Tuesday, December 18, 2018

2 Hari Berturut Pergi The Curve


Cerita awal bulan 10.
Gambar 2 hari berturut kat The Curve.
8 dan 9hb Oktober.
The Curve ni mmg dah jadi rumah no.2,
OU turun no.3 sudah hehehe

enZaf ajak makan petang.
Sebelum makan singgah kedai gunting rambut.
Potong rambut akak Zahra.
Rimas dah ai tgk rambut panjang
pakai tudung gi sekolah.

Lepas tu kami lepak food court kat IPC.
Ice cream family mart,
sweet potato.



Apa nama makanan ni ai lupa.
First time makan yg kuah tomyam.
Tuk tekak ai, tak suka sgt.
Suka plain soup lagi.



Feeling berdating ngan Ariq.
Akak Zahra amik gambar.
Qaireen enZaf bawak jejalan sementara
ai menikmati minuman :p



Esoknya pergi lagi.
Ikut enZaf keje.
Sambil tu try makan ice cream mcD
ape tu ek coffee ke latte ke apa lupa dah.
Bila lambat update lupa la segalanya huhu.



Pusing2 The Curve,
lepak kat Tealive.
Ofkos la beli air strawberry pudding.



Time ni Ariq baru baik demam.
Dah baik jangkit kat Qaireen plak.
Pandai plak tu
time Mummy nak amik gambar dia senyum.



Masa awal bulan 10 tu
berderet2 anak2 jangkit demam.
Masa tu ya Allah penat tak terkata badan.
Sorang2 dok monitor temperature.
Tido jgn cakapla...
serupa tak tido dah.
Kena lap2 badan selalu.
Nasib baik la semua anak2 dah sihat sblm final exam start.

Ohoi buku teks akak Zahra tak balut lg.
Malasnya la hai..

Monday, December 17, 2018

Baju Sekolah Ariq dan Buku Sekolah


Try baju sekolah tuk Ariq.
Yeayy dah besar anak Mummy hihi



Amik saiz paling kecik pun
tetap besar tuk dia.
Poket patut kat dada
tp ni kat perut hahaha



Seluar labuh sket,
nasib kedai boleh buat alter.

Pastu beli kasut terus.
Kementerian kata dah bole pakai hitam.
Harusla pilih warna hitam kan.



Beli satu pasang je hitam,
sbbnya kalau beli barang lebih dari RM200
dapat kasut sekolah warna putih free.
Oh Zahra Aliah pun tambah
beli sepasang kasut hitam.

10hb plak sekolah dorang dah
start jual buku kerja dan latihan.
Laju2 la ai ajak enZaf pegi beli.



Sementara menunggu sorang2 punya buku,
enZaf gi check kelas anak2 tahun depan.
Walaupun dah tahu tp nak double check lagi skali.



Tahun depan dah tiada pengasingan kelas.
Semua dah dicampurkan dari kelas A hingga E.
Ai tak kisah la,
janji anak2 belajar dan seronok sudah.



Alhamdulillah
bila dah beli barang sekolah anak2 ni.
Baru boleh tarik nafas lega.



Selain beli baju sekolah Ariq,
beli kain tuk Zahra.
Baju dia muat lagi.
Aliah plak beli baju.
Kain dia masih muat.
Terbalik anak2 dara ni.



Sekarang ni yang tak setel lagi
beg sekolah Ariq.
Dah survey sket bag2,
Ariq dah ada berkenan satu bag
Star Wars kat Metrojaya
tp Daddy dia masih lg nak cari lain dulu.

Oh ada lagi tak setel ai nak kena siapkan
dalam minggu ni.
Jahit lencana sekolah shirt Ariq
dan balut sekolah buku akak Zahra.
Aliah buku teks dapat masa naik nanti.
Batch dia dapat buku teks baru.

Minggu depan kami nak gi holiday
so harap2 tak tertangguh la keje nak buat.
Dari hari ke hari ada je halangan.
Nak jahit lencana dan balut buku
perlukan masa yg agak lama.

Saturday, December 15, 2018

Pakai Putih


8hb yang lepas
ada himpunan bantah ICERD.
Diriku takde la pergi himpunan tu,
tp pakai warna putih sebagai tanda sokongan.

Pegi jejalan kat The Curve aje.
Alahai nape mulut Qaireen masam tu huhu



Hanya kami bertiga je pakai putih.



Masuk kedai apa ntah nama,
kedai baru ganti kedai Padini sebelah mcD.
Disebabkan lightingnya terang,
harusla gambar tu nampak cantik.



Tp ada orang tu pakai warna kuning.



Lupa plak nak amik gambar berdua ngan dia.
Putih vs Kuning :p

Skang ni naik rimas plak dgn kisah politik kita ni.
Tak habis2 isu sana sini.
Tak tahu la apa nak jadi akan datang,
terutamanya anak2 kita nanti.
Semoga Malaysia kita ni aman makmur dan damai.

Friday, December 14, 2018

Restoran Abdul Briyani Power Batu Pahat


Pada siapa peminat Nasi Briyani, boleh la cuba makan kat Restoran Abdul Briyani Power Batu Pahat ni. Kedainya dekat saja dengan rumah mak ai iaitu di Bandar Baru Sg.Buloh. Rupa kedainya biasa-biasa sahaja lebih kepada medan selera makan. Dan lokasinya berdekatan dengan Sekolah Rendah Bandar Baru Sg Buloh. Nasi Briyaninya sedap untuk tekak ai. Banyak kali dah makan kat sini tapi tak sure ai pernah masukkan dalam blog ke tidak. Rasanya macam belum lagi. Kalau dah pernah cerita pasal Nasi Briyani sebelum ni pun apa salahnya kita update lagi sekali hehehe



enZaf order Nasi Briyani Kambing dan ai pula Nasi Briyani Daging.



Dalam gambar nampak macam sedikit je portion makanan itu tapi sebenarnya banyak. Bagi ai satu hidangan ini boleh kongsi 2 orang makan. Dalam Nasi Briyani ai tu ada daging bawahnya tapi lupa pula nak selak masa ambil gambar hihi.. Masa ni hanya Qaireen sahaja yang join makan. Akak-akak dan abangnya ada di rumah Mak Tok.



Lama kami kat kat dalam kedai sebab hujan lebat. Tunggu sampai hujan reda baru kami keluar dan pergi rumah mak. Sampai rumah mak lepak sekejap, borak-borak dah petang baru kami balik. Bawa balik sekali semua anak-anak. Kebiasaannya kalau cuti sekolah anak-anak ni tidur rumah Mak Tok. Nak nak kalau ada Mak Su dorang. Laju je ke sana dan overnight sekali. Dorang ni suka tidur sana sebab ada orang melayan. Minta apa semua dapat, Tok Abahnya pantang bila cucunya nak itu ini, ada je dibelinya. Ai pula yang geram sebab cucu je apa pun okay. Masa on the way kami balik rumah, enZaf enZaf ajak minum dulu kat mamak. Masa berhenti kat traffic light nampak ada rainbow. Beria ai nak ambil gambar tapi tak nampak sangat :p



Kami minum petang dekat Restoran Kayu Nasi Kandar. Kalau dah makan kat situ semestinya la order Roti Tisu.



Balik dari makan, enZaf ajak beli baju sekolah Ariq pula. Tak plan pun nak membeli tapi disebabkan kedai Uni1One ni dekat dengan Kayu Nasi Kandar itu yang terus beli. Dah alang-alang dekatkan. Salam Jumaat kawan-kawan, jangan lupa baca surah al-Kahfi yer.

Thursday, December 13, 2018

Thank You Abah!


Breakfast ngan Abah kat Jamal.
Cerita bulan lepas hihihi
Masa ni abah hantar kereta kat umah,
gara2 kereta tu tak boleh start.



Masa rosak tu enZaf mmg outstation.
2 kali dalam minggu sama rosak.
Nasib baiklah ada Abah.
Dan nasib baik juga abah ni terror bab2
kereta kalau rosak apa
dia sendiri yg repair.
Kecuali major part la.
Thank you Abah!!
You always be my hero forever and ever :)

Budak sebelah tu merajuk.
Nak beli apa ntah,
ajak pergi 7 eleven huhu



Yang ni plak kisah Qaireen yg masih
tak bole letak lama2 dalam car seat.



Ya ampun...
kecik besar kecik besar Mummy tgk ko nak.
Perangai ikut sape ntah
susah benor duduk dlm kereta.
Sampai skang okay.