Thursday, February 11, 2016

Mr Steak House @ Kota Damansara


Rabu lepas dinner ngan family ai.
Nani cadangkan makan kat sini,
memandangkan semua tak pernah lg try
jadi kita okay je la kan.
Yang dekat umah ai pun tak pernah
ke sini lagi hihi



Bergambar sblm makanan sampai.
Cam biasala adik ai Hana takde
huhu nape la ko sorang je yg jauh :(



Mushroom soup biasa je,
sedap lg yg kat Biker's Cafe.



Lamb Chop Mak Tok yang punya.



Tok Abah makan Salmon.



Aliah makan makanan Tok Abah & MakTok huhu
Ai makan Sirloin Steak.
Besar portionnya.
Dan sedap.
Ariq makan paling banyak.



Sizzling pun ada kalau nak.
Yang lain makan chicken chop, pasta..



Bergambar lagi tp kalini ngan makanan hehe



Zaf join lambat sket,
dia ada tender nak kena submit esok.
Datang makan pastu gi keje balik.

Dinner sama ni sbb esoknya Abah & Mak
nak gi jejalan ke Bali.
Honeymoon la konon tapi
ada escort sorang adikku yg bongsu tu.
Bukan bertiga je pegi,
Family Paksu pun ada n Mak Teh sorang.

Tgk dorang upload gambar kat fb & ig
harusla seronokkan.
Terus mengimbau kenangan ai & Zaf
gi honeymoon masa baru kawin hihi

Wednesday, February 10, 2016

Santai Sabtu


Aktiviti sehari sebelum
Tahun Baru Cina.

Lunch kat KFC.
Zaf nak makan ayam je.
Lepas makan dia ajak makan ice cream plak.

Kami gi BR kat Uptown.
Anak2 ni nak bergambar sorang2.



Dia excited nampak sudu besar.



Layan je la kehendak dorang ni.
Siap nak bergambar bagai.



Dapat makan ice cream harusla sukakan.



Habis lepak BR
terus ke Bandar Utama.
Ikut Zaf main bola.

Anak2 nak posing lagi.
Siap ckp Mummy we in the forest hahaha,
kat ngan padang tu mmg mcm hutan sikit.
Situ ada tempat main paintball bagai.



Cuaca panas2 sejuk,
berangin dan sempat gak la hujan sekejap.



Lupa plak ai nak ootd masa ni.
Selalu ikut Zaf main bola
berootd gitu. :)

Habis Zaf main bola,
dia ajak gi Subang Parade.
Nak tgk wayang Ola Bola.



Seriously tgk citer ni,
banyak kali ai nangis hahaha
Byk part yg menyentuh jiwa dan raga.
Tapi byk jugak yg kelakar.
Mmg semua perasaan la ada dlm citer ni.
Berbaloi la tgk.

Ariq & Zara layan citer sampai habis.
Aliah separuh citer dah tido hihi.
Habis wayang balik umah terus.
Nak dinner pun kenyang lg,
makan popcorn byk dlm wayang.

Cuti panjang ni mesti ramai org cuti2 Malaysia.
Kitaorg tak gi mana pun.
Next week nak gi Kelantan ada kenduri.
So berjalan masa tu je la.
Aliah harini sekolah.
Zara cuti seminggu.

Friday, February 5, 2016

Zakat Harian



*printscreen dr facebook

Untuk dikongsi bersama
bukan saja tuk ai saja tp tuk kawan2 jua
terutamanya yg berniaga.
Moga urusan kita diberkati :)

Bawah ni ai taip balik apa dlm pic tu.






ZAKAT PERNIAGAAN HARIAN.
3 langkah mudah 😀

1. Untung Harian (sales - kos)
x 0.025 (2.5% zakat)
2. kumpul dalam tabung khas.
(ayu buat online so duit dalam akaun bank. Just tulis nota dalam buku)
3. Hujung bulan hantar ke pusat zakat.
(kalau malas ke kauter... E-zakat kan ada)

Ayu baru belajar mendisiplinkan diri.
ilmu yang baru diperoleh.
Sebelum ini ayu hanya infaq sahaja hasil dari keuntungan.

Terima kasih atas perkongsian dari sahabat

Alhamdulillah.. Dalam rezeki kita tertulis rezeki insan lain.



Thursday, February 4, 2016

Warna Hong


Semangat nak raya tak lama lagi hihi.

"Warna merah itu dipanggil hong dalam bahasa Cina
dan bunyinya kedengaran seperti ong atau bertuah.
Maka, masyarakat Cina percaya warna ini akan membawa tuah
jika dipakai pada hari pertama Tahun Baru Cina
dan majlis perayaan yang lain.
Mereka percaya dengan pemakaian warna ini
akan dilimpahi tuah sepanjang tahun."


Gambar2 ni kat The Gardens.
Akak Zara sendiri yg mintak nak bergambar kat sini.



Yg ni Aliah mintak bergambar.



EnZaf yg masih lg jetleg balik dr London.
Demi isterinya dia gigih gak
ke mall tuk shopping eh??!! :p



Isterinya harusla muka gembira haha
gilir-gilir anak dara amikkan gambar.
Nak mintak org amikkan tetiba segan.



Merajuk ngan Daddy
sbb tak dpt air yg dia nak
sama mcm Mummy.
Daddy suh share je.



Amik gambar 3 beradik sblm balik.



Wednesday, February 3, 2016

Malas


Mood tengah malas giler
nak update blog.

Ada byk entry nak buat.
Rasanya mcm dah lupa nak citer apa pun iye haha



Buat masa ni ada 6 story tak buat apa,
buh tajuk je.
Malas nak cerita,
gambar ape ntah lagi
malas nak transfer :((

Virus M melanda.
Bukan virus Zika.
Eh bahaya ek virus tu,
dah sampai ke Indon.
Hati2 yer pada kawan2ku terutamanya
yang pregnant tu.
Moga kita dijauhi dr segala musibah.