Tuesday, January 4, 2011

Vroom vroom

Minggu lepas gi menyinggah kedai kawan Zaf.
Kedai dia jual segala aksesori/parts kete2.
Bukan kete menan yer. Kete Tamiya pun bukan.

Zara takut nak bergambar kat rims.
Besar sangat dari dia hihi
Kang dilenyek mau menjerit.
Tapi kalau ai biarla tayar tu lenyek perutku yg muncit ni haha



Kat situ gak ada jual merchandise..
cam baju, cap, keychain, mug, bla bla bla
Yang nampak ada brand Ferrari, BMW, Porsche
Teruja rasa nak beli semua.




Kalau nak service kete pun leh hantar kat dia.
Tip top yo! yang pasti private service yer.
Takde kletang kletung kat luar kedai orang leh nampak.




Daddy kata dia nak tukar exhaust ni bole.
Huh, jgn katakan exhaust, side mirror pon lom tentu mampu nak beli :p




Nasib baik la anak2 ni tak meragam.
Berejam gak la daddy melepak dlm kedai ni.





Tau tau je la lelaki kan.
kalau dah masuk kedai2 kete camni,
satu hari suntuk pun takpe.
Nak plak kat sini ada AV room,
leh tgk video tuk dgr bunyi2 exhaust turbo bagai.
adoii mak layan kan aje.

So kalau korang nak tukar exhaust, rims,
break or ape2 aje la
nak beli kete pun bole jua
pegi la singgah kedai RaceMaster ini k.
kat Glenmarie Shah Alam.

wah promote habis..
ye la sape lagi kalau tak kawan sendiri tolongkan.
k sila wat lawatan sambil belajar ke sana yer :)



Monday, January 3, 2011

YES

Demi menyahut kempen YES,
diriku pun turut serta dengan jayanya.
haah ayat tak bole blah.
Tapi yang pasti, semua tuk anak-anak dan suami.
Kepuasan berganda-ganda beli barang tuk mereka nih!
Nak nak pulak beli tu dari duit kita sendiri. Best!!

Okey mulai skang diriku
telah berpuasa dari shopping.
Duit dah habis so dok diam2 haha
Nasib dah habis YES,
kalau idak jatuh bankrupt sudah. :)

Antara hasil rembatan tuk 1 hari.
(tak kuasa nak kutip balik paper bag yg lain tuk bergambar)
Bayangkan kalau YES ni tiap2 hari.
Pasti tokei kedai seronok.

Sunday, January 2, 2011

For Sale: Scarves

Visit my sales blog
click
here



BR

Zahra ni kalau dapat makan eskrem BR,
laju je tau..sampai licin, habis.

Tapi kalau bagi eskrem kotak yg beli kat supermarket tu.
Aduhai, sebulan pun lom tentu habis.
Hampeh tul.. memilih anak daraku ini.



Muka puas hati sbb dapat eskrem peberetnya.



Adiknya pun dapat makan eskrem gak.
Daddy sumbat bole haha



Sedap la mummy.. Aliah nak lagi :)



Habis la kecik2 lagi dah sumbat eskrem mahal.
Pasni jalan salahkan mummy ye daddy.

Thursday, December 30, 2010

Perasan tak

Tak tau la orang lain rasa ke tak pe yg ku rasa.
Kalau ai suka pada sesuatu kenderaan,
bila atas jalan mesti nampak aje..
tak kisah la masa tgh drive ke, tgh lepak kat restoran ke..
pegi keje balik keje...pegi kedai pegi mana-mana la
ada je nampak kelibat2 kenderaan yg diminati tu.





Oh gambar di atas adalah kereta idaman.
Mampu tumpang je.. kalau bawak mesti orang kata kereta tu jalan sendiri.
Tak nampak drebar hahaha
Okey encik suami, sila beli satu.
Esok gak order hahaha
Kalau disuruh pilih, ai nak Q7 je cukup. :)

hmm, minat pada kereta kuda,
tapi idak pulak nampak kereta kuda atas jalan hihihi
Apa2 aje la aku ni huhu