Monday, October 7, 2024

Happy Happy Happy Birthday enZaf!!

Tahun ini birthday enZaf jatuh pada hari Ahad. Sehari sebelum akak Zahra dah call Daddynya wish happy birthday 😍, hari minggu itu dia tiada PB dan lawatan. Lepas solat Zohor ai ajak enZaf keluar. Nak belanja birthday boy eh?! boy ke hahahaha.. belanja dia karaoke 🎤. Kami pergi dekat sahaja di Redbox, The Curve.



Dah menyanyi mesti la nak order makanan dan minuman. Ingatkan untuk makan petang je tapi anak-anak nak makan nasi macam makan tengahari ni. Ya ampun tak kenyang-kenyang lagi rupanya hehehe..





Masa nak transfer gambar dalam pc, ada juga terselit gambar ai tengah menyanyi 🎶. Kerja Aliah lah ni, tak ada orang lain. Mujur dari belakang. Kalau depan memang taklah letak dalam blog ni 🤣.



Gambar di bawah ini pun kerja Aliah juga. Banyak pula tu gambar dorang berdua tapi ai letak satu saja. Berwefie dengan adik dia yang tengah menyanyi. Qaireen pun pandai juga nak karaoke, kebanyakkan lagu yang dia menyanyi adalah dari lagu kesukaan Daddynya hahaha.. Lupa pula nak ambil video.



Keluar dari Redbox, anak-anak baru bagi Daddynya kad birthday.



Hanya Aliah dan Ariq saja yang buat kad, Qaireen dia tak buat. Ai dah suruh dia buat tapi dia taknak hahaha.. aduhai anak bongsu sorang ni dia kalau nak buat satu benda ikut moodnya. Bila dia tengok Aliah dan Ariq bergambar dengan Daddy dia, terus merajuk sebab dia tak ada. Ai pun minta Aliah bagi kad dia untuk buat bergambar Qaireen dengan Daddy. Gitulah ceritanya 🫣.







Ai bagi hadiah juga untuk enZaf. Tapi belum sampai lagi, mampu pre order dan brand Coach saja. Nak bagi LV tabung tak penuh-penuh 😬😮‍💨 Sebab itu kita belanja karaoke sementara menunggu hadiah sampai. enZaf suka kalau ada corak Camo.



Malam pula kami makan di Rare, Uptown Kota Dame. Happy Birthday enZaf!!! 🍰🎉💕



Wednesday, October 2, 2024

Tengok Bola di Johor

Tiba-tiba enZaf cakap kawan dia beri tiket bola untuk satu keluarga. Ai ingatkan nak tengok bola Selangor, rupa-rupanya JDT. Dan perlawanan itu pada keesokkan harinya. Pergh... tahu-tahu je dah sampai Johor esoknya hehehe..



Lambat juga baru dapat masuk dalam kawasan perkarangan stadium. Dari luar lagi dah jem nak masuk ke dalam. Mujurlah masih ada parking, enZaf risau je kalau dah penuh dan kena parking jauh.



Pertama kali menjejakkan kaki ke stadium ini. Punyalah banyak kali datang Johor tapi tak pernah pun nak singgah apa entah lagi nak tengok game bola. Sebelum pagar stadium dibuka, sempatlah ambil gambar Ariq dengan bas JDT 🚌. Nak ambil gambar dengan player tak sempat dah, kami sampai pun dah agak lewat. Bergambar dengan bas pun jadilah hihihi..





Sempat juga masuk dalam kedai merchandise dan popcorn 🍿.





Cantik betul stadiumnya. Kami tengok AFC Champions League Elite antara JDT dengan Shanghai Shenhua. Best betul game dua-dua pasukan. Ai ambil gambar sebelum start lepas tu ralit tengok bola sampai habis hehehe..





Abang Ariq bila tahu Daddy nak bawa tengok bola di stadium, dia lah orang paling seronok sekali. Nak pula tengok JDT sebab dia minat sangat dengan Arif Aiman dan Bergson. Mummy suka JDT juga tapi bukan sebab bola sangat, sebabnya Johor adalah tempat lahirku hihihi..



Terasa macam tengok wayang pula bila makan Popcorn 🍿. Satu-satunya ada popcorn di dalam stadium, tak pernah lagi jumpa macam ni kat stadium lain. Paling sedap Popcorn JDT, warna merah biru 😋. Harganya pun mahal sedikit dari yang biasa.







Seronok juga ya tengok bola dalam Stadium Sultan Ibrahim ini. Banyak juga nampak kedai makan yang menarik. Tak sempat nak singgah, habis game pun dah lewat malam. Kami tak tidur di sana, pergi balik tengok bola. Kerja gila namanya hahaha.. Sekali sekala buat macam ni apa salahnya kan. Nak tunggu keluar dari stadium pun lama juga, jem teruk sampai kami dah kelaparan. Mujur ada satu kedai makan tutup lambat, dapatlah isi perut sebelum balik. Anak-anak tidur sepanjang perjalanan. Dan ai teman enZaf driving, risau juga kalau dia mengantuk atau bosan. Jadi kita teman berborak.