Pejam celik, pejam celik, kejap lagi jam 12 pagi dah masuk tahun 2010. Cepat betul masa berlalu sekarang ini kan. Dan umur pun semakin meningkat ;) Tiba-tiba teringat pada gambar sekolah yang telah ditag oleh kawan sekolah rendahku dalam Facebook tadi. Gambar lama sangat ini, ketika darjah 1 di SK Sungai Pelong.
Rasanya boleh agakkan mana satu ai hehehe.. Ai sekolah sekejap saja di sini, dua tahun sahaja lepas itu ikut keluarga berpindah ke Ipoh. Sekolah rendahku ada dua dan sekolah menengahku pun dua juga. Fuh ramai betul kawan hehehe.. Bila pindah semula dari Ipoh ke Sg. Buloh, ai jumpa balik kawan-kawan sekolah rendah ini di sekolah menengah. MasyaAllah tak sangka, dan bila buka cerita balik zaman sekolah rendah tu kami ketawa sampai menitis air mata. Ada yang ingat, ada yang tak ingat langsung hahaha.. Menggamit memori ;)
Apa entah motif entry kali ini pun tak tau. Cuma terasa diri ini dah semakin tua bila tengok gambar lama-lama. Mengimbau kenangan sungguh. Dan bila difikirkan lagi, tak ku sangka sudah berkeluarga dan mempunyai seorang suami yang penyayang dan anak yang cergas dan cerdas. Alhamdulillah syukur kepada Allah. Harapan supaya kami sekeluarga kekal bahagia dan rezeki melimpah ruah pada hari mendatang. Doa yang sama juga untuk kawan-kawan semua :)