Thursday, June 28, 2012

Kelahiran Ariq


Tarikh 16/06/2012 - 17/06/2012

- Contraction sudah terasa, nak nak bila pergi berjalan.
- Setiap kali contraction datang, automatik terus terberhenti apa kita buat dan nak jalan pun slow ya amat
- Sampai anak dara Zahra cakap "Mummy, faster!!!" huhu

Tarikh 18/06/2012 -19/06/2012

- Contraction semakin kerap.
- Mula tawaf satu rumah untuk kira kekerapan sakit.
- Tengok pada pengiraan contraction waktunya masih tak tetap, selalu datang bila waktu pagi dan lewat malam sahaja.

20/06/2012

Pukul 2:30 pagi :

- Mula terasa sakit ya amat pada bahagian ari-ari.
- Masuk bilik air untuk check blood show atau pecah air ketuban tapi tiada.
- Masa ni serba serbi tak kena. Tak boleh berjalan, baring dan duduk sebab ari-ari terasa seperti dihiris dengan pisau.
- ai ajak enZaf pergi hospital. Dia baru nak layan bola Euro, kesian pula rasanya kacau.
- Sebelum itu call mak minta tolong datang rumah untuk tengokkan anak-anak, mujur malam dorang semua dah tidur. Mesti bangun pagi terkejut Mak Toknya ada kat rumah hihi

Pukul 3:30 pagi :

- Kami sampai KJMC, ai terus ditolak masuk ke Labour Room.
- Pasang CTG, tengok contraction dah kerap.
- Midwife check bukaan serviks sudah buka 3cm.
- Tapi serviks masih tebal dan baby masih tinggi. Belum engage lagi.

Pukul 6:00 pagi :

- Tiada tanda bleeding atau pecah air ketuban.
- Dari Labour Room tolak masuk wad. Midwife minta ai berehat tapi tak rehat sangat sebab sakit :)
- Kalau rehat pun sekadar tidur-tidur ayam huhu Penat dan mengantuk sebab tak tidur lagi.

Pukul 8:00 pagi :

- Gynea datang check serviks, bukaan still sama dan tebal lagi.
- Gynea suruh banyak berjalan bagi baby turun cepat. Banyak juga berjalan kat hospital tu. Semangat nak bersalin cepat.

Pukul 10:00 pagi :

- Ambil CTG lagi, kali ini nampak dah contraction semakin kerap.
- Midwife kata contraction ai "cantik". Kalau nak diikutkan pada graf tu dah elok sangat bersalin.
- Gynea tanya samaada nak masuk Labour Room, ai cakap boleh tahan lagi.
- Lagi pun serviks masih tebal dan tiada 2 tanda (bleeding/ air ketuban) nak bersalin.

Pukul 12:00 tengahari :

- Serviks sudah buka 4cm, masyaAllah lama betul menunggu bukaan itu :(
- Gynea beritahu nak diikutkan ai sepatutnya dah bersalin pagi tadi sebab contraction dah banyak.
- Tapi baby masih tinggi dan serviks tebal, Gynea tak boleh nak induce
- Gynea suruh ai berjalan banyak lagi. Kali ini serius tak larat nak berjalan dah.

Pukul 7:00 malam :

- Sudah mula terasa sakit ya amat tapi still tiada bleeding atau pecah air ketuban.
- ai tunggu lepas solat Maghrib, lepas tu terus panggil Midwife kata kali ini memang dah tak mampu menahan.

Pukul 7:30 malam :

- Masuk dalam Labour Room, terus pasang CTG.
- Check serviks rupanya sudah buka 7cm.
- Midwife sediakan peralatan dan tunggu Gynea sampai. Dia dari rumah :)

Pukul 8:00 malam :

- Gynea sampai dan terus seluk nak tengok baby turun ke tidak. Kedudukan kepala baby senget.
- Kepala baby tak straight sebab itu dia tak turun. Sangkut la tu.
- Gynea seluk lagi untuk tahu sama ada baby berak atau tidak, mujur tiada. Heartbeat baby pun okay.
- Bukaan dah besar, baby pun ready untuk bawa keluar, Gynea pecahkan air ketuban. Sama dengan Zahra dan Aliah, kena pecahkan air ketuban.
- Gynea berusaha tarik kepala baby bagi betul-betul center dekat laluan serviks sambil ai meneran. Bayangkan betapa sakitnya. Rasa nak putus nyawa pun ada.

Pukul 9:00 malam:

- Keluarlah seorang baby boy tepat jam 9 malam dengan sihat dan selamatnya.
- Ingatkan besar, rupa-rupanya lagi kecil dari kakak-kakak dia hihi
- Kelahiran kali ini ai tiada ambil pain killer, induce dan epidural. Syukur, Alhamdulillah semuanya selamat.


Ariq keluar pada minggu ke-38. 2 minggu awal dari EDD. Punya la sakit nak dapat baby boy ini. Ingatkan kelahiran ke-3 ini mudah tapi tidak. Proses sakitnya agak lama juga, bila masuk dalam Labour Room adalah dalam 1 jam dan mula proses nak bersalin dalam 30-40 minit. Kira cepat lah kalau nak dibandingkan dengan Zahra dan Aliah. Comel je Ariq, Daddy dia pegang satu tangan je. Kecil dan ringan hihi..



Oh lupa nak cerita, kena jahit sedikit lepas bersalinkan Ariq. Tak ingat pula berapa jahitan kena. Tapi rasanya tak banyak. Dalam tak banyak tu terasa juga bila jahit huhuhu.. Lepas bersalin kita memang akan duduk dalam Labour Room sekejap sebelum ditolak masuk ke wad. Nak kena bangun dan pakai pad untuk darah nifas. Sebelum nak bangun tu, ai tak tahu kenapa tiba-tiba badan ini mengigil kesejukan. Sejuk sangat-sangat. Masa tu dah la tiada siapa dalam Labour Room. enZaf pula ikut Midwife bawa baby keluar. Lama juga nak hilang menggigil tu, lepas tu suhu badan jadi normal balik. Alhamdulillah tiada perkara buruk jadi. Takut juga sebab tak pernah jadi macam ini tiba-tibakan. Lepas tengahari dah boleh check-out, yey dapat balik rumah. Kali ini berpantang di rumah sendiri sahaja.

10 comments:

Wawa_Nadwa said...

lama juga ye tahan sakit.
kita nnti camne la..
congratssss!
:)

DaZzlingLilLy said...

tahniah yati..akhirnya zaf ada teman tgk bola jugak..hehe..

Zaila Mohamad said...

tahniah! memang boleh beranak ramailah ko ni:)

best tak pantang?? hehehe

Neeza.Areef said...

kronologi nya rasa waktu yg panjanggg aduhhhaii...

Eliss said...

senget pulak yer kepala dia jadi tak trn erk. nasib baik boleh bersalin normal yer. tahniah yati :)

BAYU HEBAT SDN. BHD said...

baca post ni sambil pgg perut...ngilu lak rs...

Fiza Rahman said...

Daku plak yg terasa. Lama gak tahan sakit yer yati. Sama ngan saya...natural birth without epidural & pain killer.

Sidratul Muntaha said...

sama mcm has
baca smbil ngilu tpi dak ara..
seme sakit dah rasa..
last2 operate
tpi pecah air ketuban tak rasa sakit
operate lagi sakit!!

Dee said...

congrats..tahniah..akhirnya dpt boy :)

♥ Mrs. C ♥ said...

syukurrr.... takper kecil² pon sehat walfiat tu yg penting...
** ingt my bb boy dulu 1.75kg jer.. hehe..