Wednesday, December 27, 2017

Konsert Terunggul Afgan & Ungu


Konsert ni masa birthday Zaf,
6hb 10 yg lepas.
Tak silap hari Jumaat dan dia
ada kat Johor.
Lewat petang dapat call dari dia,
katanya standby lepas Maghrib keluar.
Mintak tolong hantarkan anak2 kat rumah mak.
Tanya kenapa dia cakap nak gi tengok konsert.

Rupa2nya dia nak bawak gi tengok
Konsert Terunggul Afgan & Ungu.
Bukan peminat Afgan tapi lebih
kepada Ungu.
Lama giler okay tak tengok konsert,
last tgk konsert ungu masa pregnantkan Zara,
tak ingat nama tempat tapi kat KL.
Masa tu blom lagi berblog,
kalau ada konpem dah update dalam ni hehehe

Tanya dia dah beli tiket ke..
katanya blom.
Gamble je tengok kat kaunter,
kalau ada lagi ada la katanya.
Dan inila tiketnya.
Amik yg standing,
nak duduk dekat ngan stage mahal sgt.
Yang duduk tempat lain jauh sket dr stage,
Zaf kata tak best plak.



Nasib baik konsert tu
Ungu yg nyanyi dulu..
Jadi bestla layan.



Habis Ungu baru Afgan.



Time Afgan ai tak larat nak diri dah,
ajak Zaf ke belakang.
Kebetulan ada kerusi,
duduk la kejap situ.

Muka kami yg comot berlekit
selekeh giler time tu haha



Dengar 2-3 lagu Afgan pastu terus kami balik.
Perut lapar sebenar.
Makan sebelum amik anak2.

Happy Birthday enZaf
yang ke-40 sudah :)




No comments: