Thursday, April 13, 2017

Ticket, Movie & Shawl


Sabtu lepas Zaf ajak ke Subang Parade.
Nak tgk tiket katanya.
Masa tu ai tak tanya la tiket ape.
Orang ajak keluar kita ikutkan aje.

Sampai2 Subang Parade kami lunch kat sana.
Makan kat Kenny Rogers.
Lepas tu la baru cari tiket.
Beli kat Rock Corner.
Rupa2nya dia nak beli
tiket Wings.
Tengok hari Ahad malam.



Jalan cuci mata kat SP,
terus ke Strand Mall plak.
Zaf dah beli tiket tgk citer Kong.



Lama jua ai tak bergambar ngan anak2.



Ni gambar Zara amik
tengah tunggu Zaf beli popcorn.
Kalau tau dia amik,
harusla pandang camera.



Best cerita Kong tu.
Ada kelakar sedih gerun hihi
Berbaloi la tgk dari citer Ghost in the Shell tu huhu

Oh ni beli shawl Jovian,
lama dah beli, bulan 2 tak silap.



Sampai skang tak pakai lagi.
Tak tau nak pakai masa bila hahaha
Beli tgh discount.
Kalau idak tak belinya.
Saja nak merasa atleast adalah sehelai.

Wednesday, April 12, 2017

Khamis & Jumaat


Hari Khamis, Zaf ajak ikut
dia gi Cheras.
Gi Garmin amik charger phonenya.
Chargernya hilang masa dia ke Johor.
Punya lama la menunggu order,
dekat 2bulan dah kot.



Dah alang2 kat sana,
Zaf ajak ke Jalan Pasar.
Ape lagi tengok ikan.



Oh beli skali lampu akuarium.
Tetiba rosak plak tak nyala.

Suh Ariq bergambar ngan gold fish situ,
dia takut nak dekat.
Katanya nanti fish jump kat Ariq haha



Gi Taman Tun plak,
nak cari pisang goreng & keropok lekor,
tp gerai tutup plak huhu
terus masuk kedai mamak kat situ.
Minum petang sementara tunggu
Zara Aliah habis sekolah.



Ni cerita esoknya Jumaat.
Lepas amik Zara Aliah
kami terus ke Food Bank tuk makan malam.



Zaf order laksa tuk ai,
dan dah ada Nasi Kak Wook...
harusla order jua,
sedap sangat.



Masa makan tu Zaf cakap,
nak beli tiket wayang kat Strand Mall.
Nak tgk cerita Kong,
sbb Zara ada sebut nak tgk cerita tu.

Kami tunggu je dalam kereta,
Zaf call katanya suh keluar.
Tengok wayang..rupanya dia beli lagi tiket,
tuk tgk terus malam tu
cerita Ghost in the Shell.

Jumpa dia kat surau nak Maghrib,
pastu kami lepak sekejap kat Sam's Deli.

Anak2 tu tgh kusyuk tgk
anak kucing.
Banyak kat luar,
ai suh tgk dari dlm je.



Movie time..
anak dara tu tak mandi lagi dr sekolah
huhu nasib baik la tak busuk dorang tu.
Hangit je :p



Cerita Ghost on the Shell ni
tak best pun bagi ai.
Jalan ceritanya slow.
Ngantuk2 tgk cerita ni..
xtau la orang lain camne.
Tp satu je..
body Scarlett Johansson cantiknya..
sekian.

Tuesday, April 11, 2017

Chocolate on Wednesday


Cerita Rabu lepas.
Lama betul tak berDipnDip.
Last tahun 2014..mmg lama dah [link]
Ni datang lagi pun sbb orang ajak.



sape lagi kalau bukan
kawan makan petang..TeeB.
Tapi kalini adik ai Nani
pun join sama.
Dia cuti seminggu.

Kulit gelap gelita.
Sunburn semua cukup.
Org baru balik dari Pulau Perhentian.



Harusla bergambar depan kedai :)



Ariq masa sampai kat Curve,
tetiba badan dia dedar.
Kat DipnDip pun xnak makan sangat.

Keluar dari situ singgah Guardian,
dia nak beli makanannya.
Pastu ai beli skali cool fever.

Sementara nak amik Zara Aliah,
habiskan la masa jalan2 kat Curve tu.

Suka Ariq jumpa train.



Ada aquarium besar.
Byk ikan air laut.
Cantik2.. tp nemo takde.
Itu yg Ariq cari dulu.



Nasib ada MakTeh..
leh la layan Ariq.
Badan tak bape sihat pun
gigih jugak la nak mainkan...



Ni masa tunggu kakak2 dia keluar sekolah,
mamat ni dah lemah.
Penat main tadi haha



Lepas Maghrib kami keluar dinner.
Mamak lagi.
Budak2 ni nak roti tisu.
Ai dah muak nak makan huhuhu
Tp dah anak2 ni nak,
layankan aje la.



Ni brg2 Tee B kasi kat anak2.
Patung tu tuk birthday Zara.
Katanya dia tak tau nak decide mana satu,
last2 beli 2 terus hahaha

Tq Tee!!



Zara mmg jenis ingat adik dia,
dia bagi la satu kat Aliah.
Zara amik bunny,
Aliah amik penguin.

Malam sikit,
Ariq makin panas.
Bagi dia makan ubat terus tidur.
Ai yg tak tido,
monitor temperature dia.
Pas subuh baru lelap.
Dia pun xpegi la sekolah.

Time dia sakit tu,
Zaf outstation ke Johor.
Alhamdulilla sehari je dia xsihat,
lusa dah masuk sekolah balik.

Monday, April 10, 2017

EnZaf's Trip


Ingatkan ai sorang je
Allah bagi ujian/dugaan masa
anak2 cuti sekolah seminggu bulan lepas.

Rupa2nya enZaf pun kena jua,
masa dia pegi trip ke London.
Dia takde pun cerita
sepanjang kami berwhatsapp
or video call.

Tau pun masa amik dia kat KLIA.
Sbb terkejut tgk dia bawak
luggage bag lain.
Dalam kereta baru dia cerita
ape jadi.

Masa kat London,
kereta yang dorang sewa kena pecah.



Masa kejadian dorang checkout
dari London pergi ke Liverpool.
Sbb amik tiket bola.
Lepas dari amik tiket tu la,
balik je tgk cermin kereta belakang pecah.

Bila check semua,
bag dia hilang.
2-2 luggage bag dia hilang okay.
Tinggal sehelai sepinggang.
Kawan2 dia pun kena juga,
tiap sorang satu bag kena angkut.
Tinggal lagi sorang je yg bagnya selamat.

Zaf kata dah la masa tu
baru je lepas shopping barang2.
Habis semuanya hilang dah.
Dia kata frust juga mula2 tu,
mana tak frust kan.. kalau ai nangis dah.
Dah kena report polis bagai..
masa tukatanya plan nak ke manchester city,
huru hara dorang sbb kena ikut schedule.
Dah tu nak le beli baju suar spender bagai,
brg toiletris.. semua tu,
orang dah takde ape kan..
kira kena beli semua baru la.huhuhu
sian enZaf bila dia cerita tu..
dapat bayangkan huru haranya dia.

Dah la nak gi exhibition
takde pakaian proper.
Jacket kasut seluar semua takde katanya. :(

Tapi tak sangka dalam hilang barang tu,
dia sanggup beli balik okay.
Terutamanya barang tuk ai,
tuk anak2 je dia kata
beli kat sini je la.
Ada satu brg tuk Ariq,
dia pesan balik kat kawan dia kt London
suh belikan..sbb kat msia takde.



Kalau ai tau dia kena rompak,
takde la ai suruh dia bersusah payah,
beli balik barang2 semua.
Ape pun tq Yang!! Terharu dan speechless...

Ni gambar kat London Airport,
dia terserempak ngan Liverpool player.
Kemain suka.
Katanya terubat luka sikit hahaha



Zaf nak fly ke Germany.
Tuk exhibition.



Kita letak la gambar dia sikit
trip ke sana.
Dari Hannover pergi Berlin.
Tido satu malam,
pastu dari berlin pergi ke Prague plak.
Kat sana dorang berjalan2.
Cantik2 gambar Zaf bagi,
tp kita bubuh la 2-3 keping je kat blog,
sebagai kenangan.







Balik Malaysia,
dorang uruskan plak barang2 hilang tu.
Nasib ada travel insurance.
Tp tak tau la bape dapat tu hehehe
Jadi la dari takde kan.

Wednesday, April 5, 2017

Ariq Tak Sihat


Cuti sekolah seminggu bulan lepas,
Ariq tak sihat.
Time Daddy takde la dia jatuh sakit.
Sehari sblm dia sakit tu,
takde pun tanda2 dia tak sihat ke apa.
Masa tu hari Jumaat [link]
yg nak pegi sekolah Zara hantar party pack tu.
Malam kami keluar lepak
keluar ngan kawan pun nampak dia ok je. [link]

SABTU
Tak tau silap mana,
tau tau pukul 3 pagi dia bangun muntah.
Muntah banyak kali jugak la
berlarutan sampai ke malam.

Nak kata salah makan,
apa dia makan pun sama macam kakak2 dia.
Tp kakak2 dia okay plak.
Nak jadikan cerita jugak.
Hari Sabtu tu pun ai macam tak sedap badan.
Badan tak panas takde rasa demam ke apa.
Tp sakit dada.
Rasa macam mengetat sampai nak angkat tangan pun susah.
Bangun pun rasa macam sakit sgt,
kena baring je.
Tapi gagah jugak la bangun sbb
kena masak nak bagi anak2 makan2.
Terutamanya Zara & Aliah.

AHAD
Ni gambar masa hari Ahad
dia terbaring je.
Hari Sabtu tak sempat nak amik gambar,
sbb huru hara sangat.
Plus ai pun tak bape sihat.



Ai & Ariq tido kat living hall.
Kalau dia muntah lagi
senang ai nak uruskan,
berbanding atas katil,
nak salin cadar banyak kali.

Kebetulan sakit tu mak abah pun takde,
pegi Terengganu ada kenduri kawin.
Memang gagah jugak la diri ni.
2 hari jugak ai tak larat.

Ariq lalu makan roti je,
itu pun satu kali.
Dia muntah tak sudah sampai ke malam.
Ai dah risau,
kalau esok dia tak baik jugak pegi klinik.
Dia tak demam hanya muntah saja.

ISNIN
Elok plak hari Isnin,
muntah dia hilang..
tp start naik demam.
Cepat2 bagi ubat demam dan dia berehat.
Masa ni pun makan tak bape nak selera lagi.
Ai tuam sepanjang masa,
tengok temperature dia.

Sampai la petang Isnin
tetiba dia cirit birit plak.
Muntah takde,
demam tinggal dedar je.
Cirit plak kalini.
Byk jugak macam muntah seblm ni.
Tapi dia tak lembik sgt macam muntah tu,
cirit tu nampak jugak dia
ada tenaga.
Ai paksa dia main2 sikit,
berjalan, makan.

SELASA
Hari Selasa ai pegi klinik,
sbb demam dia tetiba dtg balik.
Muntah takde cirit kurang.
Tapi selera makan dia masih tak okay sgt.
Tengok la dia nampak kurus sudah.



Gi Poliklinik Kota Damansara.



Doktor amik darah dia
takut denggi.
Katanya bukan rotavirus atau pun
ape ntah doktor sebut,
lupa namanya.



Alhamdulilah result denggi negatif.
Doktor bagi juga
ubat muntah & cirit selain demam.
Kalau sehari dua masih sama,
dia suruh pegi terus ke hospital.

Dan masa ni la baru nampak selera makan dia nak okay.
Tanya dia nak makan ape,
katanya nak pizza.
Kemainkan nasi tak layan.



memang 2-3 hari makan piza saja.
Tak kisah la Ariq,
janji nak makan dan cepat sihat.

Petang bagi dia main basikal,
itu pun sekejap je.
Ajak balik rumah nak rehat
penat katanya huuhuhu



Kesian kat akak2 dia Zara & Aliah.
Dah janji dah ngan dorang,
cuti sekolah ni Mummy bawak tgk wayang,
pegi Jungle Gym,
pegi makan sana sini,
tapi semua aktiviti tergendala.
Takpe la semua tu ada hikmah.
Duit belanja Daddy bagi pun byk lagi hahaha
Nampak tak takde sifat boros di situ :p

KHAMIS
Hari Khamis dia ada la sikit cirit.
Demam takde tp sekali dua je cirit,
nampak okay dah.
Siang tu pun baru ada selera nak makan nasi.
Itu pun makan dekat Chicken Rice Shop.
Okay la Mummy pun layan kan aje.



Malam plak dinner ngan Sue lagi.
Kalini ai belanja dorang.



Meeting sblm Daddy masing2 balik haha
Ariq pun muka tak fresh sgt.

JUMAAT

Ngam2 Daddy nak balik esok (Jumaat),
Ariq dah sihat.
Takde dah adegan demam,
muntah cirit birit.
Siang balik umah mak
jumpa dgn anak buah Aira & Akid.
Ai pun dapat la amik Zaf kat KLIA malamnya.
Kalau Ariq tak sihat takde nya la kan nak pegi.
Mau pening dia cirit dlm kereta,
mana plak la nak cari toilet.




Dan inilah first time dari dia baby sampai skarang,
nak masuk 5 tahun ni,
sakit paling teruk bagi Ariq.
Dia memang jarang sangat sakit.
Kalau tak sihat pun sehari dua je.
Memang Allah nak uji ai
masa cuti sekolah.

Alhamdulillah jugak dia tak sihat masa cuti sekolah.
Tak terbayang kalau time sekolah,
nak uruskan kakak2 dia lagi.
Memang huru hara la dibuatnya.
Syukur jua kakak2 dia takde plak berjangkit ke apa.

Sekolah start Ariq pun dah bole
pegi sekolah macam biasa.
Nampak la badan dia susut tu,
skarang dia dah sihat,
makan tak henti2 plak hahaha