Tuesday, April 18, 2017

Mencari Perabot


Bukan la cari perabot besar,
cari meja komputer sebenarnya.
Komputer yg ada skang kat bilik no.3,
kami nak jadikan bilik tu bilik tidur.
Meja komputer yg ada agak besar,
tu yg nak tukar cari meja yg kecil sedikit.

Sebelum ni dah tengok kat Ikea,
ada yang berkenan.
Tapi warnanya plak yang takde.
Lama jugak la menunggu,
tuk stok masuk balik.

Sambil2 tu kami cari gak la,
kat kedai perabot lain.
Kot la ada yg kecik dan berkenan,
tp sayang...
kebanyakkan yang ada semuanya besar.
Pastu warna pun hanya
warna brown & warna hitam.

Dua minggu lepas pegi area Puchong.
Pernah beli lampu & sofa kat
kawasan ni.



Sambil menunggu Zaf belek katalog,
ai pun belek jugak..
tengok meja makan.
Nak request kat enZaf beli baru.
Berkenan yg mejanya ada glass
or marble :)



Dari Puchong kami singgah Houz Depot.
Cari2 lagi kot ada.
Kat situ lagi hampeh,
meja komputer pun takde hahaha

Sempat selfie dalam bilik air,
menunggu Zara kat dalam.



Skang ni anak2 suka makan
ice cream sandwich dari wall's
yang baru tu.



Esoknya hari Isnin saja la ai
check balik kat Ikea website.
Kot stock dah masuk.
Katanya ada 1 je tinggal huhuhu..
Zaf kata jom la tgk
mana la tau ada rezeki ke.
Sampai2 dah takde, habis dah..
Perghh laju betul orang ni beli barang.

Masa tengok ai tunggu dlm kete je,
Zaf call kata yang ada warna hitam je,
nak beli ke tak?
Ai cakap kalau taknak tunggu,
beli je la..
cuma warna tu la nanti tak match ngan perabot lain.
Dah tak cantik.

Kesimpulannya tak beli pun,
kami tunggu je la stok lagi.


*pic from Ikea website

Ni la meja komputer yang nak tu.
Warna putih dan kecil.
Harga RM169.


No comments: