Tuesday, September 17, 2024

Padang Bola ke Padang Hoki

Tahun ini rasanya banyak betul aktiviti anak-anak. Boleh dikatakan setiap hujung minggu memang akan berada di padang. Badan pun dah semakin kembang, lama-lama jadi padang terus hahaha.. lebar bukan main kan 😪🥺 Pagi-pagi dah ke Kundang, Ariq ada perlawanan persahabatan dengan kelab bola di sana. Cuaca pagi tu hujan renyai, ada ketika lebat sekejap. Padang pun lecak, ai tengok dah macam tendang air bukannya tendang bola hehehe.. mesti seronok anak-anak main air hujan tu kan.





Selesai perlawanan bolanya, kami terus ke Sg. Buloh. enZaf ajak makan Nasi briyani di Restoran Abdul Briyani Power. Lama tak makan kat sini. Kedainya pun dah pindah tapi pindah depan saja dari gerainya. Dah maju buka besar sikit jadi restoran 👍.





Petang pula kami ke Gombak, akak Zahra ada training hoki di UIA. Masa waktu pagi hujan lebat, waktu petang ini pula cuaca panas ya amat. Walaupun matahari sekejap muncul sekejap hilang tapi bahangnya terasa betul. Demi anak panas ke hujan ke sanggup ku redah jua hehehe 🌦





Malam lepak di kedai mamak pula. Ai kalau kat mamak selalunya mesti ambil gambar anak-anak. Saja suka-suka dan simpan sini sebagai kenangan. Gambar enZaf tu kita tutup dengan watermark, rasa aib sangat kalau nampak lubang hidung tu hahaha...











Monday, September 16, 2024

Aliah is 14th!

Kami keluar untuk makan-makan sambut birthday Aliah. enZaf bawa kami ke Melawati Mall. Lama betul tak ke sini, tak ingat bila kali terakhir. Masuk-masuk dalam mall terus mencari toilet. Yang nak masuk dalam tu akak Zahra seorang saja tapi kami semua ikut kecuali yang lelaki la kan hihihi.. Dah alang-alang dalam toilet tu, apa lagi bergambar lah kan 🤳🤭.



Sebelum sampai Melawati Mall ni kami dah makan tengahari, dan di sini mencari dessert. Aliah memilih Molten Chocolate Cafe. Kali ini dia tak nak kek sama macam tahun lepas.

















Selesai makan kami pusing-pusing mall. Sempatlah ambil beberapa gambar Qaireen dan Ariq. Yang itu je masih melayan Mummy dia gambar sana sini hahaha...





Sebelum balik singgah toilet lagi sekali. Nak keluar toilet nampak cermin besar, terus ajak Aliah bergambar. Happy Birthday anakku Qalesya Aliah!! 🍰 Semoga Allah makbulkan segala hajat dan cita-citamu 🤲💕.



Friday, September 13, 2024

Kisah Siang di Hari Jumaat

Jika hujung minggu akak Zahra boleh PB (Pulang Bermalam), enZaf memang freekan diri satu hari dari pergi meeting atau berjumpa dengan mana-mana customer. Bila dia free ini, dapatlah kami breakfast bersama selepas hantar Qaireen sekolah. Kali ini kami makan pagi di Kedai Kopi Surat Cinta. Lama dah bukanya dan baru sekarang dapat singgah.



Cantik deko kedainya. Rasa tenang saja, yang paling penting tempatnya bersih.



Nama kedai pun kopi, haruslah minum kopi juga hihi... Siap ada kata-kata cinta dilekatkan pada bekas air itu. Rasa macam sesuai sangat untuk orang berdating.🩷👩‍❤️‍👨



Sedap juga makanan dalam kedai ini. Rupa-rupanya banyak juga cawangan kedai makan ini. Kalau nak tahu apa menu yang disajikan, search saja di Instagram.



Lebih kurang jam 12.30 tengahari enZaf akan sampai ke sekolah akak Zahra, lepas itu dia akan terus ke masjid untuk solat Jumaat. Lepas solat Jumaat, enZaf ambil ai dan anak-anak keluar makan. Kami makan di KGB Diner, Tropicana Gardens Mall. First time juga makan di sini. Akak Zahra request makan fast food. Muak agaknya makan nasi selalu hehehe..



Suka lah tu dia dapat makan burger. Salad depan tu Mummy dia lah habiskan. Mengikut perangai Daddynya habis segala warna hijau dikeluarkan dari burger 🤣.



Anak bujang ini pun sama, suka burger. Asalkan namanya Cheese Burger dia memang okay saja.



Berhampiran dengan KGB Diner, ada Mixue. Lajulah si bongsu itu minta kat Daddynya nak aiskrim.



Tak boleh jadi anak-anak makan aiskrim, Mummy dia pun nak juga. Tapi nak air kopi. Mencuba air baru iaitu Mocha Royal Ice Blended. Pagi tadi dah kopi, ini kopi lagi. Dagu pun dah berlapis masih tak sedar diri lagi.



Entah bilalah nak diet ini. Dalam hati tu dah banyak kali nak kurangkan minum manis tapi masih tak mampu menahan diri huhuhuhu... satu hari kena buat jugakan. Kena ajak enZaf ni kurangkan minum manis, selalu gagal sebab dia hahaha.. salahkan orang lain lebih mudah dari mengaku salah diri sendiri kan 🤣🤪 Sorry enZaf petik nama u 🤭 Oh ya! sebelum balik singgah Gula Cakery beli slice kek untuk Aliah. Birthday dia ni, nak surprisekan dia balik sekolah nanti 🥳.

Thursday, September 12, 2024

Lawatan ke Kompleks Kraf KL

Qaireen bila tahu ada rombongan nak naik bas, bukan main senang bangun pagi hehehe.. laju je masuk bilik air nak mandi. Eh bukan Qaireen sajalah, kita pun kalau tahu nak berjalan mesti laju jugakan. Mata terus segar bugar eksaited sangat. 😜 Kali ini sekolahnya ada buat lawatan di Kompleks Kraf KL.











Tak banyak pula gambar Qaireen, entah mana dia pergi bila teacher snap gambar. Sama macam abang Ariq dia. Kalau ada program kat sekolah memang susah nampak mukanya dalam gambar huhu.. Ini pun ambil gambar dari Instagram Kompleks Kraf KL. Walaupun jauh, jadilah kan hahaha..





Macam best je kat sana. Nampak ada macam-macam kraftangan yang menarik. Nanti nak ajak enZaf pergi sana lah. Lepas ambil Qaireen dari lawatan, kami pergi ke Ikea. Nak membeli beberapa barang di sana. Sebelum itu singgah makan dulu, isi perut kenyang-kenyang baru seronok nak shopping heheh..







Gambar di bawah adalah hasil kraf yang dibuat oleh Qaireen semasa berada di Kompleks Kraf KL. Cantik sangat dia warna ikan tu 🐠😍



Monday, September 9, 2024

Dari SS15 ke Sunway Pyramid

enZaf ajak lunch di SS15 Subang Jaya, wah bukan main jauh ke sana. Pertama kali mencuba makan nasi ayam di Restoran Chicken Rice Guys. Terasa nama kedainya macam Khairul Aming "Whatsapp Guys" pula, seperti kita cakap dengan kawan-kawan gitu 🤭. "Weh! makan mana?" "Makan kat Chicken Rice Guys" hahaha.. kan. Bila tengok nama kedai tu, teringat satu kedai di TTDI. Macam lebih kurang juga ayat tu, tak silap ai "daun pisang guys". Tak sure betul ke tak tapi ada perkataan "guys" itu juga hahahaha...







Sedap jugalah makanan di sini. Siapa yang suka makan Nasi Ayam Hainan or Chinese Style sila lah mencuba. Di sini juga ada masakan Mee selain dari Nasi Ayam. Oh! ada lauk Itik juga ya, siapa minat sila order. Kami belum terbuka tekak lagi nak makan Itik ni 😬 hahaha.. Dari SS15 kami ke Sunway Pyramid pula. Abang Ariq yang ajak ke mall situ, tahu dah kenapa dia suka ke sana. Di situ ada boots yang dia nak.

Ada satu sudut dalam mall ini ditempatkan info dan gambar mengenai Malaysia sempena Hari Merdeka dan Hari Malaysia. Jadi ai biarkan anak-anak membaca di situ sekejap sambil menzahirkan ekspresi diri di situ 👍









Jalan-jalan dalam mall dan ternampak kedai jam, memang dah niat nak beli jam tangan Aliah masa birthday dia. Dua bulan sebelum ini kami singgah satu kedai jam, ada satu jam dia berkenan tapi kami tak belikan sebab terlalu awal pula nak beli untuk hadiah harijadi. Lepas dari itu, setiap kali kami masuk kedai jam, jam yang dia berkenan tak ada warna yang dia nak. Adalah dalam tiga buah kedai yang dah masuk. Tapi kali ini, ada pula warna dia. Terus enZaf kata beli, takut nanti tak jumpa lagi dah warnanya.



Ini dikira early birthday gift juga lah buat Aliah. Suka dia akhirnya dapat juga warna kegemarannya iaitu pink. Rezeki tak salah alamat. Happy Birthday Aliah!!! hihihi... Lepas itu kami berhenti sekejap makan aiskrim di Inside Scoop 🍨. Penat juga berjalan dalam Sunway Pyramid ni, faktor umur agaknya hahaha.. Panas pun iya sebab tu rasa nak makan aiskrim tiba-tiba.



enZaf kata aiskrim ini special untuk ai sebab ada Zus Coffee dalamnya. Lepas tu dia nak ambil gambar, punyalah dekat penuh muka dalam gambar ni hahaha.. Nampak dah penuaan tu kan, jelas garis-garis cinta dimuka. Thank you lah enZaf.😘



Sebelum balik singgah lah masuk kedai yang abang Ariq nak sangat. Tapi bukan Ariq sajalah yang nak, ada sorang lagi pun suka juga. Dalam gambar nampak orangnya sebelah kanan yang tengah capai satu boots di situ. Anak dan Daddy dia pun sama juga hihi...



Untuk Ariq tidak lah nak beli boots lagi, baru saja belikan masa birthdaynya bulan enam [link]. Daddynya belikan dia jersey pula.