Awal bulan haritu pegi check-up.
Kandungan dah 23 minggu.
Masa tu baru dpt tau gender baby.
Sblm ni baby tak tunjuk sbb
dalam posisi sujud.
Habis semua dia tutup hehe
Masa tgh buat ultrasound tu
gynea ckp,
uri ai rendah sket.
First time okay camni.
Risau juga gynea cakap camtu,
tp katanya harap2 next check-up
uri tu dah naik ke atas.
Mudah2an la kan.. doa byk2.
So ai pun google la pasal uri bawah ni.
Ia juga dikenali dgn nama Plasenta Previa.
Ni ai copy paste dari BabyCenter website.
Credit and thank you to BabyCenter.
Kandungan dah 23 minggu.
Masa tu baru dpt tau gender baby.
Sblm ni baby tak tunjuk sbb
dalam posisi sujud.
Habis semua dia tutup hehe
Masa tgh buat ultrasound tu
gynea ckp,
uri ai rendah sket.
First time okay camni.
Risau juga gynea cakap camtu,
tp katanya harap2 next check-up
uri tu dah naik ke atas.
Mudah2an la kan.. doa byk2.
So ai pun google la pasal uri bawah ni.
Ia juga dikenali dgn nama Plasenta Previa.
Ni ai copy paste dari BabyCenter website.
Credit and thank you to BabyCenter.
Apa itu plasenta previa?
Plasenta terbentuk apabila telur yang telah disenyawakan melekat dalam uterus anda selepas melalui perjalanan sepanjang tiub falopian. Kadang-kadang, ia melekatkan dirinya di bahagian uterus yang rendah. Dalam kes ini, plasenta itu akan berkembang di kedudukan yang rendah.
Jika anda membuat imbasan ultrasound pada awal kehamilan dan plasenta dilihat berada hampir dengan serviks, jangan bimbang. Apabila bayi semakin membesar, uterus anda yang turut membesar secara semula jadinya akan menarik plasenta ke atas, jauh daripada serviks.
Jika plasenta masih lagi berada di kedudukan rendah dalam uterus selepas 20 minggu kehamilan, ini dipanggil plasenta previa. Walaupun sudah berada pada peringkat ini, plasenta masih boleh naik ke atas tepat pada masa bayi anda dilahirkan. Menjelang akhir kehamilan, kira-kira satu dalam 200 wanita mengalami plasenta previa pada tahap yang berlainan. Kebanyakan daripadanya adalah kes-kes ringan.
Jika plasenta itu menutup serviks anda pada akhir kehamilan, jalan keluar untuk bayi melalui faraj akan dihadang. Plasenta itu mungkin menutup sebahagian daripada serviks (partial placenta praevia) atau menutup keseluruhannya (major placenta praevia). Lihatlah imej di bawah. Tidak kira yang mana, bayi anda akan perlu dilahirkan melalui pembedahan caesarean.
Adakah plasenta previa biasa berlaku?
Sesetengah wanita lebih berkemungkinan mengalami plasenta previa berbanding yang lain. Anda lebih berkemungkinan mengalaminya jika anda:
pernah melahirkan anak sebelum ini;
pernah menjalani pembedahan caesarean sebelum ini;
seorang perokok;
berusia lebih daripada 35 tahun.
Bagaimanakah plasenta berkedudukan rendah didiagnos?
Plasenta yang berkedudukan rendah mungkin dikesan semasa imbasan ultrasound pada trimester kedua. Jika plasenta itu mencecah atau menutupi sebahagian serviks anda, doktor akan terus memantaunya.
Dalam kira-kira separuh daripada jumlah kes ini, imbasan pada trimester ketiga akan menunjukkan bahawa plasenta itu telah bergerak ke atas dan tidak menghalang serviks. Jika tidak, masih ada masa untuk ini berlaku. Dalam kira-kira satu perempat kes, plasenta itu akan telah bergerak selepas 34 minggu dan bersedia untuk kelahiran.
Kadang-kadang, plasenta previa dikesan melalui cara lain:
Jika bayi anda dalam kedudukan songsang atau berbaring merentasi perut anda (posisi melintang). Ini mungkin tanda bahawa dia tidak dapat mencapai kedudukan kepala di bawah, kerana plasenta menghalangnya.
Jika anda mengalami pendarahan faraj yang tidak menyakitkan dalam trimester kedua atau ketiga. Hubungi doktor anda serta-merta jika ini berlaku. (Pendarahan faraj juga mungkin disebabkan oleh plasenta tercerai daripada dinding uterus anda. Ini dipanggil abrupsi plasenta, dan anda perlu mendapatkan bantuan perubatan segera.
Komplikasi apakah yang dikaitkan dengan plasenta previa?
Ingatlah bahawa hanya satu dalam 200 wanita mengalami plasenta previa, dan kebanyakan daripadanya pula adalah kes-kes ringan. Ini bermakna bahawa komplikasi jarang berlaku. Walau bagaimanapun, apabila komplikasi benar-benar berlaku, ia boleh jadi serius.
Satu komplikasi yang jarang berlaku ialah apabila plasenta itu tertanam terlalu dalam di dalam dinding uterus. Plasenta itu akan kekal melekat pada uterus dan tidak keluar seperti yang biasa berlaku selepas bayi dilahirkan. Ini dipanggil plasenta akreta, dan lebih berkemungkinan berlaku jika anda pernah menjalani pembedahan caesarean sebelum ini.
Jika anda mengalami plasenta previa, terdapat risiko anda mungkin mengalami pendarahan tiba-tiba namun tidak menyakitkan. Ini boleh berlaku semasa anda sedang hamil atau semasa dalam proses kelahiran. Anda akan memerlukan penjagaan perubatan kecemasan jika ini berlaku, terutamanya jika anda sakit hendak bersalin terlalu awal. Tanpa rawatan, pendarahan yang teruk (haemorrhage) boleh membahayakan nyawa anda dan juga bayi. Namun biasanya jika ini berlaku, pendarahan jenis ini boleh dirawat segera.
Kemungkinan yang anda akan kehilangan terlalu banyak darah sehingga membahayakan nyawa adalah sangat kecil. Namun kadang kala doktor perlu bertindak dengan cepat untuk menghalang perkara lebih buruk berlaku. Dalam situasi ini, mereka mungkin perlu melindungi kesihatan anda dengan menjalankan pembedahan untuk membuang uterus (histerektomi).
Bagaimanakah plasenta previa ditangani?
Menangani plasenta previa kadang kala cuba melibatkan tunggu dan lihat. Pasukan perubatan anda akan memantau kedudukan plasenta anda.
Penjagaan untuk diri anda juga berbeza bergantung kepada sama ada anda mengalami pendarahan ataupun tidak. Jika anda tidak mengalami pendarahan anda mungkin boleh duduk di rumah. Anda akan dinasihatkan supaya mengelakkan hubungan kelamin sepanjang kehamilan anda. Anda juga harus mempunyai seseorang untuk mebantu anda sepanjang masa dan memastikan anda boleh pergi ke hospital segera jika perlu.
Jika anda mengalami pendarahan atau anda mengalami plasenta akreta, anda akan diminta datang ke hospital apabila usia kehamilan 34 minggu. Biasanya, anda akan dicadangkan supaya menjalani pembedahan caesarean yang dirancang apabila berada di antara 37 minggu dan 38 minggu kehamilan. Memandangkan anda mungkin lebih berkemungkinan mengalami pendarahan semasa pembedahan, peralatan pemindahan darah akan disediakan sebagai langkah berjaga-jaga.
Jika anda mengalami pendarahan teruk sebelum anda dijadualkan pergi ke hospital, pergilah terus ke hospital supaya pendarahan itu boleh dipantau. Apabila pendarahan berhenti, anda mungkin diminta tinggal di hospital sehingga bayi anda bersedia untuk lahir. Jika pendarahan tidak berhenti, atau anda sakit hendak bersalin awal, bayi anda akan perlu dilahirkan melalui pembedahan caesarean.
Jika saya mengalami plasenta previa, apa yang boleh saya lakukan untuk membantu diri sendiri?
Anda tidak boleh buat apa-apa untuk mengubah posisi plasenta. Tetapi anda boleh memastikan bahawa anda kekal sihat. Makanlah makanan yang berkhasiat terutamanya yang kaya dengan zat besi. Ini akan mengurangkan kebarangkalian anda mendapat anaemia. Jika tahap zat besi anda rendah, doktor mungkin mencadangkan anda mengambil suplemen zat besi.
Mengalami plasenta previa boleh jadi membimbangkan bagi anda, terutamanya jika anda sedang menunggu untuk melihat sama ada plasenta anda akan naik. Tetapi ada banyak perkara yang boleh anda lakukan untuk memastikan anda dan bayi selamat dan sihat.
No comments:
Post a Comment