Tuesday, November 2, 2010

Ketika pantang


Weh weh weh korang ni semua, jangan la bandingkan berat korang dengan saiz badan yang normal itu dengan diriku. Ai ni orangnya kecil kemetot.. haruslah berat pun tak sama dengan korang. Kalau dulu masa zaman bujang beratku hanya 40kg. Bila dah kahwin automatik berat bertambah 5kg lagi. Huh senang-senang sahaja naik macam tu kan. Nak turun balik pada 40kg tu hanya mimpi. Sampai sudah tak turun-turun makin menaik ada la. Masa mengandungkan Zahra, berat badan naik sampai 51kg. Itu anak pertama, masuk anak ke dua ini lain pula. Masa mengandungkan Aliah berat sampai 54kg. Lepas bersalinkan Zahra Alhamdulillah dapat semula berat 45kg tapi sekarang ni lepas bersalinkan Aliah, aduhai susah betul nak turun. Lambat progressnya. Agaknya itu la beza bila dah bersalin lebih dari satu ini kan, badan dah banyak kembang dan lemak degil sana sini.. eh salahkan lemak padahal sendiri yang tak nak jaga :p

Masa dalam pantang anak ke dua ini, ai tiada membeli set jamu bersalin pun. Mengikut pengalaman berpantang masa anak satu, ai tak berapa makan sangat jamu. Masa tu beli brand Mustika Ratu. Walaupun jamunya dalam bentuk pil, ai masih culas ambil harian. Diri sendiri sejenis yang tidak berdisiplin lebih kepada malas. Jadi pantang kali ini ai beli apa yang perlu sahaja. Itu pun Abah yang belikan. Terima kasih Abah! Tetap jaga anak-anak dia walaupun dah berkahwin. Di bawah ini adalah keperluan yang ai pakai ketika dalam pantang.



Tiap pagi bertungku sebelum breakfast. Tungku ni dapat dari kawan, lupa dah brand ape. Tapi ape2 brand tungku herba semua elok. Senang je sediakan tungku ni, masuk je dlm microwave, dan panaskan dlm 2-3minit. Kegunaannya: • Untuk mengempis perut selepas bersalin • Mencairkan ketulan darah • Membuang angin • Mengecutkan rahim • Membantu proses pemulihan selepas bersalin dengan cepat Masa bertungku sampai panas dah hilang. Hasilnya, darah nifas cepat kering.. rahim cepat kecut. Masa berurut tu, makcik urut tu cakap kecut dah rahim awak ni cepat betul. Dah habis bertungku pakai losyen mustajab plak. Sapukan mana2 badan yang perlu. Masa 2 minggu pertama. I sapu semua badan. Fuh memula pakai terasa pijarnya..panaskan.. tapi lama2 rasa sedap je. Tempat yg I concentrate sapu biasala tang perut, peha dan lengan Kegunaannya: • Membakar lemak dan melangsingkan badan • Mengurangkan selulit • Melegakan sakit akibat sengugut • Sakit otot dan sendi • Kembung perut dan sakit belakang Hasilnya perut ku kurang gelebeh, tipula kata flat perut tu.. still ada lagi.. hehe Bahagian peha, nak2 tang celah kangkang, sblom ni berlaga. Skang tak lagi. Lengan pun takde dah gelebeh2.. Pastu pakai bengkung plak. Time pantang ni, I pakai bengkung dari sendayu tinggi. Nasib baik betul ok plak pakai kali ni, takde gatal2. Kalau dulu pakai dari mustika ratu, tak bole blah betul, gatal2. Kegunaan: • Mengempiskan perut • Merampingkan pinggang • Mengelakkan kemasukkan angin sejuk di liang-liang perut • Memudahkan pengeluaran angin panas dan kotor • Mengelak kekenduran otot perut dan perut menggelebeh. • Menaik dan membentuk kembali punggung. • Mempercepatkan perut terasa `penuh` bagi mengelak terlebih makan.

Dah bertungku dan berbengkung bagai, pakai pilis lak. Sapu kat dahi tu kan. Kegunaannya: • Menyembuhkan pening • Menyembuhkan kabur mata, mata tidak selesa dan pitam selepas bersalin. • Nyaman pada mata. Lepas lunch, I makan pil herba dari Uraz. Herbs 21 Plus Capsule. 3biji sekali. Patutnya makan ni 2 kali. Tapi I makan sekali je siang. Takut effect kat baby, kang dia panas dan cirit birit plak sian. Kegunaannya: • Melegakan sakit pinggang dan sendi • Melawaskan buang air kecil dan besar Pas dinner, minum air herba. Tonic Mas Cotek, Serapat Gold Plus. Erkk dari tumbuh2an dan akar kayu harusla pahit2.. tapi masih bole telan lagi hehe Minum 2 sudu besar, 1 kali je sehari pas makan malam. Kegunaannya: • Mengetatkan saluran rahim • Membersihkan keputihan • Menegang dan leicinkan kulit • Menghilangkan bau yang kurang menyenangkan Ha air herba ni elok tuk pasangan yang susah nak hamil, digalakkan tuk minum air herba ni selama 3 bulan hingga setahun, insyaAllah ada hasilnya. Ape pun kita cuba usahakan, mudahan2 usaha tu berhasil. Tp tuk I bab ni pantang 100 hari tuk ensuami.. hihihi Seminggu pas bersalin pegi berurut plak, 3 hari berturut. KJMC hanya bagi, ubat sapu tuk bahagian jahit kat bawah tu. Tuk cepat kering dan baikkan. ponstan. Kalau rasa sakit ape makan la jika perlu. Ubat senang berak. Kalau sembelit jika ada. Takde la rahsia ape nak turun berat badan ngan cepat. Dlm pantang, hari2 makan nasi. Bagi breastfeedkan cepat lapar. Minum air takde sukat2, minum banyak. :) Mungkin dah ada anak 2 orang ni cepat la turunkan. Penat jaga 2-2.. terkejar sana sini. kesimpulannya jgn amik maid. Kan skang ni gigih nak kurus, kalau bole nak la turun 43kg ke kan. Zaf bising, dia kata ok dah wat ape nak kurus sangat. Tak cantik katanya. Maka dengan itu, nak jadi isteri solehah kan, I pun dengar la kata dia. Tak yah kuruskan lagi. Kang nak kurus gak dia tak suka wat ape kan. Biarla chubbylicious katanya hahahaha

11 comments:

~ As ~ said...

wahh chubbylicious gitu... tulah kan, my hubby pun kata tak yah kurus sgt, mcm ni dah elook, tp ntah la, saya ni tak puas hati mcm ni, gemuk :-(

annapeje said...

ahahha...x kira nk jeles gak kehkeh eh kira kita sama la lps kawen nk 5 kg wakakka...ko x tau yati ana dlu pregannt 68 oke kembangggg :P

malinasiam said...

bertungku best!!!
i jeles tau dengan berat u!!!

BAYU HEBAT SDN. BHD said...

i LIKE word chubbylicious!!

AngahSayang2314 said...

wah... ingat....tue... berpantang2 cara yg sihat hehehe,,

pantang ngan suami perlu ingat 100 hari hahahaa

mamapp said...

rasanye yati jenis org yg cepat turun berat badan n mmg jenis kurus.. tidak spt diriku ini.. mmg susah nk turun huhuuu

Liza said...

husband liza pun bising apasal liza sibuk2 nak kurus, dia ckp dia tak komplen pun...tapi kan, takkan nak tggu dia komplen baru nak buat sesuatu....

SemuaTentangKita said...

ermm..kata suami kena ikut. Kita kan jaga badan utk suami, so klu suami suka A..maka A la kita kena buat. =)

Ko jgn tk tau haris skng pn jaga badan yuuuu...hikhikhik. Berat dia dh 74kg (katanya)..baru semalam dia timbang pas main golf ngan suami mu itu. (gigih bangun pagi2..huh)

linahilmin said...

i pun dok fikir2 produk utk dlm pantang..!
ps- chubbylicious itu yummy okeh! :)

Puan Ninie said...

wahhh
byk juga kena wat ye mummy time berpantang nie..:)
buat jgn x buat mummy...;)
hehehe

CiKaYu said...

nk kurus camner yati, dah cantik molek dah tu, if yati nak maintain curvy, pakai je PB....hehehe