Monday, June 6, 2016

Anniversary kat Red Box


Pada hari Khamis lepas adalah hari ulangtahun perkahwinan kami. Alhamdulillah, genap 10 tahun kami bersama. Macam tak percaya pun ada. Pelbagai pahit manis kami tempuhi, naik jatuh terduduk bagai semua ada. Alhamdulillah ikatan kami masih teguh hingga kini. Semoga berterusan hingga ke Jannah. Aamiin. Setiap kali anniversary, kebiasaannya ai memang takde membeli apa-apa present untuk enZaf. Dia pun sama juga takde beli apa pun untuk ai haha. Kami memang dari dulu takde bagi bagi hadiah ni. Cara celebrate kami mesti keluar makan-makan. Itu pun dah memadai bagi ai. Janji kita happy dengan cara kita kan. Hari Khamis tu enZaf ajak pergi karaoke. Tempat selalu kami pergi Redbox The Curve. Dah alang-alang nyanyi kami terus dinner kat sana sekali.



Anak-anak ni bila tahu pergi Redbox memang suka la masing-masing. Selain dorang suka menyanyi, dorang juga suka makanan kat situ. Setakat ni makanannya memang tak menghampakan. Pelbagai pilihan juga ada, berbaloi bagi ai. Aliah awal-awal lagi dah nampak icecream. Benda pertama dia ambil. Siap ambilkan untuk kakak dia sekali.



Nak menyanyi ke nak melantak sebenarnya. Penuh makanan atas meja. Bila perut dah kenyang nak menyanyi pun dah semput haha



Tapi malam tu ai memang tengah lapar pun. Banyak betul makan. Tak toleh kiri kanan dah. Biarla anak-anak dan Daddy yang menyanyi.



Ai melayan seafood. Lepas tu makan bread pudding. Takde pula ambil gambar, yang pasti banyak kali ai repeat makan bread pudding tu.



Perut dah kenyang, hati pun banyak senang. Gambar bawah ni Aliah sedang menyanyi. Fokus sungguh sampai Mummy ambil gambar pun tak perasan.



Ariq mula-mula je malu, belum panas lagi. Lambat sikit warm-upnya haha Tapi bila dah mula menyanyi sampai taknak lepas microphone pula. Bila kita nak ambil microphone tu dia marah haha Paling banyak menyanyi malam tu ialah Zahra. Dia memang suka sangat menyanyi terutamanya lagu Try Everything dari Shakira dan lagi satu lagu-lagu dari Charlie Puth. Perghh bukan main lagi nak lagu Englis semuanya. Lirik hafal pula tu. Entah bila dia hafal pun ai tak tahu huhu Disebabkan Zahra nyanyi lagu-lagu tu, baru la ai kenal siapa penyanyinya. Ai dengar lagu pun masa kat dalam kereta je, mana nak tahu siapa nyanyi. Ai siap google Charlie Puth ni, banyak lagu-lagu yang best dia ada hahaha.

Malam tu ai tak banyak sangat ambil gambar. Lebih pada video. Nak nak part Ariq menyanyi. Tapi tak transfer lagi video. Kemudianlah, itu pun kalau rajin yang nak update entry ni balik :p enZaf tengah menyanyi lagu Ir Radzi tajuk Sempurna Waktu khas untuk ai. Cewah jarang-jarang lakiku ni romantik bagai.



Lama juga kami berkaraoke. Dalamm pukul 1 pagi baru balik. Aliah awal-awal lagi dah tumbang. Dia memang jenis tidur awal. Ariq dan Zahra pula berbeza. Dorang ni kalau tak suruh masuk tidur memang boleh tak tidur-tidur dorang dua tu. Heran tak mengantuk.



Happy 10th Anniversary encik Zafaris!!! Semoga you takkan berasa bosan hidup bersama dengan ai hihihi

1 comment:

annapeje said...

best nyer sambut reramai lagi best kang sambut berdua rasa kosong ahahaha lama ok x pg redbox last zaman bujang karaoke bebuka poser ahaha