Friday, March 18, 2016

Zootopia Movie


enZaf plan nak bawak anak2
gi tengok wayang citer Zootopia.
Kami gi MBO, Subang Parade.
Dia ni jenis nak tgk wayang
jarang nak booking online.
Suka pegi kaunter lagi.
Sbb dia jenis kita buat dulu apa2,
bila free tgk wayang kalau ada tiket.
Ai tak kisah la,
cuma tak best bila tak dapat tgk,
sbb tiket habis mula lah,
anak2 akan berzikir.
Sbb tau nak tgk citer dorangkan.

Jadi disebabkan wayang situ penuh.
Gi minum kat Gloria Jean's.
Sementara enZaf check kat mana wayang yg ada.
haha terpaksa book online jugakkan :p



Dan Mummy keje amik gambar anak2 la.



Yang ni mmg macam2 gaya kalau
nak amik gambar.
Senang tak yah nak disuruh.



Panjang dah rambut anak bujang ni.
Panjang belakang je,
depan ntah bila nak lebat tak tau haha



Akhirnya setelah di cari
mana wayang ada.
dari TGV ke GSC ke MBO semuala.
Dapat la MBO kat Citta Mall.
Nasib baik dekat je dri Subang ni.
Time cuti sekolah weekend plak harusla
semua bawak anak2 gi tgk wayang.



Dapat gak pancing Ariq ikat rambut.
Susah betul nak pujuk dia.
Perkenalkan Ariqah hehe



Kusyuk semua tgk kartun.



Best citernya,
byk gak la ai gelak :p

Kungfu Panda 3 tak tgk wayang,
anak2 ni tgk kat rumah je,
ape tu iptv kat umah ni dah keluar.
Walaupun baru lagi kat wayang,
tp gambar dah cantik.
Bagus! jimat dah tak yah gi wayang lagi :)

Thursday, March 17, 2016

Submit Borang Tahun 1


Amik kesempatan cuti sekolah seminggu ni,
hantar borang dan dokumen2 Tahun 1 tuk Aliah.
Seminggu sebelum cuti dah register online.
Punya la payah nak key-in borang.
Bila click butang next je,
terus logout.
Hampeh betul.
3-4 kali jugak la key-in hihi

Yang belom lagi register Tahun 1/2017
sila lah register cepat.
Sistem Pendaftaran Atas Talian (SPS) [link]
Dah siap print out
sertakan sekali dokumen yang diperlukan.



Muka seronok nak gi sekolah kakak.
Siap cakap nak dok kelas sama kakak,
banyak la kau nak.
Mana sama kelas.. rehat je sama nanti.



Risau gak dia cakap camtu,
takut kang dia menangis plak sbb
tak sama kelas ngan kakak dia huhu

Mummy kena doa banyak2 ni,
moga tak stress hantar dia nanti haha

Tapi sebelum gi sekolah,
gi makan ayam penyet dulu.



Dalam pejabat sekolah.
Sementara tunggu staff tu check dokumen,
sempat la amik gambar dia lagi hehe



Keluar dari pejabat ada soalan lagi,
bila nak beli baju sekolah dia.
Wah wah wah semangat lebih ni nak.
Sabar okey,
tunggu cuti sekolah hujung tahun baru kita beli.

Arghhhh Khamis dah,
cepatnya nak habis cuti.
Hover Mummy macam dia yg sekolah :p


Wednesday, March 16, 2016

Bersantai kat Dataran Putra


Cerita 2 Sabtu yang lepas :p
Kami gi Putrajaya lepas solat Maghrib.
Tak pegi petang sbb enZaf ada bola.
Okay je malam, cuaca takde la panas,
lagipun Ahad masih cuti lagi.
Takde la penat esoknya masih bole rehat.

Nak amik gambar kereta kuda,
laju sangat tak sempat nak
snap cantik2.



Kami gi Dataran Putra Presint 2
bawak anak2 main roller blades kat situ.



Masa baru2 sampai tetiba hujan rintik2.
Rasa sedih sbb budak2 ni
dah excited sgt nak keluar main.
Alhamdulillah sekejap je pastu cuaca dah ok.

Harusla Mummy nak amik gambar dorang.



Tak puas lagi amik gambar
berlatar belakangkan bangunan Perdana Putra plak.



Tak cantik gambar waktu malam.
Kat situ pun tak semua lampu dia bukak.
Kena pegi betul2 kat bawah lampu baru terang.

Ramai orang bersantai kat sini.
Sangat2 meriah.
Penuh ngan anak2 main basikat, rb,
scooter, main badminton pun ada.
Jangan kata budak,
yg besar2 pun ramai gak main.
Seronok sangat tengok.

Zara Aliah main RB byk ai rekod video.
Kelakar tgk Aliah main.
Dia paling byk jatuh nak imbangkan badan hihi

Kat Dataran Putra ni dibenarkan
lepak sampai kul 10:30 malam je.
Lepas tu lampu semua tutup.
Sempat la ai suh Zara amikkan gambar
kami berdua.
Gelap pun gelap la haha



Keluar dari Dataran Putra
kami gi Precint 1 plak.
Kat situ ada Skyrides Festival Park.
Cuti sekolah nanti ada Hot Air Balloons Fiesta.
Tp tak pernah2 pegi tgk
sepanjang buat fiesta :)



Banyak plak pacak
menda bunga warna warni ni.
Comel je.



Cari makan tapi semua dah tutup.
Lagipun dah lewat.
Food truck pun takde dah.



Nak balik umah jauh lagi,
so singgah kedai mamak kat putrajaya je.



Anak2 terbongkang dalam kereta.
Penat sangat main.
Bestla bawak dorang gi sini,
tp tu la nak dtg lagi,
jauhnya la hai.

Tuesday, March 15, 2016

Mencari Roller Blades kat GM


Sejak Aliah cuba pakai roller blades Zara,
dia pun nak juga satu.
Time akak dia sekolah time tu la
peluang tuk dia main.
Main dalam rumah je pun.
Kelakar Aliah ni sbb dia byk kali jatuh,
lambat pandai sket imbangkan badan.
Zara tu kejap je,
mungkin sbb dia dah besarkan.
Aliah baru 5 thn (bulan 9 baru 6thn hihi)
dah kira pandai la tu.
Mummy ko main roller blades masa tingkatan 4 okey.
Dah tua baru dapat main hihi

Kebetulan kawan ai Zalia pun
bgtau kat GM ada jual RB murah,
harus la kami ke sana membelinya.



Dah ke sana harusla membeli barang lain juga.
Beli towel je pun,
tuk anak2 ni.
Masing2 dapat towel katun kegemaran dorang,
dah seronok habis la tu.



Survey RB tiap kedai.
Harga sama je ok masa belikan Zaranya
kat Kelantan.
Bagus.. tak yah beli jauh2,
kat GM je pun dah sama je.
Dan bole dapat murah lagi.



Seronok la Aliah dapat RB.
Dia nak sama brand cam akak dia jugak.



Dah dapat apa dia nak,
okay je la muka tu.
Cuba tak dapat beli,
muncung tu leh buh hanger.



Zara nasib jenis paham bahasa.
Dia mmg dari kecik lagi jenis paham,
bila kita kata tak de beli.
Memang takde beli.
Tapi Aliah mmg jenis tak paham bahasa.
Letih okay nak explain ngan dia.
Selalu buat hati Mummy menggelegak hahaha



Sblm balik,
singgah beli air.



Lemon, limau, manggo
dan seangkatan dgnnya
serahkan pada Aliah.
Dia mmg suka sangat bercitrus ni.

Last2 Mummy yang kena habiskan.
Punya la besar Daddy beli huhu

Balik rumah terus pakai okey,
tak sabar dah.
Aliah pilih warna merah.
Tak nak sama ngan akak dia pink.



Roda depan RB ni berlampu bila main.
Kalau main malam mmg cantik nampak lampu tu.
Daddy dia cakap nanti nak beli
roda lampu2 tukarkan semua roda ada lampu.
Kemain lagi kan.

Ariq beli lightsaber.



Habis dia belasah kakak2 dia ngan menda alah tu.
Berlari2 akak dia kena kejar.
Daddy pun kena juga.
bertuah punya anak.

Monday, March 14, 2016

Riadah kat Playground Rumah


Cerita 3 minggu lepas hehe.
Hari Sabtu tu takde ke mana.
Petang bawak anak2 turun gi playground.
Sejak Zara beli roller blades kat Kelantan tu,
hari2 dia mintak main kat taman.
Weekend je la pun leh main,
nak main time weekday dia sekolah petang,
tak sempat pun nak main lepas sekolah.

Itu pun bagi main dalam rumah,
sempit2 pun nak juga dia main.
Lepas gian la tu kan haha

Cuaca sangat baik petang tu.
Ai duk dari jauh je,
biar enZaf tgk anak2.



Cepat jugak Zara pandai main.
Memula tu dia pakai la guard semua.
Lepas tu dah terror taknak pakai dah.



Aliah main scooter dia.
Itu pun main kejap je.
Dia lebih suka main swing ngan slide.



Ariq yg seronok main scooter Aliah.
Pink pun pink la kan.



Balik umah mandi rehat
dan lepas solat Maghrib kami keluar makan.
Zaf nak makan kat Mr.Steak House.