Monday, October 9, 2017

Kuala Lumpur 2017 Sukan Sea ke-29


Lama dah Sukan Sea ni habis dan baru sekarang ai rajin nak mengupdate dalam blog huhuhu.. Ini pun gigih paksa diri buat. Kalau tak paksa buat ini sudah berapa banyak lagi cerita yang masih tertunggak. Sampai nak cerita balik pun ai dah lupa hahaha.. Bila tengok gambar baru lah boleh recall sikit-sikit ;) Gambar di bawah ini kami tengah tunggu bas untuk bawa masuk ke dalam perkarangan stadium. Tempat letak kereta telah ditetapkan oleh pihak penganjur dan dari situ perlu naik bas ke sana dipanggil Park & Ride. Lagi pun tempat parking memang jauh dari stadium, jadi kena naik bas. Nak jalan kaki memang tak mampu, mampu tengok je hihihi...



Anak-anak bila beritahu naik bas, bukan main seronok dorang. Almaklumlah jarang sekali nak naik baskan. Nak pergi mana dengan bas pun bila dah ada kereta betul tak? Yang paling gembira sekali semestinya lah anak bujangku Ariq. Senyum meleret saja masa dalam bas hehe..



Daddy dorang ni pula adalah manusia yang bertanggungjawab dengan anak-anak yang ponteng sekolah semata-mata nak pergi tengok sukan ini. enZaf tak nak pergi pada waktu hujung minggu. Dia kata kalau pergi weekend orang pasti ramai, jadi dia bawa kami pada hari biasa.



Ai pula bila suami dah ajak, kita jawab okay saja lah. Orang cakap jangan derhaka dengan suami :p Bas yang kami naiki ini berhenti berhampiran dengan Sekolah Sukan Bukit Jalil. Dari situ kami perlu jalan untuk masuk ke dalam perkarangan sukan. Acara Memanah adalah tempat yang paling dekat sekali nak sampai. Jadi kami terus menuju ke sana.



Kebetulan kami sampai je kawasan Memanah itu, acara baru nak bermula. Timing sangat, kami tengok final bagi memanah campuran, Malaysia vs Indonesia. Berdebar-debar tengok bila jarak mata pungutan kedua-dua pasukan rapat. Sengit juga dan akhirnya Malaysia tewas dengan Indonesia. Sayang tak ada rezeki kita nak dapat Gold Medal. Apa pun tahniah buat mereka dah buat yang terbaik. Kalah tipis sahaja.



Habis dari tengok acara Memanah kami terus menuju ke arah stadium pula. Agak jauh juga berjalan nak ke sana. Sakit kaki juga lah. Penat sangat-sangat dengan cuaca yang sangat panas. Alhamdulillah sebab cuaca elok, kalau hujan lagi huru harakan. Pagi-pagi lagi kami dah berpeluh melekit bagai, tak tahu lah kalau kami stay kat sini sampai petang atau malam entah jadi apa dah hahaha... Tengah berjalan tu anak-anak nampak gerai air Milo. Apa lagi dorang bertiga bukan main laju berlari ke sana. Air Milo itu pula diberi secara percuma dan diberi dalam cawan kertas tu. Lagi la dorang seronok. Tapi air Milo yang dalam cawan kertas ini lagi sedap dari kita beli yang dalam kotak atau pun tin kan. Ditambah lagi dengan free lagi la sedap hehehe...



Dalam gerai air Milo ini ada maskot Sukan Sea, Rimau. Elok pula dorang ni tak takut. Nak dibandingkan masa kecil, kesemuanya penakut dengan maskot. Bila dah nampak Rimau ni terus ai ajak anak-anak bergambar. Ambil kenangan.



Kami sambung lagi perjalanan dan nampak tempat Squash. Ai plan nak tengok Squash memandang tak pernah tengok orang main Squash depan mata tapi kami semua perut dah kelaparan. enZaf terus ajak makan dulu dan ada satu tempat itu penuh dengan food truck. Pelbagai makanan dijual kat sana. Dah beli makanan, kami cari satu tempat untuk makan. Duduk atas lantai je masing-masing. Tak ambil gambar pula masa ni sebab dah lapar sangat hahaha.. Selesai makan, akak Zahra nampak Parrot. Bukan saja-saja Parrot itu diletakkan di situ, ada bayaran sekiranya kita ingin bergambar dengan Parrot itu dengan harga RM5. Selain Parrot, Ular pun ada juga. Tapi yang itu ai awal-awal lagi dah lari jauh. Bukan takut tapi geli hahaha..



Akak Zahra betup-betul nak bergambar dengan Parrot. Jadi ai pun bayarkan lah RM5 semata untuk bergambar. Haruslah tuan Parrot tu kena ambilkan gambar kami kan. Masa kami bergambar ini, enZaf tak ada sama. Dia tengah tengok baju di gerai jual baju. Ai dan anak-anak sahajalah bergambar.



Tengah berjalan tu, ai ternampak atlet Memanah pagi tadi. Kalau ditanya nama dia sekarang, ai dah tak ingat. Besar orangnya, eh! orangnya biasa je tapi ai ni yang kecil sangat :p Baik dia melayan ai ajak bergambar.



enZaf ajak tengok acara Badminton. Kebetulan Malaysia ada game, apa lagi terus on sajalah.



Kami dapat tengok Malaysia vs Laos. Lawan dengan Laos ni Malaysia menang mudah hihihi.. Pertama kali tengok badminton depan mata. Gamat juga suasana dengan penyokong-penyokong. Seronok tengok.



Lama juga kami kat dalam ni tengok badminton sampai pukul 5 petang. Nasib baik dalam kawasan Badminton ini ada disediakan surau. Agak kecil suraunya dan dalam surau ini tiada telekung. Mujur ada orang yang baik hati bagi pinjam telekungnya. Ai pula memang terlupa nak bawa. Habis Badminton, kami berjalan-jalan di luar. Oh yer di luar stadium ini terdapat banyak aktiviti disediakan untuk anak-anak. Ada aktiviti memanah, fishing, puzzle dan climbing. Kalau semua game ini kita sertai, anak-anak akan dapat lencana pin sebagai token join game yang dibuat. Masa anak-anak ini main game tu ai tak ambil satu gambar pun. Sibuk meneman dan melayan anak-anak ini. Tak tahu lah kalau enZaf ada ambil gambar ke tidak. Lupa nak tanya dia.



Di sekitar stadium itu ada Rumah Malaysia, dalamnya best sebab ada aircond hahaha... dan ada skrin besar juga untuk kita menonton dari situ kalau ada game dari Malaysia.



Lama juga kami duduk dalam Rumah Malaysia ini, seronok sejuk je hehe.. lagi pun dalam ini ada aktiviti untuk orang dewasa pula. Ada aktiviti tendang bola, pukul bola golf dan ada satu lagi tak ingat apa. enZaf tak join pun, dia tengok je. Anak-anak nak bergambar dengan Rimau lagi. Layankan aje lah.



Rupanya sampai malam kami di sini. Waktu malam kami masuk ke dalam stadium. Ada acara padang dan balapan pula. Kali ini surau dalam stadium sangat besar dan selesa, siap ada telekung sekali. Tak perlu minta pinjam :p Toilet pun sama, besar juga sampai ai takut nak masuk sebab nak ke toilet tu macam jauh ke dalam hahaha..



Kami dapat tengok acara Lontar Peluru, Lontar Lembing dan ada acara Larian. Dapat tengok larian 100m lelaki di mana Malaysia menang Gold Medal. Seronok betul masa tu meriah dengan gamat suasana stadium semua meraikan kejayaan emas hehe.. Dalam pukul 10 malam kami masih di stadium, itu pun kami keluar walaupun masih ada beberapa acara yang masih belum habis. Mana tak penatnya, dari pagi sampai ke malam kami kat Bukit Jalil ini. Keluar dari stadium nak menuju ke tempat menunggu bas punyalah jauh. Ya ampun masa waktu itu ai macam dah menyumpah (dalam hati je la) kepenatan ya amat. Bila nak sampai tu dari jauh dah nampak punya ramai orang beratur. Nak kena menunggu lagi, bas pula bukan datang serentak banyak. Ai dah restless habis. Anak-anak pun dah penat sangat, kesian pula kat dorang. Masuk je dalam kereta tak cerita banyak, anak-anak terus tidur hehehe.. Apa pun ai seronok sangat seharian di Bukit Jalil. Seronok dapat tengok Sukan Sea dan pengalaman baru untuk anak-anak. Ai pernah tengok sukan lebih kurang seperti ini masa zaman sekolah. Abah bawa kami tengok SUKMA di Ipoh.

Thursday, October 5, 2017

Style Rambut Baru Ariq


Bawak Ariq gi potong rambut.
Kalini enZaf pilih kedai
Kingsman kat Damansara Perdana.

Amik gambar dia dulu sblm potong.
Rambut dah macam ape,
panjang hihihi



Lama juga kami menunggu dalam tu,
orang tak berapa ramai tp
menunggu org lain siap tu,
agak berjanggut jua.

Tgk hasil tu nampak macam puas hati la.
Sangat details dan teliti.
Itu yg makan masa.

Bila tunggu lama Ariq macam susah hati,
dia serba salah nak cut hair ke tak.
Saspen sbb first time
gi potong kedai ala hipster ni kan :)



Diam je dia duduk situ.
Keras pun ada juga haha



Tu dia Ariq berwajah baru.
Dia sendiri cakap dia handsome dah hihihi



Habis semua angle ai snap.
Teruja tengok Ariq style gini.







Sekarang rambut dia dah panjang balik.
Tunggu Daddy la bawak ke sana.
Harga gunting rambut pun okay sangat.
Ariq potong situ RM10.

Wednesday, October 4, 2017

Ahoy Matey! at e-Curve


Cerita 31 Ogos hari Merdeka :)
Zaf ajak pegi kedai Epi Centre..
dia plan nak tukar komputer yg rosak tu,
dari Windows ke Mac plak.



Tak kisah la nak beli ape pun..
janji ai bole berblog balik :)
Bila dah ada komputer
mood plak masih tunggang terbalik.
Kemalasan yg lebih :p

Lepas setel beli,
anak2 nampak ada aktiviti kat lobi eCurve tu.
Syaratnya kena beli brg mana2
kedai dr eCurve yg bernilai RM50 keatas.

Jadi ai layan la budak2 ni.
Main semua aktiviti yg ada
pastu redeem hadiah.
Boleh redeem satu je sbb 1 resit.
Tp nasib baik dorang bagi
3-3 anak ni main.
Kebetulan tak ramai orang sgt.



Ada 10 aktiviti disediakan..
Banyak juga sampai letih
ai menunggu dorang ni hehe



Itu pun tak semua gambar amik.













Ada macam2 jenis hadiah disediakan,
dalam byk2 tu Aliah
pilih notebook.



Ariq bising juga sbb dia tak dapat apa.
Muncung kejap sepanjang berjalan
ke Curve..
nasib baik lepas tu dia ok dah :)

Tuesday, October 3, 2017

Pergi Balik Kemaman


enZaf ajak ke Kemaman pergi balik hari. Terkejut ai bila dia cakap gitu. Yerla dah kenapakan jauh-jauh nak drive hanya pergi balik. Tapi dah dia sanggup, kita lagi la sanggup banyak haha. Bab makan okay aje kan. Sebelum ni ai pernah cakap dengan dia, terasa nak makan sata. enZaf cakap tiada sata yang sedap kat sini. Tapi seingat ai lama dah cakap dengan dia pasal teringin nak makan sata. Tak sangka pula dia nak bawa sampai ke Kemaman. Tahu-tahu je kami dah kat Kemaman demi sata hihihi



Kami bertolak pun takde la pagi sangat rasanya dalam pukul 10 pagi lebih gerak. Itu pun berhenti singgah lunch dulu dalam perjalanan. Dalam pukul 3 petang lebih tak silap kami sampai Warung Che Wan ni. Lagi pun sata ni bukannya buka pagi atau tengahari. Memang dalam pukul 2 petang macam tu baru kedainya buka. Kami sampai tu memang elok-elok je masa tu.



Walaupun kami datang ni pada hari biasa bukannya waktu cuti sekolah, dalam pukul 5 petang sata dah habis kat Che Wan ni. Ramai betul yang makan kat sini, sama ramai juga yang membungkus.



Pernah sekali kami ke sini pada masa cuti sekolah, dalam pukul 3 dah habis satanya. Sebab ada 3 buah bas rombongan dari mana ai kurang pasti, habis borong sekali harung. Memang masa tu pun kami tak dapat makan sata situ, kecewa terus huhuhu Aliah makan sata. Ariq & Zahra je tak makan sata ni. Dorang berdua lebih suka makan kopok lekor.



Dah puas makan berpinggan-pinggan, ready balik KL pula. Sebelum tu harusla bungkus bekalan untuk dibawa balik. Oh kami singgah kat Warung Aziz Sata pula. Tak cukup sata kat Warung Che Wan, tapi yang ini kami bungkus haha Beli sekali untuk mak abah & mak bapak mertua. Aliah cakap jauhnya kita pergi makan Mummy. Dorang ingat bila dah pergi jauh-jauh ni dapat tidur hotel hihi Punah harapan korangkan :p



Sebelum sampai kat rumah, kami singgah rumah mak & mak mertua untuk hantar sata :) Dalam pukul 12 pagi kami sampai rumah. Terbongkang semuanya masuk tidur masing-masing. Pertama kali kami buat kerja gila macam ni. Drive jauh-jauh pergi balik semata untuk makan sata hahahaha Alhamdulillah kenyang perut mak buyong. Thank you enZaf!

Monday, October 2, 2017

10 Minggu Pregnant


Akhirnya, pregnant 10minggu
baru betul2 muntah.
Sblm ni ada muntah sikit tapi
muntah air je.. itu pun sekali.
Pastu okay dah.
Sepanjang pregnant ni byk loya,
tak de selera makan dan tak bole
ada bau-bauan.
Tak kisah la bau masakan,
bau makanan, bau perfume ape ntah
lagi bau sampahkan.

Bila tak bole bau2 ni
maka dapur pun tutup.
Xbole nak masak langsung.
Bau minyak panas dah mual mcm ape.

Sampai satu tahap dah bosan ok makan
makanan luar ni.
Nasib baik la umah mak dekat,
bila rasa teringin nak makan tu,
call je mak mintak masakkan.
Alhamdulillah bahagia rasa.

Ha nak citer pasal muntah tu.
Kalini bukan morning sickness
tp evening sickness.
Bila masuk petang mula la
badan ni rasa tak sedap.
Makan malam mmg tak lalu.
Paling2 pun bole makan roti.

Kebetulan hari yg muntah tu
hari Aliah demam.
Dan hari tu jugak enZaf outstation.
Dia ke Taiwan, ada exhibition.

Ya ampun malam tu rasa azabnya.
Dengan ai yg muntah2
terkeluar segala isi perut
sampai takde ape keluar dah.
Tinggal warna kuning hijau yg pahit giler tu.
Mmg tak best langsung.
Setel muntah terus ke Aliah,
lap2 badan bagi sejuk.
Malam tu dia tido ngan ai,
sbb nak monitor panas.
Badan ai dah lembik tp kena gigihkan
diri nak menjaga Aliah.
Sampai tak ingat tido kul bape,
tau tau dah terlelap haha

Esok pagi kejutkan Ariq
siapkan dia nak ke sekolah.
Aliah ai bg dia rehat,
Akak Zahra je yg pegi sekolah.
Siang ai xde masalah sgt,
malam je mula la macam2 rasa.
Nasib baik la kan mcm tu.
Kalau tak susah nak uruskan anak2.
Cuma masa ni pikir
cepat la habis fasa loya muntah bagai.

Keychain & fridge magnets
enZaf bawa balik dr Taiwan :)