Monday, May 11, 2015

DUFAN: Dunia Fantasi


Hari ke-2 kat Jakarta.
Pagi pas breakfast,
singgah Grand Indonesia Shopping Town dulu.
Nak jugak jejalan dlm shopping mall,
sempat plak tu membeli kat BabyGap :)

Dah puas jejalan dlm tu,
tenghari kami ke Ancol.

Ancol ni kira satu tempat aktiviti keluarga.
Bukan saja ada Dufan ni,
ada jugak water park mandi manda,
or tempat tgk ikan2 mcm Aquaria kita ni.
Dan macam2 la ada dalam tu.
Details leh view kat sini [link]

Tapi kami pegi outdoor theme park
nama Dufan short form pd Dunia Fantasi.



Masuk2 gate je,
benda pertama nampak Merry-Go-Round.
Bahasa Indonesia panggil Turangga Rangga :)



Ariq & Aliah tu takut2,
kena ada kat sebelah dorang baru ok.



Yang Zara plak awal2 dah berlari
naik sendiri ngan Fateen.
Dorang berdua tak toleh dah cari
kami,
tau2 masing2 dah atas kuda tu.



Giler pening ai naik menatang ni.
Pusing2 sampai pusing kepala dibuatnya haha

Pastu kami naik boat plak.
Daddy naik ngan Ariq,
sronok giler dia.
Sampai mintak nak naik lagi.



Ai naik ngan Aliah.



Zara plak next round.
Ai temankan dia plak.



First time Zara main bumper car.
Terkejut ai memula dia nak naik ni.
Dah besar rupanya hihihi
Aliah nak naik tp tak cukup tinggi.



Berehat jap solat,
dan lunch.
Tempat solat dia giler betul,
xde bghn pompuan laki,
sembahyang campur.
Dgn takde penghadang huhuhu



Setel semua,
kami naik Ferris Wheel plak.
Indon panggil Bianglala.
Lupa nak amik gambar masa ni.
Sbb sronok sgt berborak dan tgk view cantik.
Theme park ni dekat ngan laut,
nampak pemandangan cantik sesangat.

Berehat lagi.
Cuaca sangat panas,
walaupun matahari tak terik,
tp anginnya panas dan berpeluh habis.
Lagi satu penat sbb beratur panjang.
Gi time weekend mmg la penuh.



Masuk kat tempat Ice Age ni baru lega gila.
Sejuk ekon sedap sket.
Naik kapal tu.
Ai ngan Zara.
Kapal tu berpusing2 konon ada ribut.
Zara sampai tutup2 mata takut hehehe



Sebelahnya ada water ride,
tp kami tak masuk la.
Beratur panjang giler mcm apa.

Habis tu Zara ngan Fateen,
main Flying Elephant plak.
Tak amik gambar sbb cuaca dah gelap.
Theme park ni sampai kul 8mlm.
Tue last ride dorang.

Keluar dari Dufan,
kami gi dinner kat Restoran Sederhana.
Masakan Padang.



Masa makan ni pun,
kami semua dah kepenatan.
Penat2 pun ai makan byk jugak haha



Best Dufan ni,
macam2 ride ada.
Kalau ikutkan hati ai ni,
byk ai nak naik.
Tapi motif ke sini tuk
bawak budak2 main.
So teman dan layan ride dorang je la kan.

Nak tgk details pasal Dufan ni,
bole visit kat websitenya [link]

1 comment:

annapeje said...

best nyer usah kata bebudak mak budak pon suka ahaha