Tuesday, September 23, 2014

Asam Pedas Jr Melaka


Pada minggu lepas kami pergi ke Melaka. Sebenarnya tak dirancang pun ke sana, tiba-tiba sahaja enZaf kata jom pergi Melaka. Masa dia ajak tu pun hampir masuk waktu Asar, kerja gila namanya. Ingat pergi Melaka tu 20 minit ke sampai hehehehe... tapi dah orang ajakkan, kita pun jom sama la :p Sepanjang perjalanan di highway jalan agak lengang sampailah dekat dengan Seremban, jalan jem sekejap gara-gara ada construction untuk memperbesarkan jalan. Eh, kalau tak besarkan jalan pun, kawasan itu selalu slow sebab banyak keretakan. Lepas dari susur keluar Port Dickson barulah lancar semula. Disebabkan kami pergi ke Melaka tak dirancang, kami singgah makan di Asam Pedas Jr Melaka. Lokasi kedainya di Bandar Hilir. Sementara menunggu makanan sampai, ai pun ambil gambar anak dulu. Gambar di bawah ini anak nombor 1.



Ambil gambar anak nombor 2 pula.



Dan terakhir anak nombor 3.



Anak nombor 4, eh belum lagi. Doa-doakan ya :) Okay, berbalik pada makanan. Nama kedai makan ini Asam Pedas, sudah semestinyalah kita order pun lauk Asam Pedas juga. Dua jenis lauk Asam Pedas kami pilih iaitu Asam Pedas Ikan Pari dan Asam Pedas Ikan Tenggiri. Ada juga order ketam, tapi ai tak ingat ketam tu goreng biasa ke apa. Tak ingat pula hihihi..



Sebenarnya ini merupakan kali pertama ai makan Asam Pedas Melaka. Boleh tahan sedap juga. Rasa masam-masam pedas itu. Untuk Asam Pedas Ikan Pari, isi ikannya agak keras sedikit, mungkin ikannya sudah lama. Kalau isi ikannya lembut harus lagi sedapkan. Apa pun Asam Pedas Jr Melaka ini habis licin ai makan. Buat masa ini ai tak boleh nak katakan Asam Pedas Jr Melaka ini terbaik atau tidak, ai kena cuba dulu Asam Pedas Melaka yang lain pula.



Lauk Asam Pedas ini ai suka makan dengan roti selain dari nasi. Dari kecil lagi kat rumah, Abah ajar kami makan roti cicah dengan kuah Asam Pedas :) Tak tahu la ada ikut style negeri mana yang pasti tu style keluarga kami hahaha... Yang tak pernah cuba tu, silalah cicah roti dengan Asam Pedas, pasti banyak makan. Tahu tahu dah berkeping-keping masuk dalam mulut.

Oh ya! masa kami tengah makan kat kedai ini, tiba-tiba ada seorang lelaki datang approach kami untuk ambil gambar. Ai pun setuju untuk dia ambil gambar. Sebelum balik, kami dapat gambar tu siap dengan frame sebagai kenangan makan kat Asam Pedas Jr Melaka ini. Bukannya free tau, ada bayarannya hehehe.. Ai suka kalau tempat tu ada servis ambil gambar macam ini. Boleh simpan buat kenangan.


1 comment:

annapeje said...

curlas jah makan pastu begambo siap ada frame ahaha