Wednesday, March 2, 2016

Nasi Kerabu Golok


Yey dapat berjalan ke Kelantan.
Kalau tak kerana ada wedding,
tak tau la bila nak jejak ke sana.

Tu pun macam tak cukup masa
dan tempat kami pegi.
Perjalanan nak ke Kota Bharu ni
MasyaAllah jauhnya rasa.
Pegi bukan cuti sekolah pun
dah bebal bontot,
apentah lagi cuti sekolah.
Tgk orang balik jem sampai berbelas2 jam,
mmg tak kelakar.

Sampai KB pun dah kul 6 lebih,
hari pun dah nak gelap.
Sempat kami singgah jap ke
Wakaf Che Yeh.



Zara dalam proses membodek
Daddy dia nak roller blades.
Dah sebulan dok mintak menda alah ni.
Tapi tak beli, tengok2 je dulu.

Habis jejalan kat Wakaf Che Yeh tu,
Zaf bawak dinner kat Nasi Kerabu Golok.



Sedap nasi kerabunya.
Ada manis2 sikit.
Biasala kat Kelantan apa yg tak maniskan.



Semua kuysuk makan,
lapar gitu hehe



Gi Kelantan ni,
Zaf bawak skali mak pak dia.
Mil ai tak pernah pegi sini,
so ni first time la dia jejak Kelantan.

Lepas makan nasi kerabu,
makan pulut mangga dia.
Tak sempat nak amik gambar elok.
Zaf dah makan dulu.



Perghhhh sedap sgt okey.
Rasanya ni yg paling sedap kot,
sepanjang ai makan sblm2 ni yg lain.
Memang cukup rasa serba serbi.
Terbaik!!!

2 comments:

Zaila Mohamad said...

aku plak yang terliur tengok gambar ni..haha

zara roller blades p beli kat GM Klang murah2

annapeje said...

aku neh memang hantu nasi kerabu pepagi hadap gambo ko memang rasa nk jilat skrin ahahha pulut mangga la nangis ahahha dap3