Monday, June 11, 2012

Pasal Brooch


Diriku adalah peminat brooch Denni dan Kenji. Tapi sebelum beli jenama Denni dan Kenji ni pun ai memang suka pada brooch. Tak kisah lah harganya murah ke mahal ke asalkan cantik memang terus beli. Bila bercakap pasal brooch Denni dan Kenji ini sudah merata tempat ai beli. Yang pasti semuanya di dalam shopping mall seperti Jusco, Metro, Isetan dan Tangs. Tempat yang paling jauh ai pernah beli di Tangs Singapore. Sebenarnya masa tu tak rancang pun nak beli brooch, entah macamana tergerak hati nak tengok kat situ tiba-tiba berkenan pula. Nak pula design itu tak ada di Malaysia lagilah buat ai nak beli juga hehehe... Baru-baru ini Denni & co buka outletnya sendiri di One Utama (OU), apa lagi haruslah jejak kaki di sana.


*gambar dari Google

Dah alang-alang ada outletnya di OU ini, ai pun hantar brooch yang perlu dibaiki. Gambar di bawah adalah brooch ai yang patah. Patah ketika ai nak pakai, entah macamana ganas sangat tekan sampai patah dua haha..



Satu lagi brooch nak dihantar disebabkan stonenya jatuh. Satu ketul je yang hilang tu. Tak berapa nampak sangat dalam gambar. Tak sedar bila hilangnya, ai pun jarang pakai brooch ini. Lama dah brooch ini, tak silap ni lah brooch pertama ai beli di Denni. Mungkin tahun 2004 atau 2005.



Gambar di bawah ini adalah brooch yang ke tiga yang perlu dibaiki. Pinnya tumpul. Sebelum itu ai ada cuba mengasah pinnya, dengan harapan tajam lah. Tapi tak jadi hahaha.. Maka hantar sekali lah repair.



Maka inilah ketiga-tiga brooch yang perlu di servis. Eh! macam kereta pula nak servis. Dan bukan main lagi brooch ni pun ada repair bagaikan. Sebelum nak hantar tu, ai perlu cari warranty card setiap satu. Mujurlah ai memang simpan, cuma nak cari balik mana satu kepunyaan brooch tu je makan masa sikit. Lain kali setiap kali beli brooch ini ai kena tulis atau lukis bentuk pin supaya tahu warranty card ini milik siapa ;) Sampai sana dorang kata tak perlu.
Sbb dorang dah tau tu
brooch Denni/Kenji ke tak hihi



Masa hantar brooch ini untuk direpair, SA di situ maklum tidak perlu warranty card sebab mereka tahu brooch itu milik mereka atau tidak. Aduhai sabarlah duhai hati, punyalah gigih ai belek warranty card tu sebelum bawa haha.. tapi tak apalah kata SA kalau ada warranty card ni lagi bagus memudahkan kerja mereka juga. Nak nak pada brooch yang lama, sebab awal-awal keluaran dorang tak copkan jenama di belakang brooch. Sekarang jenama Denni & Kenji ada cop dibelakang setiap brooch. Setiap barang mereka ada warranty terutamanya pada batu. Kalau batu itu jatuh tidak kira satu atau berapa banyak sekali pun, mereka akan gantikan dengan batu baru jika ada stok. Kebetulan saiz batu ai ada stok, terus mereka siapkannya kecuali yang pin tumpul itu. Mereka perlu hantar ke Service Centre sebab tiada stok di outlet. Tempoh masa siap dalam satu minggu.



Hanya brooch ai yang patah itu sahaja dia tak dapat dibaiki disebabkan tak ada cover dalam warranty :( Sedih juga hati ini disebabkan brooch itu agak baru juga. Akhirnya brooch itu sudah masuk ke dalam tong sampah. Bila enZaf nampak ai sedih, terus dia kata nanti kita beli yang baru. Terus hati ini berbunga kembali haha... Oh ya, brooch yang baiki tu tidak dikenakan sebarang caj. Nama pun warrantykan. Paling best ianya Life Time Warranty, jadi berbaloi lah beli walaupun harganya mahal sedikit. Asalkan jangan buat patah :)

4 comments:

Sidratul Muntaha said...

klu nak asah blik besi pencucuk tu
ni ayu ajar tau
tols nak kena ade:
pliers (duckbill or long nose type)
- boleh cari kat kedai diy pun ade
batu asah or nail files pun boleh
- sarung tangan cotton

*kepit besi tu dengan pliers tdi,panaskan dekat dapur gas..
*dlm 5 minit
*pindahkan lepas tu asah sikit dgn file tdi.

*besi klu nak bagi lembut kena panaskan dulu..

BAYU HEBAT SDN. BHD said...

suka gak brooch denni. beli time jusco wat sales. jgn patah or ilang je kan...:)

saisyahk said...

betulke tak payah wrty card utj servis? Sbb i punye brooch satu batu tertanggal. Dah 2 kali pi hantar kt kaunter kenji kt metro the curve, kali ke 3 tanggal, x hantar dah sbb card hilang.

Nurhayati said...

aisyah: kalau hantar kat kedai denni & co itself tak perlu warranty card. tapi hantar kat jusco metro n other tu mmg kena card.