Wednesday, August 20, 2014

Menghilangkan Stress


Kalau dapat keluar dari rumah memang boleh menghilangkan stress ai ni hihi... Semalam monitor homework Zahra, sakit jiwa ai menunggu dia siapkan. Punya la ambil masa yang lama nak habiskan satu muka surat. Mummy dia hampir-hampir nak jadi singa. Entah berapa kali tarik hembus nafas menahan amarah huhu.. Selesai sahaja Zahra siapkan homework, laju-laju ai siapkan anak-anak dan keluar rumah untuk ambil angin. Sebelum Mummy dia jadi singa gitu :p Masa keluar tu baru fikir nak ke mana, dan ai decided ke Ikea. Bila dah ke Ikea haruslah makan dulu. Kebetulan kami belum lunch lagi sebab paginya kami makan lambat dan breakfast berat. Seronok dapat jejak kaki ke Ikea. Anak-anak pula dah besar dan senang nak urus. Masing-masing bolehlah jaga diri dan mendengar arahan :p Sebab itu boleh bawa anak-anak makan di Kafe Ikea yang self-service ini. Kalau ada baby susah pula nak ambil makan dan minum.



Kami makan ini kira merangkap dinner terus la. Itu pun kalau tak lapar malamnya la hehehe..



Bukan main lagi masing-masing, dah buat macam rumah sendiri. Mentang-mentang la kat Ikea ini ada pita ukur, pensil dan kertas. Sorang tukang ukur, sorang tukang tulis dan sorang lagi yang kenit tu tukang sibuk hehe.. Apalah yang ditulis tu pun faham ke tidak :p



Minta Zahra ambilkan gambar Mummy sementara beratur di kaunter. Jelas terpancar muka happy, hilang stress dapat shopping sikit. Harap-harap balik rumah nanti stress tu lenyap terus lah :p



Mereka bertiga adalah shopping partnerku. Bab jalan alhamdulillah tak buat Mummy stress hahaha..



4 comments:

Zaila Mohamad said...

aku tabik spring lah kat ko

haaiii tak sabarnya nk tunggu aaliyah besar, nak keluar jalan2 p Ikea juga

tapi? boleh handle ke anak 5 sorang2 diri? *pengsan*

Nurhayati said...

Tabik spring kt ko gak sbb handle anak 5 org.

Bila aaliah dah besar, kakak abang ada dah bole jaga. Mcm tu la mak mak kita yg ramai anak tu, anak sulong n second bole bantu :)

annapeje said...

waaaa jeles dr aritue plan nk mkn kat ikea tp semakin x dpt la kot :( ..dasat ko siap bole soping ahaha kalo aku dah lerai cermin tue jdnya wakaka

Hida Naza said...

Hebat ko dek...aku tak confident bawak 3 sekaligus.
Kalau sulong girl aku rasa cepat sikit pandai tolong jaga adik.
Ni tolong carik gaduh adalah.