Monday, July 21, 2025

BJRC Girls Day Out

Coach Rugby Aliah ada maklumkan dalam Whatsapp group, dia nak hantar satu team untuk tackle. Pada mulanya ai ingat coach nak bawa tackle teamnya, rupa-rupanya player yang main touch pun boleh cuba main tackle ini. Ai beritahu Aliah nak cuba tak, dia macam takut nak main tapi pada akhirnya dia kata boleh lah nak mencuba. Daddy dia pula agak terkejut bila tahu Aliah nak main tackle. Dia cepat risau kalau apa-apa melibatkan hal anak ini, berbeza dengan ai sebab ai suka anak-anak ini mencuba benda baru. Game ini kategori friendly yang dianjurkan oleh Bukit Jelutong Rugby CLub (BJRC) dan mereka ada buat untuk kategori U15 Contact 🏈. Selain itu kategori Touch.



Sementara game bermula, anak-anak semua warm-up dan bapa-bapa setup khemah 💪🏕️.



Dua keping gambar di bawah ini, ai ambil dari photographer yang anak-anak ini uruskan. Cantik gambar dia ambil, boleh tengok Instagramnya di lensa.fizie. Ada gambar lain tapi ai letak dua saja lah 😆.











Hampir pukul 1 habis. Dorang main sebanyak lima games, empat menang dan satu seri. Permulaan dan pendedahan yang baik buat anak-anak. Harap-harap semuanya enjoy, itu pun ada beberapa orang injured, moga cepat sembuh hendaknya.



Aliah pun seronok, katanya best cuma kalau nak main tackle ni, fitness kena tiptop. Penat nak jatuhkan orang tu, kena pakai tenaga banyak hehe.. Gambar ai dengan Aliah ini pakai handphone enZaf, itu yang cantik warna gambar tu. Beza betul warna gambarku hahaha...





Alang-alang dah berada di Shah Alam, enZaf ajak lunch makan ikan Patin di Temerloh Kitchen Signature.



Laju-laju kami makan sebab dalam pukul 3 petang, Ariq pula ada bola. Liga Madani di Havea Arena ⚽. Kali ini ai tengok dari dalam kereta saja, nak keluar dah tak larat. Muka pun dah panas dek sunburn. Parking spot pula tak menarik, tempat ini saja kosong. Mengadap la tiang gol yang dorang letak tepi padang ini huhuhu...



Thursday, July 3, 2025

Makan Durian Lewat Malam

Pukul 11 malam kami keluar mencari durian. enZaf memang suka ajak makan durian malam-malam, katanya tak rasa panas sangat badan tu bila makan durian waktu malam hahaha.. Kali ini saja nak makan durian jauh sikit di SS2. Sebelum ini kami makan kat Rizky Durian saja, senang dekat dengan rumah. Kami pergi Durian Man. Konon nak cuba makan sini sebab tak pernah lagi jejak ke sini, sekali bila masuk dalam rasa nak pitam tengok harganya. Di sini duriannya memang premium jadi harga marhain memang tak adalah. Terus enZaf ajak ke tempat lain hahaha.. sebelum itu sempatlah ai ambil gambar Qaireen 📸. Tak dapat makan sini, ambil gambar pun jadilah kan 🤣.





Area SS2 banyak gerai jual durian, tinggal pilih sajalah mana satu nak pergi. Dan akhirnya kami berhenti di kedai ini.



enZaf ambil Durian Musang King.









Ariq dia kurang gemar Musang King, dia suka lagi Udang Merah. Jadinya Daddy dia tambah lagi durian Udang Merah untuknya.



Qaireen ini dia tak berapa banyak sangat makan durian. Setakat satu ulas saja dah cukup. Dia suka cendol durian lagi.