Friday, July 18, 2014

Gigi dah cabut


*Updated*
Allahuakbar!! Allahuakbar!! Kita diuji lagi, terutamanya MAS. Semalam masa terima berita ini ai dah mengantuk. Bila tahu je terus mengigil satu badan. Salam takziah buat keluarga penumpang dan krew MH17. Semoga mereka tabah, kuat dan redha dengan kejadian yang menimpa ini :(


Oh yer pada hari Jumaat lepas, satu gigi Zahra sudah cabut akhirnya... Ini adalah rentetan dari entry gigi goyang [link]



Ai sendiri yang cabutkan giginya yang dah longgar sangat dah tu. Suruh juga dia cabutkan sendiri tapi dia tak nak, takut katanya. Tengah ai mandikan dia, ai pun cabutkan gigi longgar tu. Keluar darah sedikit, mujur dia tak menangis. Gigi baru dia pun dah keluar. Besar dah anak sulong ni :) Terus nampak lain dah muka dia tu kan :)



Esok kami nak sambung shopping baju raya anak-anak. Masih tak habis lagi mencari. Cuma kali ini nak mencari baju untuk Zahra dan Aliah, Ariq pakaiannya dah selesai. Mummy dorang pula selalunya last minutes, kalau ada yang menarik beli atau pun kalau ada duit balanced lagi haha.. kita sejenis yang tak kisah ada baru ke tak. Mana yang masih boleh pakai dan elok tu, ulang pakai pun okay saja..

No comments: