Thursday, November 26, 2015

Warung Kita lagi


Kami pergi makan lagi di Warung Kita setelah sekian lama. [link] Sebenarnya jarak nak ke Warung Kita ini bukanlah jauh mana pun dengan rumah, tetapi kedainya sentiasa penuh. Setiap kali kalau kami datang nak makan, tengok orang dah beratur panjang. Sudah dua kali kami datang pada waktu hujung minggu tapi tak jadi makan kat situ gara-gara tersangat penuh. Terpaksa fikir makan kat tempat lain pula hihihi... Kali ini kami datang pada hari biasa. Cerita ini masa hari Isnin lepas, akhirnya berjaya dapat makan hahaha.. memang kena datang weekday nampak gayanya. Weekend kirim salam hihihi.. Masa ini pun pukul 11.30 pagi orang dah mula ramai.



Nasi Manggey nama diberi. Makan dengan sambal dan ayam goreng yang masih panas memang terangkat. Cuma satu je kurang bagi ai, nasi ini tak ada sayur. Pada orang yang tak suka makan sayur macam enZaf tu, memang sukalah. Sebab itu dia suka sangat datang makan kat sini hahaha.. simple je makanannya tapi sedap sangat.



Sudah ada Nasi Manggey kena la minum dengan Coconut Shake. Terbaiklah Coconut Shake Warung Kita ini. Memang sedap. Buat entry ini dah terasa nak minum.



Waktu kami makan ini cuaca dah mendung. Cepat-cepat kami makan dan balik sebelum hujan turun. Sekarang ini pun cuaca hari-hari hujankan.



Alhamdulillah, hari-hari hujan sejuk muka bumi ini. Ai suka hujan sebabnya waktu ini lah kita boleh submit doa. Setiap kali hujan turun, cepat-cepat berdoa okay. Minta lah apa kita nak tanpa jemu dan henti, semoga permintaan kita dimakbulkan ;)

1 comment:

annapeje said...

terliur tengok nasi ngan ayam goreng tue ...tapi tue la mls nk pg sbb panjang beratur tapi kat pucong pon ada kalo x silap