Wednesday, April 24, 2013

Breastfeeding in Public Versiku


Ada kawan tanya ai, macamana ai direct breastfeed Ariq kat public. Memandangkan kawan yang tanya itu belum ada baby lagi itu lah dia nak tahu. Kutip info bagus sebagai persediaankan. Pada yang dah ada baby rasanya ramai dah tahu :) Bagi ai sebenarnya nak menyusukan anak di mana-mana sahaja pun boleh. Selain dari menyusu di dalam nursing/baby room, ai juga ada menyusukan Ariq di public area. Ada orang kalau nak menyusukan di public mereka pakaikan nursing cover. Ai ada nursing cover dan dah cuba tapi tak boleh. Ariq akan menangis dan tolak kain itu. Mungkin dia rimas atau pun takut sebab gelap. Dan lagi satu ai perasan bila pakai nursing cover dia berpeluh, panas agaknya tu kan sebab tu dia tak nak. Jadinya ai menyusukan dia tanpa nursing cover baru dia tak marah atau nangis. Itulah cara ai direct breastfeed Ariq dengan hanya selak baju sajalah hahaha.. Baju yang akan ai pakai untuk keluar mestilah jenis blouse yang besar. Kalau besar ini kita nak selak pun senang sebab boleh cover dengan baju itu sendiri. Bila tak pakai nursing cover ai akan pakai belly band macam gambar kat bawah ini.


*credit picture from Autumnz website

Belly band ini dapat menutup perut kita bila hendak selak baju. Jadi tak nampaklah badan kita ketika anak menyusu tu. Selain belly band, ai juga pakai nursing inner. Tapi nursing inner ni ai jarang pakai, banyak kepada belly band je. Bahagian badan atas ni ai tak ada masalah sangat sebab sudah ditutup dengan baju dan tudung. Lagi satu benda yang wajib ada masa menyusukan Ariq ialah mini fan ini. Gambar gegar pula dan maafkan kakiku yang terkangkang luas. Ketidaksopanan berlaku di situ haha...



Wajib-wajib ada weh. Kipas tu kipas stroller Ariq hahaha.. hentam sajalah pakai asalkan dapat angin tu. Sebabnya masa menyusukan dia, ai akan berpeluh-peluh kepanasan. Tak ada kipas memang tak boleh walaupun duduk dalam tempat berekon. Orang kata tengah bakar kalori. Kawan ai ada tanya lagi, tak malu ke menyusu tempat open macam tu. Pada mulanya ai malu, ye lah kalau kita tak biasa buat kita akan malu. Lama-kelamaan malu tu berkurangan. Tapi nak menyusukan anak tu pun, kita lihat dulu sekeliling kawasan tu. Carilah tempat yang strategik, macam hujung kedai. Janganlah duduk tengah-tengah alam dan tempat orang lalu lalang. Pandai-pandailah kita cari kawasan yang sesuai. Lagi pun kita bukan buat perkara yang salah. Asalkan kita cover tempat sepatutnya insyaAllah dipermudahkan.

Hak Menyusu adalah Hak Bayiku. Tiba-tiba buat motto sendiri boleh :p Apapun berdoa selalu agar kita dipermudahkan dan dapat menyusukan anak selama yang boleh. Setiap dari kita ini ada cara masing-masing, dan setiap anak itu sendiri juga ada cara penyusuan yang berbeza. Tidak akan sama untuk ke semua anak. Carilah pendekatan yang terbaik, asalkan ibu dan anak itu selesa, jalan terus hehehe.... Selamat maju jaya buat ibu-ibu yang menyusu.

6 comments:

Hida Naza said...

kurus dah ko dek
berkat menyusu kan

Ismi Umar said...

Betul ti. Xde menda nk malu. Dedah2 tayang tet xde plak malu. Bila tang bfeed malu pulak. Hehehehe

BAYU HEBAT SDN. BHD said...

yang penting kan dah cover. pastu anak nak susu..cian lak lapar if x bg.

Zaila Mohamad said...

kenapa aku tak berpeluh masa menyusukan anak? huhuhu
*patutler tak kurus2* huhuhu

attyfir said...

betul sgt2..nak buat apa malu.
lagi bangga ada kan..

Norly a.k.a MamaLeana said...

setuju!!! hak menyusu hak bayiku!!! hehe

norly pun sama. nak menyusukn zharif kat mana2 pun tak kesah. asalkan pakai breastfeed inner autumnz. mmg practical. luar tu nak bergaya cemana pun x kesah, asalkn dlm ada inner. sampai skang zharif dah 2yrs 5mos pun still breastfeed dia. hehe