Thursday, January 22, 2015

Hari ke-2 Zara di Sekolah


Hari ke-2 dah start rutin hantar
Zara ke sekolah,
Aliah hari ke-3 baru masuk GA.

Harus la bergambar momen ini kan haha



Ai parking depan sekolah,
hantar dia tuk beratur.
Tak lama sgt la tunggu,
bgtau dia ai balik,
datang lagi waktu rehatnya.

Masa tgh bersiap2 nak keluar
tengok Zara kat sekolah,
Tok Abah call tanya pukul berapa waktu rehat,
Katanya dia nak ikut.

Kemainkan,
Tok Abah & Mak Tok nak tgk
cucu sulong dia kat sekolah hihi
Mak Su dia pun ikut sama gak.



Seronok Zara dorang datang.
Tp time ni dia berbelah bagi.
Nak gi kat kawan2 dia
or nak gi kat MakTok.



Bestfriend dia Sharifah.
Jumpa kawan terus lupa kat
Mak Tok Tok Abah.
Berlari ngan kawan2.
Seronok betul sekolahkan.



Cuaca panas terik,
masa amik dia kat sekolah
dgr dia batuk2 huhuhu

Esoknya pegi macam biasa
masih lagi tak baik batuk.
Hari ke-3 tu ai pun dah start
hantar amik je kat gate,
takde dah tgk dia walaupun waktu rehat.
Kira dah tinggalkan je la dia.

Masa amik dia balik,
masih batuk lagi.
Tanya dia makan ke tak.
Boleh dia kata tak makan
sbb nak main ngan kawan dia.
Confirm la tu main berlari
tengah2 panas tak ingat dunia.

Kat umah batuk sampai muntah2 :(
Gi klinik doktor bagi mc,
jadi hari Jumaat lepas
hari pertama dia cuti tak gi sekolah.

No comments: