Friday, August 28, 2015

SPA: Junior Masterchef


Pagi tadi sekolah Aliah ada
Student-Parents Activities (SPA).
Tema kalini tentang masak2,
Junior Masterchef gitu :)

Hantar Aliah dulu 8.30pagi
dorang ada wat Circle Time,
SPA start kul 9pagi.
Sementara tunggu kul 9
kami bertig gi breakfast.
Zara tu tergigit kulit dlm mulut tu,
tu yg pegang pipi dia
Kunyah laju sgt hihihi



Kul 9pagi masuk sekolah dia.
Teacher wat skit briefing.
Ada 4 menu yang dorang buat
mengikut group dan kelas masing2.
Buat Pizza, Cupcake, Ice Blended & Sandwich.

Sblom start amik gambar Aliah ngan kawan2nya.



Group Aliah kena buat Sandwich.



Parent yg sepatutnya jadi chef,
ada emergency tak dapat datang.
So ai la kena ganti tempatnya.
Nasib baik buat menda senang,
so takde masalahla kan.
Bahan2 pun teacher semua sediakan,
lagilah mudah keje ai :)



Bila teacher dia cakap dah bole mula.
Ai pun perkenalkan diri kat anak2 semua.
Pastu kita bgtau dorang
bahan2 apa yg diperlukan tuk buat sandwich.

Lepas dah tunjuk semua bahan2.
Ai pun mintak sesapa jadi assistant tuk
bantu chef ni buat sandwich.
Mula2 tu ada 3-4 orang je nak,
bila dah start pegang roti,
semua datang nak buat jugak hehehe
Mummy yg lain pun datang tolong
sesama buat sandwich.



Comel je tgk dorang semua seronok.
Ikut je dgr kata apa yg nak kena letak, bagus2.
Yang tak bestnya Aliah tak nak buat.
Dia kata I don't eat sandwich,
huhuhu tak makan so taknak buat.
Sabar je la.

Yey akhirnya semua dapat siapkan sandwich.
Sblom baca doa makan,
ai mintak dorang tunjukkan sandwich masing2.



Sandwich yg ai buat,
Ariq yg makan hihihi



Aliah tu sebenarnya dia nak cupcake.
Dari semalam cakap nak wat cupcake kat school,
tp group dia wat sandwich.
Kesian hehe
Tapi lepas buat settle sandwich tu,
semua org dapat gak makan yg lain,
pizza cupcake iceblended.
Sedap2 semua, kenyang makan kat sekolah harini :)

Sblom balik,
nyanyi lagu merdeka dan jalur gemilang.
Isnin nak merdeka dah kitakan.



Bergambar ngan Teacher Sha, Teacher Ell
& Teacher Yana.
Sebelah dia kawan kelas, Adam.



2 comments:

Mummy Sher said...

Salam. Teringin nak hantar anak kat sekolah ni tapi takde rezeki. Nampak comel je budak budak tu..

Nurhayati said...

sherwieyna: wsalam. skang ni byk dah pre-school yg bagus2. yg penting anak kita serasi ngan sistem dorang. :)