Thursday, January 14, 2016

Cuti2 Di Kuantan


Masih cerita tahun lepas yang tak habis-habis lagi masuk dalam blog. Diriku malas nak belek gambar sebenarnya huhu... selalunya perasan bila gambar tu banyak ai jadi malas nak buat entry hahaha.. Ini pun paksa diri buat jugalah untuk kenangan punya pasal. Kejadian ini berlaku selepas hari Krismas yang lepas. Tiba-tiba enZaf ajak ke Kuantan esok. Dia minta ai call Abah tanya nak ikut ke tidak dan lajulah ai call Abah dan laju jua Abah jawab "Okay" hahaha.. Kami bawa Abah dan Mak berjalan-jalan. Adik-adik ai duduk rumah sahaja :p On the way nak ke Kuantan, kami singgah Temerloh untuk makan tengahari. Kami memilih Gerai Makan Pak Usop. Sama pula nama dengan Abahkan. Lupa nak ambil gambar kedai. Tapi masa kami sampai tu Ikan Patin Tempoyaknya dah habis. Tuan kedai kata sekarang tengah masak untuk second round, dalam 40 minit baru siap. Perghh.. baru tengahari dah masak second round, memang ramai pun makan kat situ. Disebabkan lama lagi nak menunggu 40 minit itu kami buat keputusan makan apa yang ada sahaja. Nak tunggu dengan keadaan tempatnya yang agak panas takut nanti anak-anak ini meragam pula dengan perut pun dah lapar, orang ramai lagi. Kami makan Ikan Patin Goreng.



Serious makan Ikan Patin yang goreng ini pun dah sedap. Isi ikannya lembut dan fresh sangat. Aliah pun suka, dia sorang sahaja makan seketul. Peminat ikan gitu. Lepas makan kami sambung perjalanan semula dan inilah tempat kami akan tidur selama dua malam iaitu di Swiss-Garden Resort Residences. [link]



Cantik pula tengok gambar ini, langit yang biru tanpa awan. Kali ini kami mencuba di tempat baru pula. Sebelum ini kalau nak tidur di Kuantan kami selalu ke Swiss Garden Beach Resort. Yang residence ini dekat sahaja dengan beach resort :) Bila kami sampai dalam residence ini tak boleh check-in lagi disebabkan bilik belum siap. Sementara menunggu siap kami pergi ke gerai berdekatan di mana berhadapan sahaja dengan residence ini. Minum petang lah kiranya dengan makan kopok lekor, sata dan air kelapa. Nyamannya rasa heheh...



Sempat bergambar di lobi sebelum ke lif. Kecil sahaja kawasan lobinya dengan dekorasi yang simple.



Ambil gambar Mak Tok dan Tok Abah bersama cucu-cucunya sebagai kenangan pergi bercuti. Anak-anak happu sebab Tok ikut. Baru meriah ramai-ramaikan.



Nama tempat ini residence sudah tentulah keadaannya sama seperti rumah. Ada living hall, bilik, dapur dan sebagainya.



Ada macam-macam jenis rumah di sini bermula dengan studio, satu bilik sehingga tiga bilik. Jadi pilihlah mengikut jumlah orang dan juga bajet masing-masing. Masuk-masuk je rumah, Zahra dan Aliah bukan main laju pilih katil. Semangat betul haha..



Sudah petang kami turun bawah untuk ke kolam. Anak-anak pun dah tak sabar sangat nak mandi. Selagi tak turun, selagi itu lah mereka ini bertanya tanpa henti huhuhu... Boleh dikatakan agak ramai orang juga waktu itu, kami ingatkan pergi bercuti selepas hari Krismas dah kurang orang. Tak ada maknanya kan, selagi masih cuti sekolah pasti ramai orang di mana-mana sahaja.



Teringin pula ai nak naik slide di bahagian kolam dalam itu. Ajak enZaf naik slide tu dia tak nak. Nak pergi sorang diri bosan pula kan. Jadinya tengok sajalah :(



Disebabkan tak dapat main slide besar itu kita main slide budak sajalah hahaha.. Sambil tu bawa Zahra, Aliah dan Ariq sama, alasan untuk Mummy yang semangat lebih :p



Dalam banyak-banyak tempat Ariq takut dengan air yang jatuh dari baldi giant kat atas tu. Alahai hero sorang ini, penakut rupanya. Itu pun bukannya ai bawa dia duduk betul-betul atas air jatuh, duduk jauh pun dah takut. Sabar je lah.



Seronok dapat layan anak-anak mandi. Mereka semua tak ingat lapar, tak ingat sejuk, tak ingat apalah bila dapat main air. Asalkan anak happy kita pun happy jugakan.



Mak Tok da Tok Abah pula bersantai di tepi pool :) Setakat ini kami berpuas hati dengan tempat ini. Tempat baru kan, semuanya masih elok dan cantik lagi :) Cuma breakfast sahaja kurang pilihan. Tapi okay lah masih boleh makan. Kalau nak tahu lebih terperinci lagi mengenai Swiss-Garden Resort Residence ini, boleh pergi ke websitenya dengan klik [link] ini.