Friday, March 6, 2015

My First Pandora!


Baru berjinak dgn dunia Pandora.
Akhirnya enZaf setuju belikan.
Ofkos la kita hati berbunga girang
tak terkata hahaha

Sampai kat Pandora mmg excited habis.
Pastu lama2 jd blur,
sbb byk sgt charms,
xtau nak pilih ape.

Ai nak yg bracelets valentines ada love tu
tp takde stok dah huhuhu.
So pilih la yg classic punya.
Paling kecik size 16
ai pakai 17..
hihi baru belajar ada size2 bagai.

Seyes okay sangat blur tak tau
nak pilih ape.
Nasib SA tu baik,
layankan ai yg blur itu.
Tanya minat warna ape.
Suggestkan apa.
Kalau bole macam2 ai nak.
Org kata nak completekan habis.
Memandangkan first time,
beli la sket je.
Tu pun enZaf dah terkejut ngan harganya hahaha
Terus dia kata setahun puasa Pandora :p

Apa pun terima kasih Yang!



Wishlist dah tercapai.



Beli 2 clips.
PAVÉ HEART CLIP



MOON AND STARS SILVER CLIP WITH CUBIC ZIRCONIA



Dan satu charm.
PINK FACETED GLASS CHARM



Baru jugak belajar
charms, clips, spacer bla bla bla.
Target pasni nak beli safety chains & pendants.
Yang ni pakai duit sendiri je la.

Thursday, March 5, 2015

SPA: Let's Be Pretty And Handsome


Jumaat lepas skool Aliah
ada wat Student-Parents Activities.
SPA pertama tuk tahun 2015 ni.
Tema kalini ialah Let's Be Pretty & Handsome.

Ai is pemalu,
so dok belakang je sudah hihih


Poster ni dr Facebook GA.

Antara aktiviti yg ditunjukkan,
penjagaan kuku.



Penjagaan rambut.



Penjagaan dan pemakaian baju.
Dan juga berhijab tuk perempuan.



Last skali berkenaan mekap.
Ha part ni yg perempuan semua teruja ok.
Kalau tunjuk lain tu semua cam duduk je.
Yang mekap ni,
semua ke depan hihihihi

Aliah siap suh ai mekapkan dia kat umah.



Meriah betul SPA ni,
tau la budak2 bukannya reti dok diam.
Dan confirm la tak focus.
Tapi seronok tgk gelagat dorang.
Tak dok diam pun,
kalau parents or teacher tanya
bole je jawab.

Yang ni plak gambar hari lain.
Tiap kali amik Aliah,
rambut mesti terkeluar.
Susah betul pakaikan dia tudung kalini.
Dah macam2 jenis anak tudung
and sepit rambut sampai 10 sepit ok,
tetap keluar gak rambut huhuhu



Ni pun gambar hari lain.
Bawak anak2 makan kat Pizza Hut,
sblm hantar Zara sekolah plak.



Wednesday, March 4, 2015

Tahniah Has!


Ahad lepas kawan nikah.
Kat Masjid Usamah bin Zaid, Wangsa Maju.
Nikahnya kul 12 tghari.
Kul 12.20pm kami sampai.
Lambat gerak dr rumah huhuhu

Tau tau je dah selesai akad nikahnya.



Upacara batal air sembahyang.



Seronok tgk kawan kawin.
Alhamdulillah
majlis simple tp meriah.
Penuh ahli keluarga dan saudara mara.
Yang penting dpt keberkatan.



Yang anak2 ni buat cam umah sendiri.
Siap baring bagai.
Bunga2 yg ada kat keliling tu,
bole dorang cabut buat main huhuhuhu



Kalau suh suami amik gambarkan.
Asal bole je pffttt



Tahniah Has!
Moga perkahwinan ini kekal bahagia
hingga akhir hayat.



Sori sangat tak gi makan2.
Last minit Zaf ada keje.
Terkejar2 jugak.
Tp lega sbb dpt gak dtg.
Jodoh, pertemuan, ajal, maut
semua tu rahsia Allah.
Dia telah tetapkan apa yg terbaik tuk kitakan.

Happy for u my friend
Jgn lupa wasap2 hihi :)

Tuesday, March 3, 2015

Satay House


First time makan kat Satay House.
Makan lewat petang
merangkap dinner.
Kemain nak makan satay je.



Bersih dan simple je kedainya.
Suka.. yg penting takde bau asap
org bakar sataykan.



Tak banyak order.
Satay daging, ayam
dan satay rusa.
First time ok makan satay rusa.



Daging satay rusa tu sedap.
Lembut je.
Daging tu liat sket.
Ayam sedap.

Nak makan satay perut tp dah habis huhu
Feveret ai tu perut.
Satay ke kerabu perut ke mmg suka.

Kat sini ada gak makanan lain dr satay.
Nak makan mee ke nasi
or makanan ringan lain
cam nugget fries dan mcm2 lg.

Zaman skang harga satay
dah mahalkan.
Dulu sen sen je.
Skang dah seringgit lebih pun ada huhuhu
Tapi nak cari yg betul2 sedap
dah tak banyak.

Tetiba rasa nak makan satay minang plak :)

Monday, March 2, 2015

Semua Dapat Barang Masing-masing


Lama tak ke Digital Mall.
Tempat enZaf mencari game dia.
Lama dah dia jual PS3 dia.
Alasannya xde masa nak main.

Tup tup last 2 weeks dia cakap
nak main game balik.
Katanya rindu dah lama tak main haha




So misi ke Digital Mall ni nak beli
video game console.
Berbelah bagi nak beli PS4 ke XBox360.



Zaf tak leh nak wat keputusan.
Pastu dia ajak tgk laptop.
Survey nak belikan tuk Zara.



Jalan2 lagi dia berkenan kat CloudTV.
Suh ai study ape tu CloudTV,
pastu tu bgtau dia
berapa bayarannya camne dan blablabla
pfftt sampai skang ai xtengok pun
apa CloudTV tu hahaha
assignment la kononnyakan :((



Sbbkan masih tak leh decide lg
nak beli ke tak game dia tu,
ajak ke Jaya Shopping Center.
First time ke sini sejak
Jaya ni tutup buat baru balik.
Seyes cantik dah dalam Jaya ni.
Baru nampak semangat sket nak dtg lagi.
Kedai2 pun byk la best dr sblom ni.



Masuk ToysRUs.
Daddy dah janji ngan Zara
nak bagi dia MLP sbb
dia makan ayam hahahha
Zara ni susah nak makan ok.
Bila dia makan tu kami rasa seronok sgt.
Kalau makan balik2 nasi kosong je.
So ni kira reward tuk dia.



Sementara enZaf melayan anak2,
ai ralit tgk menda alah ni.
Nape la comel sgt.
Kalau la ai ada bilik toy sendiri.
Beli dah hihi



Anak bujang ni pun dapat gak.
Macam biasalakan,
beli apa2 barang pakej tuk semua gak.



Habis kat Jaya gi minum petang jap.
Bergambar ngan toy masing2.
Dan dan terus bukak kat situ nak main.



Akhirnya enZaf amik keputusan,
nak gi beli game.
Masuk balik Digital Mall.
Dorang bertiga ni dah wat macam umah sendiri.



Nasib la dorang ada menda nak main,
takde la bosan nak tunggu Daddy tu.
Membeli tu bukannya kejap2,
byk menda nak tanya
nak test nak pilih game huh



Dia decided beli XBox360.
Pertama dia tak pernah main XBox.
Kata nak try lain plak.
Kedua bole main game pirate.
Cuma kalau dah pirate dia xleh main online.
Dia frust sket tp takpela katanya.
Dulu PS3 game semua original.
Katanya bengkok tiap kali nak beli game baru.
200 ringgit hihi
Ai tak kisah la dia nak beli ke tak,
asal dia happy sudah.
Beli game sampai ribu2 huhu
bak sini sikit duit tu :)



Dah setel dia punya game,
enZaf kata dah jom balik.
Duit dah habis hahaha
Otw nak balik dia cakap
jom singgah OU.
Nak bawak ai ke sini.
Harusla hati berbunga girang.



Yeyyyyy thank you Yang!
Tuk permulaan ni,
ai xde la tamak nak itu ini.
Pilih sikit je. :)



So haritu balik ngan muka happy.
Semua dapat barang masing-masing ;)

p/s: uish dah masuk bulan 3,
cepat betul masa.