Thursday, July 28, 2016

Bela Ikan Balik


Lama dah tak membela ikan.
Last bela masa Aliah setahun.
Ha dekat 6 tahun gak le stop takde ikan.
Sejak kes Aliah main celup2
bawak keluar batu daun ikan bagai huhu

Minggu lepas tetiba enZaf bersuara.
Rasa nak bela ikan balik.
Tapi pakai aquarium kecik je.
Yang dia pernah bagi ai dulu. [link]

Kami pegi kedai pet
kat Uptown Damansara.
Lama tak dtg kedai ni.



Sementara tunggu enZaf setel
beli ikan n sikit barang tuk ikan2 tu.
Ai n anak2 layan tgk kucing.



Zara awal lagi mintak nak bela cat.
Kalau umah terrace mummy bela dah nak oi.
Ni rumah banyak tingkat leceh.
Plak tu kawasan umah tak besar huhu

Berkenan betul yang ni.
RM1200 sila la beli ahhaha



Terus teringat kucing kami MelC.
Beli kat kedai ni jugak.
Bela masa sblm dapat Zara :)
Dpt Zara je terus bagi kawan Zaf jaga.

Aliah snap pic ni.
Katanya nak tunjuk kat Maksu dorang.



Comel je Aquarium.
jadi tak leh letak ikan byk sgt.
Anak2 dapat 2ekor ikan sorang.



Seronok dorang kalau ada binatang2 ni.
Aquarium ni jugak
pernah letak small turtles zara aliah.
Rindu kat Crash & Zoey :) [Link]


No comments: