Thursday, December 10, 2009

Jangkitan pada vagina boleh memudaratkan

Kawan-kawanku marilah baca artikel ni. Info yang perlu dan patut kita tahu.
Pada sape yang pernah alami, kongsilah tips sesama yer.
Sharing is Caring =)


Jangkitan pada vagina boleh memudaratkan

RAMAI wanita malu untuk berjumpa doktor apabila menghadapi masalah pada kemaluan atau vagina. Keadaan seperti rasa gatal, keluar lendir, sering membuang air dan alat sulit berbau bukan perkara biasa yang dialami dan anda sebenarnya boleh mendapatkan rawatan bagi menangani berkenaan.

Malangnya ramai wanita menganggap keadaan berkenaan berlaku seiring dengan usia atau masalah biasa selepas kedatangan haid. Ada kalanya, keadaan itu boleh menjejaskan mutu kehidupan termasuk aktiviti harian tidak berjalan dengan lancar berikutan rasa kurang selesa.

Masalah jangkitan pada vagina sering kali berlaku pada wanita tanpa mengira latar belakang dan usia, sama ada bagi yang sudah mendirikan rumah tangga dan juga yang masih remaja. Bagaimanapun masih ramai lagi wanita pada masa kini, kurang berpengetahuan mengenai punca gejala masalah itu dan sering mengabaikan cara rawatan yang betul.

Masalah ketidakselesaan pada vagina yang kering dan berlendir sehingga menyebabkan kegatalan selepas tindakan menggaru dan tidak mencuci dengan betul akan menjadikan kulit di sekeliling vagina lebih kering dan pedih. Punca itu berlaku ketika mengalami haid, di mana darah haid yang keluar terlalu banyak, berdarah beku, sakit akibat kedatangan haid, berdarah selepas melakukan hubungan seks, persekitaran kotor dan memakai pakaian dalam yang tidak sesuai.

Pakar Perunding Obstetrik dan Ginekologi, Dr Premitha Damoran, berkata masalah jangkitan itu berlaku disebabkan ketidakseimbangan hormon berikutan mengalami tekanan mental, fizikal, emosi, kerja dan keluarga. Dengan itu, ia boleh menyebabkan berat badan semakin bertambah, berpenyakit kulit, gangguan pada kelenjar tiroid, gangguan prolaktin dan perimenopos.

“Apa yang perlu dititikberatkan ialah kebersihan pada vagina kerana ia boleh menyebabkan pelbagai jenis gangguan pada kehidupan seharian. Gangguan luar biasa pada vagina tidak bermakna anda mengalami jangkitan bakteria.

“Ia berkemungkinan berlaku daripada aktiviti harian seperti penggunaan deodoran dan semburan wangian, air laut, mandian pasir, pakaian dalam yang sering lembap dan basah, alah pada penggunaan kondom ketika mengadakan hubungan seks, penggunaan tampon yang tidak sesuai dan vagina kering berikutan menopous,” katanya ketika ditemupada majlis memperkenalkan produk pencuci vagina, PH Care di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Turut hadir Pengurus Pemasaran Malaysia dan Singapura UNAM Corporation, Francis B. Puno. UNAm Corporation ialah pengedar bagi PH Care.

Jangkitan kandida pada vagina disebabkan oleh pertumbuhan berlebihan sel yis (Candida albicans) yang biasanya ada dalam vagina. Antara faktor yang dikaitkan dengan jangkitan vagina wanita termasuk kehamilan, penyakit diabetes mellitus yang tidak terkawal, pengambilan ubat secara oral, antibiotik dan menggunakan semburan pada vagina.

Justeru, tidak mustahil seseorang boleh dijangkiti lebih daripada sekali, tetapi kajian menunjukkan hanya 12 hingga 15 peratus pasangan akan mendapatkan pandangan pakar mengenai kegatalan dan pedih pada kemaluan.

Selalunya bagi pesakit yang mengidap jangkitan itu hanya perlu mendapatkan rawatan sekali saja dengan melakukan ujian untuk dikaji di makmal seperti pap smear, terapi oral, vaginal pessaries dan sapuan krim pada kulit yang mengalami jangkitan itu. Apa yang lebih penting, kedua-dua pasangan itu harus berjumpa doktor untuk mendapatkan pandangan sewajarnya.

Premitha berkata, jangkitan pada vagina juga disebabkan masalah Bacteria Vaginosis (BV) amat kompleks malah sesiapa saja terdedah kepadanya. Sebagai langkah awal, pesakit perlu mendapatkan diagnosis yang tepat dan memberikan rawatan yang betul lebih-lebih lagi bagi wanita mengandung atau mereka yang akan menjalani pembedahan pelvis.

“Tanda utama jangkitan BV ialah keluarnya lendir vagina homogen putih-kelabu yang cair seakan-akan susu tetapi tidak menyebabkan radang. Ia juga berbau hanyir dan ada kalanya menimbulkan kegatalan. Kajian menunjukkan, dalam proses diagnosis, terdapat langkah yang dikatakan menjamin ketepatan 90 peratus.

“Langkah itu membolehkan doktor mencadangkan rawatan yang berkesan untuk wanita. Diagnosis yang tepat dan rawatan yang berkesan juga dapat mengurangkan masalah kesulitan bersalin sebanyak 50 peratus. Kesulitan yang tinggi akan menyebabkan kemandulan dan kehamilan ektopia,” katanya.

Kajian terhadap trichomoniasis atau jangkitan sistem pencernaan oleh protozoa pula menunjukkan sebanyak 25 peratus wanita terkena jangkitan pada vagina serta sebanyak 50 peratus wanita yang mengalaminya tidak menunjukkan tanda awal. Ia juga disebabkan jangkitan selepas mengadakan hubungan seks dan juga boleh disebabkan perkongsian barang peribadi seperti tuala dan tempat buang air.

Pesakit perlu mendapatkan diagnosis dengan melakukan pap smear, memastikan kadar PH pada vagina yang tidak melebihi empat bagi mengelakkan bakteria aktif. Antara langkah untuk mengelak daripada menghidap jangkitan itu ialah memastikan kebersihan dan vagina sentiasa kering.

Bagi memastikan rawatan yang dibuat lebih berkesan, elak daripada melakukan hubungan seks sekiranya jangkitan belum sembuh sepenuhnya, nasihat pasangan supaya pergi mendapatkan rawatan, gunakan kondom ketika melakukan seks, kurangkan pengambilan gula, roti dan minuman keras.

“Sekiranya masih belum menemui jalan penyelesaian, manjakan vagina anda dengan menyapu sedikit yogurt atau memakan dadih kerana kajian menunjukkan keberkesanannya mengatasi jangkitan yis pada vagina amat memberangsangkan.

“Kajian itu mendapati, mereka yang menghidap jangkitan itu selepas memakan dadih yang mengandungi kultur hidup setiap hari selama enam bulan, tidak lagi mengalami jangkitan baru. Selain kajian berkenaan, banyak lagi kajian lain yang dibuat mengenai dadih dan berjaya membuktikan ia sememangnya makanan yang baik terutama khasiatnya dalam penjagaan kesihatan,” katanya.

Bagi mengelak daripada terkena jangkitan itu anda seharusnya kurangkan menjalin hubungan seks dan pastikan menggunakan pencuci vagina yang kini banyak di pasaran. Antara pencuci vagina yang boleh didapati ialah PH Care Intimate Wash yang berada di pasaran pada pertengahan Jun ini.

PH Intimate Wash dikatakan mampu memberikan kebersihan sejati pada kulit vagina serta tidak memberikan kesan pedih ketika mencuci kerana mengandungi bahan pelembap khusus untuk kulit sensitif. Harga hanya RM7.60 sebotol.


Jangkitan Vagina

- bakteria pada pasangan

- mengeluarkan lendiran berwarna putih

- gatal

- berbau

- sakit pada abdomen

- demam

- sakit ketika membuang air kecil

- kedatangan haid yang tidak menentu

Tip mengelak daripada jangkitan

- pastikan kemaluan sentiasa kering

- elakkan penggunaan sabun yang mengandungi banyak bahan kimia, semburan dan pewangi (daouche), syampu rambut yang boleh menyebabkan pedih pada kulit vagina

- tukar tampon dan tuala wanita setiap kali selepas membuang air dan elakkan penggunaan tampon yang mengandungi bahan pewangi

- pakai pakaian dalam dari jenis kapas yang longgar.

Oleh Hidayah Mohammad

18 comments:

malinasiam said...

note
kena jg sbb tu mahkota kite kan

Anonymous said...

penting..harus zass jumpa doc..jgn dibiarkan @ ambik sambil lewa...

Zaila Mohamad said...

thanks for sharing..betul tu, bila dah kena mesti rase nyesal pasal tak jaga 'mahkota' kita kan??
btw, good info!!

Dee said...

i cuci pakai air je..x boleh langsung guna feminine hygiene tu..mesti gatal2..bila pakai air n lap kering2..x gatal dh..

Diver Mom said...

thanks for sharing.. :)

eh, yang zara fashion wardrobe tu u punya ka..?

CuTeMiUt78 said...

eemmm betul tu... mahkota tu.. amat penting bagi seorang wanita kan.. memang kena jaga betul2...

annapeje said...

guna air garam suam pon oke ehehehe pasti rasa nyaman :P

✿ Zetty84 ✿ said...

thanks for sharing akak...!!!
erm...act, zati x penah lagik wat pap smear...
risau laa...
nk kena g wat laa...
now, zati amalkan minum air daun sireh...
n air yg kita rendam tuh, cuci kat "mahkota"...
mmg sgt berpuas ati...try laaa.. ;p

Neeza.Areef said...

yogurt mmg bleh jd penawar la kiranye kan...good info

attyfir said...

tq yatie.entry yg berguna..

Suziey Ahmad said...

elokke kalu pakai feminine hygiene? ada org kata mengeringkan..vagina kita mmg dh ade ph dia kan..anyway good info for sharing:)

N A N I E said...

Salam kenal..tertarik nak baca..Thanx for sharing..and oso for tips tuh :)

Cik Lily Putih said...

thks for sharing the info.
kekadang penah gak kene bende2 cam nie.

Suzana Ikram said...

harus kena jaga..

4 Kay-E said...

good info.
thanks for sharing :)

jane_doe3328 said...

owh me, penah kene candida infection neh. memang azab gatei dok bergaru cam beruk mat yeh ajer. tapi cecepat pegi jumpa gynea. so sapu ubat terus baik just kene pantang takleh mkn roti, pau yang beryis lah

according to gynea, kalau kita stress pon leh menyumbang gak pada jangkitan nie. yang penting jgn malu to seek help :)

ibnu marzuki al firdaus said...

jika isteri punya wangi, suami gemar mengjilat...

Unknown said...

Boleh ke sapu yogurt kat bahagian dalam ????