Friday, January 15, 2016

Murtabak Mengkasar


Zaf bawak gi makan murtabak.
First time ke sini.
Kedainya mmg jual murtabak semata.



Murtabak Daging Special.



Ada order murtabak ayam
tapi snap satu je la.

Serious mmg sedap sangat.
Makan plak ngan kuah bawang tu kan,
memang terangkat.
Siap bungkus bawak balik,
esok leh makan kat hotel
panaskan dalam microwave :)

Harga kalau murtabak biasa RM7
tambah sepcial RM9.
Bole gak wat mix ayam daging RM10.

Tak silap kat Kl ada satu cawangannya.
Area Setapak ke mana,
kena cari nanti.
Meleleh plak air liur taip pasal murtabak ni.


Esoknya lepas breakfast,
kami turun ke pantai.
Tgk cuaca tak berapa nak cerah,
nampak awan gelap sudah.



Dorang ni mmg tak sabar nak gi terjun,
takde kisah la kan hujan ke tak.



Sempat gak la kami mandi laut.
Tengok anak2 ni dorang lagi
seronok kat laut dari pool.



Ariq sibuk main pasir,
Aliah sibuk kutip shells,
Zara berendam dalam laut :)

Thursday, January 14, 2016

Cuti2 Di Kuantan


Masih cerita tahun lepas yang tak habis-habis lagi masuk dalam blog. Diriku malas nak belek gambar sebenarnya huhu... selalunya perasan bila gambar tu banyak ai jadi malas nak buat entry hahaha.. Ini pun paksa diri buat jugalah untuk kenangan punya pasal. Kejadian ini berlaku selepas hari Krismas yang lepas. Tiba-tiba enZaf ajak ke Kuantan esok. Dia minta ai call Abah tanya nak ikut ke tidak dan lajulah ai call Abah dan laju jua Abah jawab "Okay" hahaha.. Kami bawa Abah dan Mak berjalan-jalan. Adik-adik ai duduk rumah sahaja :p On the way nak ke Kuantan, kami singgah Temerloh untuk makan tengahari. Kami memilih Gerai Makan Pak Usop. Sama pula nama dengan Abahkan. Lupa nak ambil gambar kedai. Tapi masa kami sampai tu Ikan Patin Tempoyaknya dah habis. Tuan kedai kata sekarang tengah masak untuk second round, dalam 40 minit baru siap. Perghh.. baru tengahari dah masak second round, memang ramai pun makan kat situ. Disebabkan lama lagi nak menunggu 40 minit itu kami buat keputusan makan apa yang ada sahaja. Nak tunggu dengan keadaan tempatnya yang agak panas takut nanti anak-anak ini meragam pula dengan perut pun dah lapar, orang ramai lagi. Kami makan Ikan Patin Goreng.



Serious makan Ikan Patin yang goreng ini pun dah sedap. Isi ikannya lembut dan fresh sangat. Aliah pun suka, dia sorang sahaja makan seketul. Peminat ikan gitu. Lepas makan kami sambung perjalanan semula dan inilah tempat kami akan tidur selama dua malam iaitu di Swiss-Garden Resort Residences. [link]



Cantik pula tengok gambar ini, langit yang biru tanpa awan. Kali ini kami mencuba di tempat baru pula. Sebelum ini kalau nak tidur di Kuantan kami selalu ke Swiss Garden Beach Resort. Yang residence ini dekat sahaja dengan beach resort :) Bila kami sampai dalam residence ini tak boleh check-in lagi disebabkan bilik belum siap. Sementara menunggu siap kami pergi ke gerai berdekatan di mana berhadapan sahaja dengan residence ini. Minum petang lah kiranya dengan makan kopok lekor, sata dan air kelapa. Nyamannya rasa heheh...



Sempat bergambar di lobi sebelum ke lif. Kecil sahaja kawasan lobinya dengan dekorasi yang simple.



Ambil gambar Mak Tok dan Tok Abah bersama cucu-cucunya sebagai kenangan pergi bercuti. Anak-anak happu sebab Tok ikut. Baru meriah ramai-ramaikan.



Nama tempat ini residence sudah tentulah keadaannya sama seperti rumah. Ada living hall, bilik, dapur dan sebagainya.



Ada macam-macam jenis rumah di sini bermula dengan studio, satu bilik sehingga tiga bilik. Jadi pilihlah mengikut jumlah orang dan juga bajet masing-masing. Masuk-masuk je rumah, Zahra dan Aliah bukan main laju pilih katil. Semangat betul haha..



Sudah petang kami turun bawah untuk ke kolam. Anak-anak pun dah tak sabar sangat nak mandi. Selagi tak turun, selagi itu lah mereka ini bertanya tanpa henti huhuhu... Boleh dikatakan agak ramai orang juga waktu itu, kami ingatkan pergi bercuti selepas hari Krismas dah kurang orang. Tak ada maknanya kan, selagi masih cuti sekolah pasti ramai orang di mana-mana sahaja.



Teringin pula ai nak naik slide di bahagian kolam dalam itu. Ajak enZaf naik slide tu dia tak nak. Nak pergi sorang diri bosan pula kan. Jadinya tengok sajalah :(



Disebabkan tak dapat main slide besar itu kita main slide budak sajalah hahaha.. Sambil tu bawa Zahra, Aliah dan Ariq sama, alasan untuk Mummy yang semangat lebih :p



Dalam banyak-banyak tempat Ariq takut dengan air yang jatuh dari baldi giant kat atas tu. Alahai hero sorang ini, penakut rupanya. Itu pun bukannya ai bawa dia duduk betul-betul atas air jatuh, duduk jauh pun dah takut. Sabar je lah.



Seronok dapat layan anak-anak mandi. Mereka semua tak ingat lapar, tak ingat sejuk, tak ingat apalah bila dapat main air. Asalkan anak happy kita pun happy jugakan.



Mak Tok da Tok Abah pula bersantai di tepi pool :) Setakat ini kami berpuas hati dengan tempat ini. Tempat baru kan, semuanya masih elok dan cantik lagi :) Cuma breakfast sahaja kurang pilihan. Tapi okay lah masih boleh makan. Kalau nak tahu lebih terperinci lagi mengenai Swiss-Garden Resort Residence ini, boleh pergi ke websitenya dengan klik [link] ini.

Wednesday, January 13, 2016

Magnum Cafe


First time ai pegi iOi City Mall.
Menarik gak tempatnya.
Ikutkan sebenarnya kitaorg nak
gi Ikea baru kat Cheras tu.
Bila dah sampai sana ya ampun,
tgk kereta macam semut nak masuk parking,
blom parking lagi baru kat luar.
Zaf tgk terus cakap taknak masuk.
Gi tempat lain.
Itu yang kami ke iOi ni. :)

Jalan2 nampak Magnum,
Zaf ajak gi makan situ.
Ape lagi okay je la ai.
Tak pernah lagi makan kat sini.

Sempat la suh anak2 ni posing depan
giant eskrem.



Suruh dorang buat2 nak makan
tapi masing2 cam ape segan ke tak reti :p



Zara pun sama malu2.



Masuk dalam tengok menu.
Semua gambar dalam menu semua ai nak haha
Gambar tu menarik je kan.



Sementara makan sampai,
harusla amik gambar.



Dah amik gambar,
Ariq plak nak bergambar.
Siap cakap Mummy!! Ariq Ariq plak. :)



Ni staff situ rekemen
Magnum Cheese Crepe.



Presentation mmg cantik,
tapi hampeh tak sedap pun.
Cream yogurt tu semua
seyes tak masuk ngan tekak ai.
Crepe tu pun tak sedap.
Yg habis eskrem dia je.

Pic bawah ni ai order,
tak ingat sgt nama ape,
Triple Chocolate Cookies gitu la.



Nasib baik yg ni sedap.
Terubat la hati dek kerana cheese crepe tu.

Gelagat anak2 kat dalam kedai.
Memang wat cam rumah sendiri.
Sorang kacau Daddy dia,
yang kanan sekali tu baring2,
tinggal tak guling je.



Aliah ada kat hujung kiri tu
sibuk tgk cermin.
Princesskan kemain lagi melaram ape ntah.

So misi nak merasa kat Magnum dah tercapai,
nak kata sedap sgt2 tu takde la.
Tak dtg lagi makan situ pun takpe,
sedap lagi DipnDip.
Tapi pasni nak cuba beli eskrem dia je
yg leh buh topping macam2 tu kan.

Habis makan kat Magnum,
sambung jalan lagi dlm mall ni,
nampak District 21.
Bole tgk dalam ape aktiviti dlm tu,
macam menarik je nak cuba.
Zara pun siap request nak masuk dlm.



Next time kita pegi ye nak.
Mummy pun nak try gak aktiviti situ hihi

Dinner kami try makan kat Nathan's Famous.



Tuk ai biasa2 jugak.
Tak sedap mana.

Kedainya berdepan ngan tempat ice skating,
Zara Aliah sibuk ajak main tu.
Malas nak layan.
Sbb ai sorang je leh skate,
masa muda ai main roller blade.
Last ai main ice skating kat sunway pyramid,
zaman matrikulasi, tahun 1998/99 gitu.
lama dah.

Zaf plak tak reti nak main.
Dia dulu layan skate board.
Minah Roller Blade vs Mamat Skate Board ahahaha

Tuesday, January 12, 2016

2nd Year at Genius Aulad


Hari Rabu lepas hari dinantikan
oleh Aliah plak.
Dia pun tak sabar nak ke sekolah.
Siap cakap ngan ai
lamanya cuti.
Bosan sgt ke dok ngan Mummy nak oi.

Masa hantar dia sekolah pun ai tak sempat
nak bergambar berdua ngan dia.
Sampai2 depan sekolah,
teacher dah tunggu kat pintu.
Terus la dia masuk dlm.
Parents mmg tak bole ikut sama la.



Balik dari sekolah baru la dapat bergambar ngan dia.
Kat celah kereta pun jadi la.
Ni pun Zaf amikkan.
Tq Yang!



Time ni ai dah baik selesema
tapi batuk plak.

Tanya Aliah best tak school.
Of couse la best jawabnya.
Tanya lagi ada belajar tak.
Dia cakap tak de
main je hehehe
Hari pertama mmg teacher pun
bagi korang happy2 je kan.
Tunggu minggu ke-2 :p

Yang ni gambar masa hari Isnin lepas,
Induction Day.
Gi kelas jumpa teacher n amik message book.
6 Istanbul nama kelas dia kalini.



Class teacher Aliah tuk tahun ni.
Teacher Ell.



Teacher ni awal2 cakap dah,
dia garang hahaha
ai mmg suka garang2 bagi budak2 ni
disiplin sket,
jgn manja sgt nanti naik kepala.

Aliah 6 tahun dah,
tahun depan dah Darjah 1.
Mudah2an dia terang hati dalam menimba ilmu.
Tahun ni ai fokus lebih kat Aliah.
Nak mantapkan lagi baca, tulis & eja.
supaya Darjah 1 nanti dia lebih bersedia :)

Monday, January 11, 2016

Hari Pertama Persekolahan 2016


Alhamdulilah selesai dah minggu pertama
sekolah tahun ni kan.
Ni pun dah nak masuk pertenghan bulan 1.
Sangat-sangat cepat masa berlalu.

Seperti yang dijangka,
Zara mmg takde masalah nak ke sekolah.
Dia sebenarnya tak sabar nak masuk sekolah.
Rindu kat kawan2 la tu.

Lambat sampai sekolah,
ai sempat la snap satu dua gambar
sebelum berlari ke perhimpunan hehe
Ariq & Aliah ada ngan Daddy dia
tgh parking kereta,
masa ni ai je sorang hantar Zara.



Sampai kat tapak perhimpunan
tau tau kelas dia dah bergerak ke kelas,
sampai kat tangga
ada cikgu bgtau parents tak leh naik.
Jadi ai hantar dia kat tangga je la huhu

Frust gak la tak dapat teman dia sampai depan kelas.
Skali Zaf dtg tgk ai kenapa tercegat kat situ,
dia kata pegi la naik.
Ai ckp cikgu tak bagi.
Dia kata naik je.
Jadi menurut perintah suami,
ai pun naik je cari Zara dlm kelas hehe



Bukan ai sorang je ada.
Rupanya ada la dlm 2-3 orang lagi parents
ada kat kelas.
Pergh ada la geng melawan peraturan rupanya hahaha
Naik atas pun sebab saja nak amik gambar dia.
Sedih tak sempat nak gambar berdua ngan Zara.

habis tgk dia dan ai pun
dah puas hati tgk kelas dia.
Balik rumah.
Masa kat rumah setelkan keje rumah sket,
pastu ai keluar balik gi sekolah Zara
tgk dia time rehat plak.
Saje je menjenguk anak,
kat rumah pun dah takde menda nak buat.

Sementara tunggu akak dia
layankan dorang ni makan n minum.
Rehat pertama Tahun 1 & 3.
Kemudian baru Tahun 2.



Gambar ngan kawan baik Zara,
Ariq & Aliah nyibuk menyelit.



Yey Mummy dapat bergambar ngan Zara.
Simpan satu wat kenangan hari pertama.



Masa ni ai tak bape sihat,
selesema.
Tisu sentiasa ada kat tangan.
Hidung dah merah2 asik kena tenyeh.
Selesema ni buat badan letih,
tambah plak ngan cuaca panas terik.
Peluh tu jgn cakap,
habis basah lencun.