Kawan2 ku.. kalau ada rasa tak sihat, cepat2 lah pegi check yer.
Exspecially rasa demam, sakit tekak or sakit badan
Dapat email dari kawan. Rasa nak share ngan korang semua.
Jumaat Mei 15, 2009
Malaysia rekod kes pertama H1N1
PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan hari ini mengesahkan kes pertama wabak influenza H1N1 di negara ini melibatkan seorang pelajar yang baru pulang dari Amerika Syarikat.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan sebentar tadi, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Ismail Merican berkata, pelajar berusia 21 tahun itu kini dirawat di Hospital Sungai Buloh.
Katanya, pelajar yang pulang ke tanah air pada 13 Mei lalu itu mula mengalami demam, sakit tekak dan sakit badan pada keesokan harinya dan dibawa ke hospital pada hari yang sama kira-kira pukul 6.45 petang.
"Beliau telah pun diberi rawatan antiviral dan berada dalam keadaan stabil," katanya.
Dr Ismail berkata, pihaknya telah mengambil tindakan pencegahan dan kawalan termasuk penyiasatan kontak ke atas kes.
"Ini termasuklah menghubungi ahli keluarga beliau yang ada sejarah kontak dengan beliau dan penumpang serta anak kapal yang menaiki kapal terbang yang sama," katanya.
Beliau berkata, kementerian juga menasihatkan semua penumpang penerbangan MH 091 dari Newark, USA dan tiba di KLIApada 13 Mei 2009 jam 7.15 pagi supaya menghubungi talian 03-88810200/03-88810300 untuk tindakan susulan.
16 comments:
suspens ajala..takut lak nk ke tmpt ramai org. br plan nk short holiday cuti sek ni. terpaksa kiv dulu..
ish takut kan..ade dgr dlm berita jgk..jgnla merebak bende ni..hope dorang kuarantin la bdk tu..
Seram la. Bila dah ada cerita2 macam ni aku jd takut nak bawak budak2 ni g public..
Na'uzubillah..semoga kita semua dijauhkan dari sebarang penyakit..Amiinn
uiks..bkn ke kes 1 kat ipoh..cmne bleh ada kat hospital sg buloh lak ni..adoila..da dkt sgt tu..
semoga kita sume dilindungiNya!
Salam kenal...ak ah dgr kat brite & online news td
a'ah i pun dpt email tu... risau kan, skrg ni mcm2 laaa...
ps- rajin sungguh menjawab tag!
pss- purse prada itu amat menawan!
nauzubillah...
hindarkan dr pi luar negara..huhuhu
tadi ms dinner sibuk our family cite ttg hal nie.
Hai dekat sgt ngan umah kita, takut:(
risaukan yatie cam2 skrg..tu takut nak kuar.sgt nie
takut gak pasal2 penyakit2 ni kan.. ish minta dijauhkan la.. anyway, nnti jemput ambil award followers kat blog kita ya
kita takut2 gak.. tapi sian gan budak yg kena tu. moga2 dia cepat sembuh.
takut ngan penyakit2 mcm nih...
takut nak bw danish g jln2.... mana la tau kan...
honeylanz: tue la takutkan..
suziey: menda ni bole melalui udara kan.. mmg cepat la bertindak..takutnye.
mrsharis: jangan katakan budak.. kita yang besar ni pun takut.. sbb bukan jangkit kat budak je..semua org leh kenakan.. tue la mintak dijauhkan..
mummyaeesh: tue la dekat dah.. mudahan2 kita dijauhi la dgn penyakit tu. aminnn
mummy dasy: salam kenal jua.. tue la seram je rasa..
linahilmin: tue la. harap budak tu pun cepat sembuhkan. purse i menawan ek.. maceh..
zihan: tue la bahaya skang ni nak travel overseas..
mrslvoe: mmg cite panas skang kan.. =)
imah: tue la dekat gile ngan umah parent ku.. huhuhu
atty: tue la kan kak.. bahaya skang ni.
cutemiut: wah ada award yer..macehhhh
ikiqzana: tue la harap2 budak tu selamat hendaknya. sian dia kan..sape nak penyakit.
mama danish: takut tuk kita jua.. bukannye sakit tu jangkit kat budak..org besar cam kita pun bole kenakan..
mama dah la every month balik m'sia. then kita x tahu whether passenger yg naik sama2 tu ada virus ke tidak.
then, bila indonesia dah tahu m'sia dah ada kes, lagi ketatla die nak check tourist from m'sia tau.
mamazana: mmg patut pun Indon wat camtu.. dorang pun taknak penyakit tu masuk negara dorang kan.. takut yer mama.. slalu travel ni.. kita bukan tau org keliling kita tu camne kan. harap2 kita dijauhi la ngan penyakit2 ni kan..
Post a Comment