p
Oh yer, anak2 ada buat kad tuk Daddy dorang.
Anak2 ada tanya sblm tu
Mummy tak bagi apa2 ke kat Daddy.
Ai cakap bagi kek tu hadiah la.
Dorang tak bole terima haha
Ai minta anak2 bergambar lagi sekali.
Yang ni suka sbb semua pandang kamera.
Dengan yg kenit2 tu sekali.
Padahal dia dah mengamuk nak tido,
tetiba bila bergambar terus senyum..
haha drama sgt ko nak.
Cepat2 enZaf potong kek,
pastu ai bagi anak2 makan.
Dah makan terus masuk tido.
Jam pun dah pukul 12 pagi.
Alhamdulillah....
Impian anak2 nak surprisekan
birthday Daddy tercapai.
Walaupun surprise tu tak bape nak surprise
sbb Daddynya dah tau awal.
Tapi usaha anak2 tu yg buat ai
terharu sangat.
Gigih masing2 okay.
HAPPY BIRTHDAY YANG KE-41 SUAMIKU!!!
Semoga diberi kesihatan yang baik,
murah rezeki dan apa yg dihajati dimakbulkan.
No comments:
Post a Comment